MELANGKAH LAGI..

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. alhamdulillah, saya di beri peluang lagi untuk berkongsi cerita bersama-sama kawan-kawan semua. saya pun tak tahu sama ada masih ada lagi ke pembacablog saya ini atau pun tidak. 

tapi tidak mengapalah, blogger ini merupakan tempat untuk saya berkarya. 

alhamdulillah, pada tanggal 1/9/2015 saya telah pun sah bergelar...

bukan isteri orang, bukan juga tunang orang...

tapi saya sudah sah bergelar seorang mahasiswa atau mahasiswi. alhamdulillah, semua ini perancangan yang maha kuasa. saya sebagai makhluk hanya menerika dengan hati terbuka dan redha.

saya telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di universiti Tun Hussein Onn, mungkin tidak semua pernah dengan universiti ini, kerana menurut pensyarah di sini, Universiti Tun Hussein Onn atau lebih di kenali sebagai UTHM sebelum ini merupakan politeknik Tun Hussein, namun pada masa kini telah berubah wajah menjadi sebuah universiti.

tidak kesahlah apa pun namanya  yang penting niat aku untuk belajar. 

Aku di sini mengambil course Teknologi kejuruteraan, bahagian kuasa elektrik. sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk mengambil course ni. maklumlah sejak dari kecil lagi aku hanya ada satu cita-cita iaitu menjadi seorang guru...

namun sudah bukan rezeki aku ke bidang itu, tidak mengapalah aku terima dengan hati terbuka. 

dunia universiti begitu berbeza dengan dunia persekolahan, di sini kita perlu belajar berdikari... kita perlu pandai bawa diri dan arrange masa dengan sebaik mungkin.

seperti biasa, hal yang paling di benci oleh pelajar baru adalah minggu orinetasi, saya akui itu.. tapi sebagai peljar junior kenalah terima, takkan lah baru bergelar mahasiswa sudah mahu tunjuk lagakkan..

sepanjang aku di sini, aku selalu sesat sebab apa. universtii ni terlalu besar, pergi kemana saja perlukan pengangangkutan.  

di sebabkan aku pelajar baru, aku tidak di benarkan untuk membawa kenderaan sendiri. jadi terima sajalah takdirnya. masalah tersalah naik bas merupakan masalah yang biasa yang akan di alaami oleh semua student. so, be carefull ya. jangan terlampau excited sangat nak naik bas, takut-takut itu bas ke kekdiamana luar kolej..

aku selalu berjalan mencari ketenangan, dan aku selalu menjaga hatiku, kerana apa, alam universiti begitu buas bagi aku, sesiapa saja bebas dalam pergaulan. dan aku cuba untuk menjaganya. tidak mahulah tergendala plajaran hanya kerana cinta monyet. hahahaha...

masalah yang aku hadapi sekarang adalah masalah aku dengan dia... well... aku tak tahu bila ia akan berakhir..

aku sedang berusaha untuk menerima dan melupakan... pakar motivasi ada berkata, thinking positive... ok

ok.. dah malam ni, aku nak pen off dulu... penatlah.. tadi kena berjalan kaki dr libry ke kolej..

ok, assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu