Posts

perpisahan ini

Image
duhai sahabat, dirimu pergi meninggalkan aku, di saat aku mula bertatih mengenalimu, duhai sahabat, kenangan sewaktu bersama membuatkan air mataku mengalir, kenangan sewaktu bersama membuatkan aku sukar menerima pemergianmu, perhubungan kita bagiku begitu banyak onak duri, namun, senyuman ikhlas darimu membuatkan aku tidak pernah berputus asa untuk mengekalkan persahabatan ini. duhai sahabat, masih ku ingat waktu dan detik itu, tepat pukul 8.00 malam ,pada 15 mac 2013, aku menerima khabar pemergianmu... air mataku mengalir tanpa henti, aku sukar menerima berita itu, duhai sahabat, masih ku ingat tanggal 16 mac, bukan wajahmu yang ku tatap namun tanah merah yang menutupi jasadmu menjadi tatapanku. aku tidak sempat melihatmu.. duhai sahabat, andai kau tahu betapa rindunya aku padamu.. duhai sahabat, walaupun dirimu telah pergi jauh, meninggalkan kami di sini, namun doaku tetap mengiringimu, aku berharap agar dirimu tenang di sana. catatan akhirmu menjadi kenan...

selamat hari guru

Assalamualaikum para pembaca dan sahabat yang di cintai sekalian. saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. masa saya sungguh padat semenjak kebelakngan ini. lebih-lebih lagi saya akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi jadi saya mesti korbankan masa saya untuk menuntuut ilmu. kawan-kawan, pada malam ini saya ingin mneeritakan tentenag satu peristiwa yang berlaku pada 16 mei 2013. mesti kawan-kawan dapat menekanya bukan. apa lagi jika bukan sambutan hari guru. guru merupakan insan yang tak pernah jemu mendidik kita di sekolah setelah ibu bapa kita. jasanya amat besar namun jangan pula di bandingkan dengan jasa ibu bapa, kerana ibu bapa lebih besar jasa dan pengorbanan mereka kepada kita. saya yakin, pada 16 mei pasti kawan-kawan yang bergelar pelajar menyambut hari guru ini. ouh ya maaf terlupa, kepada pembaca yang bergelar selamat hari guru saya ucapkan. berbalik kepada tadi, sama seperti di sekolah saya. kami menyambut hari guru dengan meriah...

kasihani mereka

Image
    assalamualaikun kawan- kawan... alhamdulillah kita dapat bersua sekali lagi...  kawan- kawan hari ini saya nak bercerita tentang amaln belas kasihan.. kawan- kawan kalau kita lihat sekeliling kita ramai warga tua yang bertugas sebagai penyapu sampah sama ada di kaki gerai, sekolah mahupun pejabat... cuba kita lihat wajah mereka.. terpamer keletihan dan kepenatan pada wajah mereka..namun saya amat pelik akan sikap segelintir masyarakat yang sesuka hati membuang sampah seakan- akan tiada ting sampah di sediakan.. bukankah itu membebankan mereka??? ya, acap kali saya dengar suara sumbang yang berbubyi " biarlah, sudah kerja mereka sapu sampah, kalau kita x buang sampah nanti merekka tak ada kerja ... makan gaji but  aja..."  kawan- kawan memang benar tugas mereka sebgai klinner... tapi bertimbang tasakah sedikit.. jika semua orang berfikur seperti itu maka banyaklah sampah dan terbebanlah mereka.. berapa sangatlah gaji mereka yang menyapu sampah ini.. tidak seb...

kawanku buah hatiku...

Image
assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian.. alhamdulillah kita dapat bersua lagi setelah sekian lama saya mendiamkan diri... bukan kerana saya malas atau lupa password tapi di sebabkan kesibukan yang memanjang membuatkn saya tidak sempat untuk menjengah blog daya ini.. apa khabar kawan- kawan semua... di harapkan sihat selalu.. maklumlh cuaca sekarang ni tidak menentu... di sekolah ramai kawan- kawan saya yang demam, selesema dan batuk... kasihan saya lihat.. baru- baru ini juga saya. duserang jangkitan kuman pada kulit.. ya Allah sakitnya dan ketidak selesaannya hanya tuhan yang tahu.. alhamdulillah setelah mendapat rawatan  sata sudah semakin sembuh.. berbicara tentang saya sakit.. tidak sangka ada orang yang caring dengan saya... siapa lagi kalau bukan kawan- kawan saya...  saya bersyukur sangat dapat kawan yang baik seperti mereka... mesti kawa-kawan nak kemal siapakah insan yang baik hati itu... nama- nama mereka adalah sthirah, hazzirah, afiqah, wawa dan rama...

sayangi kami

Image
"jangan sakiti kami, jangan buang kami, jangan pukul kami, kami juga mahu hidup, kami juga ada perasaan dan kami juga tahu erti sayang" assalamualaikum kawan-kawan.. apa khabar. alhamdulillah... bersua lagi kita.. kawan-kawan, pada hari ini saya ingin bercerita tentang salah satu ciptaan Allah... iaitu haiwan... haiwan yang paling hampir dengan kita adalah kucing.. kawan-kawan, saya pernah di kejutkan akan satu berita yang menceritakan seorang lelaki sanggup memotong kaki seekorkucing hanya kerana kucing itu mencuri seekor ikan.. kejam,sungguh kejam... saya tefikir sendiri.. tidak mereka merasa kasihan kepada kucing tersebut... sungguh tidak dapat saya bayangkan betapa kasihannya kucing itu... kawan-kawan, saya tidak mahu bermadah, cuma saya mahu kongsikan gambr-gambar kucing yang comel supaya timbul rasa sayang dalam hati kita terhadap mereka..

bersyukurlah duhai teman

Image
Assalamualaikum buat kawan-kawan dan para pembaca sekalian. alhamdulillah saya dapat bersua kembali dengan kawan-kawan setelah sekian lama menghilangkan diri di sebabkan kesuntukan masa dan kesibukan yang teramat. di harapkan kawan-kawan masih setia membaca entri-entri saya. Kawan-kawan, pada malam semalam saya telah menonton sebuah video sami yusuf. video itu menceritakan tentang kesengsaraan penduduk afrika yang kekurangan makanan dan terpaksa mengikat perut. keadaan ini bukan sahaja  harus di tanggung oleh golongan dewasa yang sudah matang dengan sebuah kehidupan, malah ia juga harus di tanggung oleh golongan kanak-kanak termasuk bayi yang masih kecil yang tidak mengerti erti sebuah kehidupan dan kesusahan. kanak-kanak yang hanya mampu menangis tatkala kelaparan dan menahan penderitaan apabila ksakitan. mereka hanya tersenyum apabila gambar mereka di ambil kerana bagi mereka itu sebuah perkara yang amat menarik dan menggembirakan. kawan-kawan, jika kawan-kawan menonton video te...