bagaimanakah?

"Telah pergi seorang saudara kita Rahmatullah.."

berdegup kencang jantungku tatkala mendengar pengumuman itu dari masjid. 

"Ya Allah seorang lagi hambaMU kau jemput pulang. Bilakah giliranku? adakah aku akan berhadapan dengan siksaan di mana kanak-kanak kehilangan ibu, bayi dalam kandungan keguguran, dan manusia berlari bertempiaran tanpa arah..." 

Tidak terbayang keadaan yang telah di janjikan di dalam al-Quran.. Astaghfirullah.. begitu banak dosa dan kelalaian yang manusia lakukan di atas muka bumi ini.

Ku cuba memandang ke sekeliling, astaghfirullah.. begitu banyak fitnah yang berlaku.. pemimpin sudah tidak amanah, ayah sudah hilang tanggungjawab, wanita sudah tiada rasa malu, islam hanya sekadar pada kad pengenalan, benarlah yang di ujarkan bahawa umat islam di akhir zaman ibarat buih-buihan...

Bagaimana kehidupan kita semua kelak?? di mana kedudukan kita di sisiNYA?? ya Allah, gerun sungguh hati ini mengenangkan, layakkah aku mendapat nikmatMU yang kekal kerana aku memang tiada daya menahan derita dan panasnya azab yang kekal...


Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu