catatan buatmu

Bismillahirrohamnirrohim..

assalamualaikum dan salam ukhuwah dari saya. alhamdulillah, hari baru hadir lagi buat kita yang masih bernafas pada hari ni. alhamdulillah, nikmat yang masih luas di anugerahkan kepada kita semua pada hari ini. tiada cacat, tiada kurang walau sedikit pun..

catatan buat si dia yang ku rindui,
catatan buat si dia pemilik hati ini,
catatan buat si dia yang sering menjadi penyejuk hati,

diri ini tidaklah sempurna,
diri ini tidak seperti saidatina  Khadijah,
diri ini tidak seperti saidatina Aishah,
diri ini juga tidak seperti saidatina Fatimah,

rindu yang hadir membuatkan hatiku rapuh,
cinta yang subur membuatkan jiwaku tidak nyaman,
mencintai seseorang kehendak hati,
mencintai ilahi kehendak rohani..

masa-masaku terus terbayangkanmu,
hari-hariku menantikan dirimu,
betapa hati ini tersiksa keranamu,

hati kita bertaut di atas satu niat,
hati kita bersatu di atas satu janji,
hati kita bersama di atas satu ikrar,

niat yang suci kerana ilahi,
janji yang murni untuk sehidup semati,
dan...
ikrar yang mulia untuk membina mahligai bahagia..

duhai pangeran hatiku,

jagalah hatimu buatku,
in shaa Allah..
akan ku pelihara hati ini buatmu.

duhai pangeran hatiku,

suburkanlah cintamu padaNYA..
in shaa Allah..
bakal ku suburkan cintaku kepadaNYA..
agar subur cinta kita..
tidak terlari dari batas dan syariat..

ku menunggu kehadiranmu..
duhai kekasih... 



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu