cengkerang hati


“ASSALAMUALAIKUM… MAS..MASTURA”laung satu suara di perkarangan sebuah rumah papan yang terletak berhadapan dengan pantai. Sesekali kedengaran pukulan ombak yang bekerjaran menenggelamkan suara tersebut.

            “waalaikumussalam. Sekejap saya datang.”sahut satu suara dari dalam rumah. Kedengaran lantai papan rumah tersebut di pijak oleh seseorang dengan langkah yang pantas. Tiba-tiba pintu terkuak kecil terjenggul seorang perempuan di sebalik daun pintu.

            “e’eh kamu Fitrah. Ada apa kamu datang ke mari?”soal Mastura sambil memandang kearah susuk tubuh perempuan yang berbaju kurung hijau muda dan mengenakan tudung hitam yang di simpangkan.

            “kenapa kamu bersembunyi di sebalik pintu Mastura?”soal Fitrah sambil tersenyum.

            “maaflah saya tidak pakai tudung. Sebentar ya saya pakai tudung dahulu.”ujar Mastura lalu meninggalkan Pintu terkuak kecil. Kelihatan Mastura berlari-lari anak masuk kedalam biliknya. Fitrah sekadar tersenyum memandang tingkah Mastura. Tidak berapa lama kemudian Mastura keluar dengan mengenakan tudung hitam.

            “ha.. dah siap.”ujar Mastura sedikit menjerit membuatkan Fitrah tertawa.

            “ada apa kamu datang kemari Fitrah?”soal Mastura sambil melabuhkan punggungnya diatas anak tangga. Fitrah turut mengambil tempat di sisi Mastura. Sesekali angin yang berhembusan menerbangkan tudung mereka.

            “saya mahu ajak kamu jalan-jalan. Hari cuti seperti ini begitu membosankan jika hanya duduk di rumah sahaja.”ujar Fitrah. Sesekali di lihatnya Mastura yang sedang mengelap kaca matanya yang kabur.

            “boleh juga. Sebentar ya. Saya mahu minta izin dengan ibu saya dahulu.”ujar Mastura lantas berdiri dan meninggalkan Fitrah. Setelah mendapatkan keizinan daripada Puan Kalsom,mereka berdua mula mengorak langkah menuju ke tepi pantai. Sesekali kedengaran gelak tawa mereka memecahkan keheningan di waktu petang.

            “Mas.. nak tanya sikit boleh?”soal Fitrah sebaik saja mereka tiba di sebatang kayu pohon yang tumbang.

            “sejak bila pula kena minta izin nak bertanya dengan saya ni?”soal Mastura sambil tertawa kecil. Di pandangnya wajah Fitrah yang berada di sisinya. Fitra merupakan sahabatnya sejak mereka di darjah satu lagi.

            “esok kamu sibuk tidak?”soal Fitrah

            “esok.. rasa-rasanya tidak. Mengapa? Fitrah mahu belanja saya makankah?”soal Mastura sambil tersenyum. Fitrah ikut tergelak dengan gurauan Mastura. Mastura merupakan seorang sahabatnya yang baik dan amat periang. Fitrah merasakan bahawa dirinya merupakan orang yang paling beruntung kerana mempunyai sahabat seperti Mastura.

            “belanja makan. Kena tunggu saya kerja dahulu. Sebenarnya saya mahu ajak kamu pergi satu tempat. Itu pun kalau kamu tidak sibuk.”ujar Fitrah sambil memandang tepat kearah Mastura.

            “wa.. terujanya saya nak tahu. Baiklah,pukul berapa dan di mana? insyaAllah saya akan datang.”ujar Mastura sambil menongkat dagu memandang tepat kearah Fitrah.

            “esok,jam 5.00 petang. kamu datang rumah saya dahulu. Nanti saya bawa kamu ke tempat yang saya maksudkan.”ujar Fitrah sambil mencubit hidung mancung Mastura. Mereka tertawa serentak.

            “Alamak. saya lupalah. Sebentar lagi keluarga saya mahu berkunjung ke rumah mak cik di kampung sebelah.”ujar Fitrah sambil menepuk dahi.

            “huh.. maksudnya saya kena tinggal sendirianlah di sini?”ujar Mastura mempamerkan riak merajuk.

            “ala.. janganlah marah. saya betul-betul lupa. Esok kita jumpa ya.”ujar Fitrah memujuk sambil menyusun sepuluh jari di hadapan Mastura. Mastura tertawa kecil.

            “tidak mengapalah Fitrah. saya tidak kesah.”ujar Mastura sambil mencubit pipi kebu Fitrah. Setelah memohon diri,Fitrah meninggalkan Mastura sendiria di tepi pantai.

            “hmmm.. lebih baik saya ke sana.”bisik hati kecilnya lalu mula mengorak langkah menuju ke gigi air. Sesekali kakinya menyepak air yang mula bermain di kakinya. Senyuman di wajah Mastura terlakar apabila terpandang pasir yang mula berlari mendapatkan air yang mulai surut di kakinya.

            “e’eh apakah itu.”bisik hati kecilnya. Lantas Mastura mencangkung dan mengambil dua bentuk cengkerang yang tertimbus dek pasir. Di bersihkan kedua-dua bentuk cengkerang itu dengan air pantai.

            “wah… indahnya cengkerang ini.”ujar Mastura. Pandangannya tidak berganjak daripada melihat dua bentuk cengkerang putih yang berbentuk hati. Segera di simpannya di dalam poket seluarnya. Tiba-tiba Mastura merasakan sesuatu telah melangarnya dari arah belakang menyebabkannya jatuh di gigi air.

            “maafkan saya. Saya tidak sengaja.”ujar satu suara garau yang begitu asing baginya.

            “tidak mengapa.”ujar mastura. Kelihatan sepasang tangan di hulurkan untuknya bagi membantunya bangkit,namun Mastura hanya membiarkan tangan tersebut di pukul angin. Mastura bangkit bangun lantas menepuk-nepuk bajunya yang basah dan di penuhi pasir.

            “sekali lagi maafkan saya.”ujar lelaki tersebut.

            “tidak mengapa.”ujar Mastura seraya tersenyum. Lelaki tersebut menundukkan wajahnya. Entah mengapa wajahnya terasa panas menahankan rasa malu apabila berhadapan dengan perempuan di hadapannya itu.

            “tak apalah. Saya mohon diri dulu. Assalamualaikum.”ujar Mastura lantas meninggalakn lelaki tersebut.

            “waalaikumussalam.. e’eh,sekejap siapa nama kamu?”soal lelaki tersebut. Mastura berhenti mengorak langkah lantas berpaling memandang kearah lelaki tadi. Tanpa menjawab soalan lelaki tersebut Mastura melangkah pergi dengan sekuntum senyuman di berikan kepada lelaki tersebut.

            “siapa dia?”bisik hati kecil lelaki itu. Lantas pandangannya tertumpu di gigi air tempat perempuan itu terjatuh. Tiba-tiba bibirnya melakar senyuman.
           
            “saya akan berjumpa dengannya lagi.”bisik hati kecilnya lagi.

****************                         ***************************                           ********

“Alhamdulillah.. siap juga.” Bisik hati kecil Mastura sambil memandang dua utas rantai yang berada di atas meja belajarnya.

            “semoga Fitrah suka dengan hadiah ini.”bisik hati kecil Mastura sambil tersenyum mengingat wajah Fitrah yang tersenyum gembira. Tiba-tiba dia merasakan cecair keluar dari hidungnya. Lantas di sapu menggunakan tangannya.

            “Ya Allah, darah.”ujar Mastura. Lantas di buka laci mejanya bagi mencari sesuatu. Namun hampa. Barang yang di carinya tidak kelihatan.

            “mana pula sapu tangan hijau saya?”bisik hati kecil Mastura sambil menggaru kepalanya. Setelah puas di cari merata tempat,namun hampa. Mastura segera mengelap darah yang mula mengalir dengan hujung lengan bajunya.

            “mungkin tadi saya bermain panas. Sebab itu hidung boleh berdarah.”monolognya sambil tersenyum.

            Lantas di pandang dua utas rantai yang berada di atas meja belajar. Senyuman kembali terukir.

*********                                      ****************************                      *******
“ASSALAMUALAIKUM…FITRAH..”laung Mastura di perkarangan sebuah rumah papan yang terletak berhampiran dusun rambutan.

            “waalaikumussalam.. sekejap ya. Saya mahu pakai tudung.”kedengaran suara Fitrah menyahut dari dalam. Mastura sekadar tersenyum. Tidak lama selepas itu terjenggul sesusuk tubuh di muka pintu.

            “ha..ingatkan tak datang tadi. Jomlah kita pergi sekarang. Takut lambat pula nanti.”ujar Fitrah sambil menuruni anak tangga rumahnya yang agak uzur. Sesekali kedengaran bunyi geselan kayu reput apabila Fitrah mula memijak anak tangga rumahnya.

            setelah menyarungkan selipar pada kakinya,mereka mula mengorak langkah meninggalkan perkarangan rumah Fitrah. Sepanjang perjalanan Mastura tidak henti-henti bertanyakan akan tempat yang ingin di tunjukkan oleh Fitrah. Namun Fitrah sekadar tersenyum tanpa menjawab sebarang perkataan. Mastura yang sudah berputus asa akhirnya memberhentikan niatnya untuk bertanya lagi.

            “ha.. Mas.. sekejap lagi kita akan sampai ke destinasinya. Sebelum tu saya nak tutup mata kamu dahulu. Boleh ya.”ujar Fitrah

            “kalau Fitrah tutup mata saya,macam mana saya nak berjalan?”soal Mastura.

            “saya akan bantu Mas jalan sehingga sampai ke destinasi. Jangan bimbang,”ujar Fitrah lantas mengeluarkan sehelai kain hitam dan mula menutup mata Mastura. Setelah selesai menutup mata Mastura,mereka mula berjalan. Fitra memimpin Mastura dengan berhati-hati agar tiada berlaku kecederaan.

            “dah macam Ali Baba.”seloroh Mastura sambil tertawa. Fitrah turut tertawa mendengar kata-kata Mastura.

            “ok dah sampai. Mas dah boleh buka ikatan matanya.”ujar Fitrah sambil berdiri di hadapan Mastura dengan senyuman manis.

            “wah.. lawanya Fitrah.”ujar Mastura tanpa  berkedip memandang sebuah rumah pokok yang tersergam indah di atas sebuah pohon rambutan.

            “saya minta tolong ayah saya buatkan  khas untuk hari persahabatan kita yang ke sepuluh tahun.”ujar Fitrah lantas memandang wajah Mastura. Mastura tersenyum.

            “saya ingat Fitrah. Bukankah kita setiap tahum menyambut hari ini. Tapi saya tidak sangka hadiah kamu begitu besar sedangkan saya,saya hanya dapat memberikan kamu hadiah ini sahaja.”ujar Mastura lantas mengeluarkan sebungkus hadiah lalu di hulurkan kepada Fitrah. Fitrah menyambutnya dengan senyuman yang amat indah.

            Dengan perlahan Fitrah membuka bungkusan tersebut. Kelihatan sebuah kotak kecil seakan-akan kotak cincin terletak kemas di dalam bungkusan. Perlahan Fitrah membuka kotak tersebut,kelihatan cengkerang putih menghiasi isi kotak tersebut.

            “wah.. lawanya Mastura. Terima kasih.”ujar Fitrah apabila mendapati ia merupakan rantai cengkerang berbentuk hati. Lantas Fitrah mendakap Mastura. Setelah dakapan mereka terurai, Mastura memandang tepat kearah Fitrah.

            “jangan tanggalkan rantai ni tau, ni tanda persahabatan kita dan rumah pokok ini adalah saksi persahabatan kita.”ujar Mastura sambil menyeka air mata. Fitrah mengangguk.

            “sahabat sampai bila-bila”ujar Fitrah dan Mastura serentak sambil menggenggam cengkerang berbentuk hati.

“ASSALAMUALAIKUM, baiklah pada hari ini kita ada ahli kelas baru. Zakrul sila perkenalkan diri kamu di hadapan rakan sekelas kamu.”ujar Puan Fazila selaku guru kelas tingkatan 5 Embun yang mengajar pelajaran Kimia.

            Seorang pelajar lelaki melangkah masuk dengan mengenakan pakaian seragam sekolah bewarna putih. Kesemua mata di dalam kelas itu tertumpu kepada pelajar lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam kelas tersebut dan berdiri bersebelahan Puan Fazila.

            “assalamualaikum semua. perkenalkan nama saya Zakrul Amin. Saya datang dari Terengganu. Kami sekeluarga berpindah ke sini kerana ayah saya di tugaskan bekerja di kawasan ini. Harap rakan-rakan semua dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya.”ujar Zakrul sambil tersenyum.

            Mastura memandang tepat kearah wajah Zakrul yang seiras dengan pelakon Malaysia,Rosyam Nor. Dia mnggaru-garu kepalanya kerana merasakan pernah bertemu dengan lelaki tersebut.

            Zakrul memandang raut wajah pelajar di dalam kelas tersebut. Tiba-tiba pandangannya tertaut pada seorang pelajar perempuan yang duduk di barisan ke tiga di sudut kiri sebelah tingkap. Pandangan mereka bertaut. Zakrul menghadiahkan senyuman kepada perempuan tersebut membuatkan perempuan tersebut tertunduk malu,.

            “baiklah Zakrul. Kamu boleh duduk di tempat kosong. Ada dua tempat kosong disebelah Zakri dan di sebelah Mohan.”ujar Puan Fazilah lantas memuncungkan bibirnya menunjukkan kerusi kosong yang terletak di sebelah Zakri yang berbaju kuning dan berseluar coklat,serta kerusi kosong di baris belakang bersebelahan dengan pelajar india.

            “baiklah cikgu”ujar Zakrul lalu mengambil tempat di sebelah Zakri yang terletak di hadapan Mastura dan Fitrah,

            waktu pembelajaran berjalan dengan lancar. Setiap pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada Puan Fazila yang mengajar pelajaran Kimia. Sesekali suasana menjadi hingar apabila terdapat istilah yang kurang di fahami.

            “Kringg…” loceng rehat menandakan waktu pembelajaran telah tamat telah berbunyi. Kesemua pelajar lelaki kelas 5 Embun telah meninggalkan kelas kecuali Zakrul yang masih di kelilingi pelajar perempuan kelas tersebut.

            “hai,saya Diana.”ujar salah seorang pelajar perempuan bertudung singkat sambil menghulurkan tangan. Zakrul sekadar tersenyum memandang Zakrul lantas mengangguk tanpa manyambut huluran tangan Diana.  Beberapa pelajar perempuan yang berada di meja Zakrul turut tidak melepaskan peluang memperkenalkan diri.

            “aduh… sakitnya mata saya melihat telatah mereka ini. Fitrah jom kita pergi perpustakaan.”ujar Mastura lantas bangun manakala Fitrah masih dalam keadaan asal sambil matanya memerhatikan Zakrul.

            “Fitrah.. Fitrah.. kamu dengar tidak?” kejut Mastura lantas menepuk tangan dua kali membuatkan Fitrah tersentak seraya tersenyum sambil mengangguk. Fitrah bingkas bangun dan mula menapak mengekori gerak langkah Mastura yang berada di hadapannya.

            “e’eh awak sekejap.”laung Zakrul apabila menyedari Mastura dan Fitrah mahu melangkah keluar dari kelas. Mastura dan Fitrah memberhentikan langkah mereka dan menoleh ke belakang. Kelihatan Zakrul sedang mengorak langkah kearah mereka berdua. Diana serta pelajar perempuan yang memandang situasi itu dengan pandangan tidak berkelip. Sesekali kedengaran bisikan nakal dianatara mereka.

            “ya ada apa?”soal Mastura lantas memusingkan badannya menghadap Zakrul yang sudah berada di belakangnya. Fitrah turut berprilaku seperti itu.

            “nama kamu siapa?”ujar Zakrul sambil memandang Mastura dan Fitrah silih berganti.

            “perkenalkan nama saya Mastura dan ini kawan saya Fitrah.”ujar Mastura sambil tersenyum.

            “saya Zakrul.”ujar Zakrul gugup. Sekali lagi jantungnya berdegup kencang apabila melihat perempuan di hadapannya itu tersenyum.

            “saya sudah kenal kamu. Bukankah kamu sudah perkenalkan diri kamu di hadapan kelas tadi. Ouh ya. Kamu ada apa-apa lagi ingin di katakana. Jika tidak kami berdua mahu ke perpustakaan.”ujar Mastura. Fitrah sekadar membisu di sisi Mastura.

            “sekejap. Saya ingin memulangkan ini. Syaa fikir ini tentu kamu punya.”ujar Zakrul sambil menghulurkan sehelai sapu tangan bewarna hijau yang berlipat kemas.

            Mastura mengamati sapu tangan hijau itu dan Zakrul silih berganti. Baru Ia menyedari bahawa Zakrul adalah lelaki yang telah melanggarnya seminggu yang lalu.

            “ouh,baru saya ingat. Kamu ini lelaki yang melanggar saya di tepi pantai itu kan.”ujar Mastura inginkan kepastian. Zakrul mengangguk sambil tersenyum.

            “patutlah seperti pernah lihat. Terima kasih ya kerana sudi pulangkan kembali sapu tangan hijau saya”ujar Mastura seraya mengambil sapu tangan tersebut. Setelah meminta diri Mastura dan Fitrah meningglkan Zakrul sendirian melayan perasaan.

*****                                       *********                                                       ********

            “FITRAH.. kamu ada masalah ke? Kenapa saya lihat kamu sentiasa termenung?”soal Mastura lantas mengambil tempat di sisi Fitrah di pintu rumah pondok mereka. Fitrah terkedu dengan soalan yang terpancul dari mulut Mastura.

            “saya baik-baik sahaja Mas. Mungkin perasaan kamu aja.”ujar Fitrah berdalih membuatkan Mastura tersenyum.

            “Fitrah,kita sudah berteman sejak darjah satu lagi. Sekarang ni kita sudah di tingkatan lima. Saya tahu bila masanya kamu ada masalah dan bila masanya kamu happy.”ujar Mastura lantas merangkul bahu Fitrah meminta gadis itu berlaku jujur. Fitrah mendengus kasar serba salah ingin mengungkapkan.

            “Fitrah kamu suka Zakrul ya.”jebak Mastura membuatkan Fitrah terkedu.

            “e’eh tidak adalah. Saya tidak suka Zakrul. Mengapa kamu berkata seperti itu?”soal Fitrah seraya memandang Mastura yang sedang tersenyum di sisinya.

            “saya dapat lihat perubahan sikap awak semenjak beberapa bulan ini setelah Zakrul berpindah ke sini. Kamu juga mudah melenting apabila saya mendekati Zakrul.”ujar Mastura masih mengekalkan senyumannya.

            “sebenarnya saya ada menaruh perasaan kepada Zakrul. Saya mudah rasa cemburu bila kamu dekat dengan dia.”ujar Fitrah jujur seraya menundukkan kepala.

            “Fitrah,suka itu lumrah. Tapi jangan sampai kamu lalai dalam pelajaran. Ingat SPM tidak lama lagi. Saya mahu kita Berjaya bersama-sama.”ujar Mastura. Fitrah mengukir senyuman kearah Mastura membuatkan Mastura tenang.

“KAMU jahat Mastura. Sanggup kamu khianati perasaan kawan kamu sendiri.”bisik hati kecil Fitrah.

            setelah mendengar khabar daripada Diana yang mengatakan Zakrul sedang bersama Mastura di tepi pantai, Fitrah segera bergegas ke tempat yang di maksudkan. Situasi yang berada di hadapan matanya begitu membuatkan hatinya di remuk pedih. Kelihatan sepasang remaja sedang bergurau senda di tepi pantai.

            keakraban dan kemesraan yang terpamer daripada sepasang remaja itu membuatkan hatinya bertambah sakit. Dia berlalu dengan membawa hati yang di remuk dan dendam yang membara.

“PATUTLAH kamu melarang saya jatuh hati pada Zakrul,rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.”ujar Fitrah seraya berjalan perlahan menuju ke tingkap rumah pohon mereka.

            “apa maksud kamu Fitrah,saya tidak faham.”ujar Mastura seraya bangkit daripada duduknya dan mula mendekati Fitrah. Perubahan sikap Fitrah secara mendadak pada petang itu begitu membuatkan dirinya runsing.

            “tak faham,atau buat-buat tak faham!”ujar Fitrah dengan nada kasar. Suara yang Fitrah yang kuat bergema ke setiap pelusuk dusun rambutan itu.

            “astaghfirullahalazim.. Fitrah. Saya betul-betul tidak faham dengan tuduhan kamu ini.”ujar Mastura masih mengekalkan nada suaranya.

            “kamu ingat saya tak Nampak kamu dengan Zakrul di tepi pantai semalam. Bukan main mesra lagi. Sanggup kamu khianati perasaan kawan kamu sendiri. Patutlah kamu tak mengizinkan saya menaruh perasaan kepada Zakrul,rupa-rupanya kamu juga menyimpan perasaan terhadapnya.

            “Fitrah,saya boleh jelaskan pada kamu Fitrah.” Pujuk Mastura seraya merangkul bahu Fitrah memintanya tenang. Fitrah menepis kasar tangan Mastura membuatkan Mastura tergamam.

            “tiada apa perlu di jelaskan lagi. Sudah terang lagikan bersuluh. Saya betul-betul kecewa dengan kamu Mastura. Mulai dari saat ini saya bukan kawan kamu lagi. Faham”jerkah Fitrah lantas meninggalkan Mastura. Tanpa dia sedari air matanaya mula mengalir membasahi pipinya. Pantas tangannya menyeluk poket dan mengeluarkan sapu tangan hijaunya apabila merasakan ada cecair mengalir dari hidungnya.

            “Ya Allah darah.”bisik hati kecil Mastura. Lantas di lap dengan bersih sisa darah yang masih melekat di hidungnya.

            “Ya Allah berilah ketabahan buat hambamu ini.”doa Mastura di dalam hati.

Masa berjalan dengan begitu pantas. Perubahan bulan yang terjadi langsung tidak memberi kesan positif kepada perhubungan antara Mastura dengan Fitrah. Situasi menjadi bertambah keruh apabila Fitrah mengambil tindakan drastic berpindah tempat duduknya di dalam kelas. Fitrah lebih memilih untuk duduk di sebelah Diana yang kosong.

Zakrul yang menyedari kedinginan persahabatan dua gadis itu turut tertanya-tanya akan hal sebenar yang terjadi antara mereka. Perubahan Sikap Fitrah membuatkan Mastura menjadi penjadi pendiam dan tidak seceria selalu.

“ASSALAMUALAIKUM  MASTURA…”kedengaran satu suara menyapa dari belakang.

                “waalaikumussalam. Ouh kamu Zakrul”ujar Mastura lantas mengembalikan pandangannya pada laut yang terbentang lus di hadapannya. Sesekali angin yang bertiup mengayun lembut tudungnya.

            Zakrul memandang kearah wajah Mastura yang lesu dan tidak bemaya itu. Kelihatan bekas air mata terukir di pipi Mastura.

            “Mastura kamu menangis ya. Kamu ada masalah ke? Jika ada kongsilah dengan saya.”ujar Zakrul. Kedengaran Mastura melepaskan keluhan berat.

            “Mastura,kamu dengan Fitrah ada masalah ke?”soal Zakrul lagi tidak berputus asa.

            “Zakrul.. sebenarnya Fitrah menaruh perasaan terhadap kamu. Dia telah nampa kita berdua di tepi pantai tempoh hari. Dan dia menyatakan saya ada hubungan dengan kamu.”ujar Mastura.

            “maafkan saya. Saya tidak sangka diri saya pencetus pergaduhan antara kamu dengan Fitrah.”ujar Zakrul menundukkan kepala.

            “tidak mengapa Zakrul. Sudah bahagian saya. Saya terima dengan redha.”ujar Mastura dengan senyuman payah.

            “sekali lagi saya mohon maaf Mas. Saya tidak sangka hal sebegini bakal terjadi antara kamu dengan Fitrah.”ujar Zakrul seraya memandang Mastura. Kelihatan beberapa butir air mata mula mengalir membasahi pipi Mastura. Terbit rasa bersalah yang menggunung di dalam hati Zakrl.

            “tidak mengapa Zakrul. Saya yakin setiap masalah yang saya hadapi ini pasti akan ada jalan penyelesaiannya.”ujar Mastura sambil menggenggam rantai cengkerang yang berada di dalam genggamannya. Kehadiran Fitrah sewaktu dia sedang berada di perpustakaan begitu membuatnya gembira kerana disangkakan Fitrah mahu bersamanya semula. Namun sangkaannya meleset jauh apabila Fitrah menemuinya untuk memulangkan rantai cengkerang yang merupakan lambang persahabatan mereka. Tanpa Mastura sedari air matanya mula mengalir disaat Zakrul meninggalkannya sendiri di gigi air.



“ASSALAMUALAIKUM…FITRAH..”sapa satu suara memeranjatkan Fitrah yang sedang berbual  kosong bersama-sama Diana di satu sudut di kantin. Pantas Fitrah menoleh ke belakang dan mendapati Zakrul sedang berdiri di belakangnya.

            “waalaikumussalam.. e’eh kamu Zakrul. Ada apa?”soal Fitrah tanpa lekang senyumannya di bibir.

            “boleh saya bercakap dengan awak sekejap.”ujar Zakrul sambil memandang Diana. Fitrah dengan pantas mengangguk tidak mahu melepaskan peluang yang sentiasa di nantikan sejak dahulu lagi. Diana yang memahaminya meninggalkan mereka berdua dengan hati yang di selubungi rasa marah.

            “kenapa Mastura dah tak datang dua hari ni?”soal Zakrul membuatkan senyuman Fitrah mati. Secara tidak semena-mena Fitrah mendengus kasar.

            “kenapa tanya saya pula? Bukankah kamu selalu dengan dia. Patutnya kamu lebih tahu keadaan dia.”ujar Fitrah lantas memalingkan wajahnya.

            “kamu kan sahabat dia.”ujar Zakrul. Fitrah mendengus kasar.

            “dahulu bukan sekarang.”tegas jawapan Fitrah.

            “Fitrah sebenarnya saya ada hal nak cakap dekat awak ni.”ujar Zakrul.

            “cakaplah apa dia. Kalau pasal Mastura maaf saya tak berminat hendak masuk campur.”ujar Fitrah lantas berdiri ingin meninggalkan Zakrul.

            “saya sebenarnya suka dekat awak.”ujar Zakrul mematikan niat Fitrah ingin berlalu pergi.

            “Mastura suruh kamu katakana ini kepada saya supaya saya mahu berkawan dengan dia balik. Huh. Singkat sungguh fikiran dia. Dia ingat dia boleh permainkan perasaan saya sekali lagi.”ujar Fitrah tanpa berpaling.

            “kamu silap Fitrah. Saya memang suka dekat kamu sejak dahulu lagi. Masturalah yang membantu saya bagi mengenali lebih lanjut pribadi kamu.”ujar Zakrul.

            “bagaimana pula dengan apa yang saya lihat di tepi pantai itu.”ujar Fitrah lalu menoleh memandang wajah Zakrul.

