LANGKAH INI
Tatkala aku mula mengenal kehidupan, di sekeliling ku hadir ribuan insan yang memberikan perlbagai corak dan warna..
aku semakin matang dalam kehidupan, namun terkadang menjadi jahil apabila berkait dengan rasa dan perasaan.
tatkala aku bersendriian, aku lebih gemar bermonolog sendirian, berdiri dan melangkah mengikut gerak hati dan keinginan kaki...
mataku akanku liarkan menuju ke setiap kawasan.. baru ke sedar, satu hal yang selama ini hanya aku pejamkan dan tidakku peduli..
rupa-rupanya langit itu tidak bertiang,
rupa-rupanya lautan itu tidak penghujungnya,
rupa-rupanya bintang dan bulan serta matahari bergantung tanpa tali
rupa-rupanya jantung ku berdegup sendiri tanpa memerlukan mesin untuk memprosesnya..
ya, kuasa ilahi begitu tinggi dan agung, sehinggakan tiada yang mampu menanganinya..
mampukah kita seorang makhluk menandingi tuhannya? seperti seorang hamba ingin berkuasa melebihi tuannya?
sudah tentu tidak..
sebelum ini aku hanya memandang ke arah sesuatu yang menyeronokkan,
misalnya....
cinta...
sayang...
kejayaan...
kepuasan..
harapan..
dan aku sering lupa bahawa hidupku telah di tentukan ...
aku hanya seperti boneka yang melakukan kehendak pemainnya..
hatiku semakin tenang...
kerana aku yakin Tuhan yang berkuasa tiada pernah menzalimi makhluknya...
aku tahu sebelum ini aku terlalu bimbang mengenai jodohku...
walhal aku tahu bahawa jika ada jodoh pasti tidak ke mana...
aku begitu bimbang sehingga lupa pada kuasanya...
sekarang ini aku berazam untuk menjadikan kehidupan ini sebagai medan taqwaku kepadaNYA...
Comments
Post a Comment