selamat hari guru
Assalamualaikum para pembaca dan sahabat yang di cintai sekalian. saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. masa saya sungguh padat semenjak kebelakngan ini. lebih-lebih lagi saya akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi jadi saya mesti korbankan masa saya untuk menuntuut ilmu.
kawan-kawan, pada malam ini saya ingin mneeritakan tentenag satu peristiwa yang berlaku pada 16 mei 2013. mesti kawan-kawan dapat menekanya bukan. apa lagi jika bukan sambutan hari guru. guru merupakan insan yang tak pernah jemu mendidik kita di sekolah setelah ibu bapa kita. jasanya amat besar namun jangan pula di bandingkan dengan jasa ibu bapa, kerana ibu bapa lebih besar jasa dan pengorbanan mereka kepada kita.
saya yakin, pada 16 mei pasti kawan-kawan yang bergelar pelajar menyambut hari guru ini. ouh ya maaf terlupa, kepada pembaca yang bergelar selamat hari guru saya ucapkan. berbalik kepada tadi, sama seperti di sekolah saya. kami menyambut hari guru dengan meriah sekali. alhamdulillah, walaupun di waktu pagi hujan turun namun ia tidak mematikan niat kami untuk sama-sama menyambut hari guru.
tema sambutan hari guru pada tahun ini adalah kesultanan melayu melaka. jadi kami berkesempatan melihat pakaian-pakaian guru-guru kami yang seperti, hulubalang,sultan,pedagang arab,dayang-dayang dan sebagainya. sungguh comel sekali. saya terhibur melihat guru-guru terhibur. saya yakin kawan-kawan juga merasakan hal yang sama.
setelah perhimpunan rasmi, kami ada pertandingan sukan pada slot ke dua. terhibur lihat gelagat guru lelaki bermain bola jaring. walaupun kekok namun guru-guru lelaki mampu mengalahkan pelajar lelaki sekolah kami. tatkala permainan di adakan dapat saya perhatikan hubungan dan keakraban antara pelajar dengan guru. subhanallah... ibarat seorang anak dengan ayah dan seorang ibu dengan anaknya.namun sesekali kelihatan suasana seperti seorang sahabat dengan sahabatnya. begitu akrab sekali.
alangkah indahnya jika pelajar-pelajar dan guru-guru seperti ini. tiada suasana genting, marah-marah, bising-bising dalam kelas sewaktu pembeljaran. saya yakin pasti guru-guru dan pelajar-pelajar mampu mengajar dan belajar dalam suasanan yang aman dan selesa.
selepas sukan,kami ada persembahan pelajar. bila tiba persembahan pelajar, saya mula terkenang suasana sambutan hari guru di sekolah rendah. di sekolah rendah guru-guru yang membuat persembahan. kami akan ketawa sepuas hati apabila melihat guru yangtegas dalam mendidik menyanyi dan berlakun di atas pentas. kami dapat melihat karakter sebenar guru tersebut. dengan cara ini kami mampu lebih mengenali gru dan mendekati mereka tanpa rasa segan kerana kami tahu hati budi mereka. bohonglah jika saya katakan saya tidak merindui suasana di sekolah rendah. setiap kali sambutan hari guru,insyaAllah saya pasti akn menghantar kepada bekas guru-guru saya melalui smsm mahupun email. kecanggihan teknologi sekarang menjadi tiket kepada saya untuk terus menjalinkn ukhuwah dan hubungan dengan guru-guru saya di sekolah rendah.
alhamdulillah.. saya yakin kawan-kawan mesti memiliki kisah atau kenangan sambutan hari guru yang lebih menarik daripada saya bukan. simpanlah untuk di jadikan kenangan... kawan-kawan, saya minta diri dululah, azan isya sudah berkumandang .. insyaAllah panjang umur kita bersua lagi.

Comments
Post a Comment