            “Mastura membantu saya untuk meluakan perasaan kepada kamu. Dia juga mengajar saya cara meluahkan perasaan dengan cara yang terbaik. Dia juga ada menytakan perasaan itu satu lumrah tapi jangan sampai kita lalai dalam pelajaran.”ujar Zakrul. Terpamer riak ikhlas dari wajahnya.

            “ASSALAMUALAIKUM MAK CIK..”ujar Fitrah sebaik saja tiba di wad yang menempatkan Mastura. Kelihatan Puan Kalsom sedang menahan tangisan di sisi Mastura. Setelah di khabarkan akan keadaan Mastura yang di masukkan ke hospital kelmarin oleh jiran bersebelahan rumah Mas, Fitrah dan Zakrul segera bertolak ke hospital yang menempatkan Mastura dengan menaiki teksi.

            “waalaikumussalam Fitrah… “ujar Puan Kalsom sambil mengesat air matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

            “apa yang dah jadi dekat Mas mak cik?”soal Fitrah seraya memandang sayu kearah wajah pucat Mastura yang terbaring di atas katil.

            “doctor mengatakan bahawa Mastura di serang barah jantung.”ujar Puan Kalsom.

            “Ya Allah.. Mas.. kenapa tak beritahu saya tentang hal ini.”ujar Fitrah lantas menggenggam tangan Mastura.

            “Mas bangunlah. Saya datang ni. janganlah diam aja.. Mas maafkan Fitrah. Fitrah dah tuduh Mas bukan-bukan. Maafkan saya Mas. Mas bangunlah.”ujar Fitrah sambil menggoncangkan tubuh Mastura yang tidak bergerak. Tiba-tiba denyutan nadi Mastura terhenti.

            PANDANGAN matanya tertumpu pada tanah merah yang berada di hadapannya. Tertera nama MASTURA BINTI ABDUL HALIM di batu nisan yang tercacak.

            “Mastura maafkan saya Mastura. Saya bersalah terhadap kamu.”ujar Fitrah lantas menggenggam tanah merah yang menimbusi tubuh sahabatnya yang amat di sayangi.

            “Fitrah,sabarlah. Ini sudah ketentuan. Kita harus menerimanya dengan hati yang redha. Ini ada surat buat kamu daripada Mastura. Dia mengirimkan ini sebelum dia di masukkan ke dalam hospital.”ujar Zakrul mengimbas kembali di saat dia bersama Mastura di tepi pantai. Mastura memintanya memberikan surat itu kepada Fitrah jika apa-apa terjadi kepadanya.

            Fitrah mengambil huluran surat itu dengan hati yang sedih. Lantas di bukanya dengan perlahan. Kelihatan dua utas rantai cengkerang menghiasi isi surat tersebut.

            “assalamualaikum sahabatku Fitrah. Mungkin di saat kamu menerima surat ini saya sudah tiada lagi di dunia ini. Fitrah saya ingin memohon maaf jika saya ada menyakiti hati kamu. Saya hanya mahu nyatakan di sini bahawa saya dan Zakrul tiada hubungan apa-apa. Zakrul menyukai kamu bukan saya. Fitrah saya sayangkan persahabatan ini. Mungkin bukan rezeki saya untuk meneruskan persahabatan ini sebelum mata saya tertutup. Tapi saya tidak kesah, bagi saya kenangan saya bersama awak merupakan hal yang terindah dalam hidup saya. Simpanlah cengkerang hati itu kerana ia lambang persahabatn kita. Maafkan saya kerana menyembunyikan penyakit saya. Kerana saya tidak mahu kamu bimbang,apa-apa pun semoga Berjaya dalam peperiksaan SPM. Lakukan yang terbaik. Ingat pesan saya, suka itu satu lumrah tapi jangan sampai lalai dalam pelajaran.

sahabatmu. Mastura..

            “Mastura kamulah sahabat saya.”ujar Fitrah lantas menggenggam dua utas rantai cengkerang hati. Bercucuran air matanya mengalir membasahi pipi.

            “Mastura…..” laung Fitrah. Suasana menjadi hiba. Persahabatan yang terukir rapi akhirnya tersimpan di dalam sebuah cengkerang hati.

TAMAT….



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu