seraut semalam
“Patutnya aku yang tanya kau kenapa kau tak rehat. Duduk dekat perpustakaan ni bukannya boleh kenyang”ujar Zambri sambil membelek-belek buku yang berada di hadapannya. Sesekali matanya melilau kearah pelajar-pelajar yang keluar masuk dari perpustakaan.
“Patutnya aku yang tanya kau kenapa kau tak rehat. Duduk dekat perpustakaan ni bukannya boleh kenyang”ujar Zambri sambil membelek-belek buku yang berada di hadapannya. Sesekali matanya melilau kearah pelajar-pelajar yang keluar masuk dari perpustakaan.
“kamu Zambri. Ya
aku sendiri di sini. Kamu tidak rehat ke. Bukankah sekarang ini waktu rehat.
Mengapa kau ada di sini?”soal Samad. Zambri mengambil tempat di hadapan Samad.
Di pandangnya beberapa buah buku yang berada di hadapan samad.
“hmmm… aku tak bawa
duit hari ni. Mak aku cakap duit menorah getah haya cukup untuk bayar yuran
sekolah adik-adik aku dan belanja kami untuk hari ini.”ujar Samad sambil
merendahkan pandangannya daripada pandangan Zambri yang mula tertumpu
kearahnya. Tiba-tiba fikirannya menerawang mengingati sesusuk tubuh ibunya,Puan
Kalsom yang bertungkus lumus bekerja bagi menyara dia dan adik-adiknya selepas
kematian ayahnya dua tahun lepas akibat jantung berlubang.
Zambri memandang
Samad dengan pandangan yang penuh simpati. Sesekali dia berasa bersyukur kerana
dia dilahirkan dalam keluarga yang senang dan masih berkemampuan.
“Samad kau ambillah
duit aku ni. Belilah makanan untuk alas perut kau tu. Nanti sakit pula perut
kau. Kau semestinya belum sarapan pagi kan.”ujar Zambri sambil menghulurkan
sekeping duit RM1. Samad teragak-agak untuk menerimanya.
“e’eh tak apalah.
Nanti kau pula yang taka da duit belanja.”ujar Samad.
“ala kalau pasal
aku kau tak payah risaulah. Aku dah makan sebelum datang sini. Ambillah.”ujar
Zambri tidak berputus asa memujuk Samad.
Samad mengambil
wang pemberian Zambri bagi menjaga perasaan Zambri. Samad memandang Zambri
dengan pandangan terima kasih. Zambri sekadar tersenyum sambil menganggukkan
kepala tanda menjawab pandangan Samad.
“KRIGGG…..”loceng
tanda waktu rehat sudah tamat berbunyi. Pelajar-pelajar bergegas menuju ke
kelas masing-masing kerana waktu pembelajaran bakal bermula lima minit lagi.
“E’eh tengok
tu,budak miskin datanglah.”kedengaran suara beberapa orang pelajar sebaik saja
Samad dan Zambri melangkah masuk ke dalam kelas 5 Mawar.
“Tak usahlah kau
terasa hati dengan mereka Samad. Bukankah sikap mereka selama ini tidak pernah
berubah terhadap kau.”ujar Zambri sambil memandang kearah Samad. Samad sekadar
tersenyum sambil meneruskan langkahnya menuju ke tempat duduknya. Zambri
menggeleng-geleng memandang kearah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang
tertawa memandang kearah Samad.
Tidak berapa lama
kemudian kelihatan guru matapelajaran sains,Encik Syarful menuju ke kelas
mereka. Suasana menjadi sunyi sebaik
saja EnciK Syarful melangkah masuk ke dalam kelas. Encik Syarful merupakan guru
kelas bagi kelas 5 Mawar. Sikap encik Syarful yang tegas membuatkan pelajar-pelajar menghormatinya.
“Selamat pagi
pelajar-pelajar.”ujar Encik Syarful sambil berjalan menuju ke belakang kelas di
mana Samad berada.
“selamat pagi
cikgu.”sambut pelajar-pelajar serentak.
“ok semua pelajar
boleh duduk. Samad saya ingin berjumpa dengan kamu selepas waktu persekolahan
tamat.”ujar Cikgu Syarfuul tegas membuatkan Samad terperanjat dan kelu lidah
ingin bertutur. Dia hanya mampu mengangguk tanda faham.
“SEKEJAP lagi
anak-anakku akan pulang. Lebih baik aku hidangkan dahulu makanan
ini.”monolognya. Tangannya pantas mencapai beberapa biji pinggan yang
mengandungi pucuk ubi dan ikan goring.
Setelah mengemaskan kedudukan makanan di atas meja pandangannya
tertancap pada hidangan yang berada di atas meja. Dia terduduk melihat hidangan
yang ringkas.
“Bilakah aku boleh
memberikan hidangan yang lazat dan bervitamin kepada anak-anakku”bisik hatinya
pilu. Segera di kesat air matanya
menggunakan hujung lengan bajunya.
“Assalamualaikum..
mak,kami dah balik.”kedengaran satu suara di anjung rumah. Dia segera menuju ke
pintu utama. Sesekali rumah papan itu berbunyi akibat kayunya yang sudah uzur
dan hanya menunggu masa untuk rebah menyembam bumi.
“waalaikumussalam.”jawabnya
sambil menguak pintu kayu. Kelihatan lima orang anak-anaknya berada di anjung
rumah sedang membuka kasut dan menyusunnya di tepi pintu. Anak perempuannya
yang merupakn anak bongsu melangkah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah
diikuti oleh dua orang lelaki yang merupakan anak kedua dan ketiga. Anak
sulungnya yang merupakan seorang lelaki sedang sarat membawa beg adik-adiknya
berjalan mengikuti adik-adiknya.
“Ya Allah,kenapa
biarkan abang bawa beg banyak-banyak. Kesian dekat abang kepenatan.”ujarnya
sambil membantu membawa sebahagian beg anak-anaknya.
“Tak apalah mak,
Mad dah biasa dah.”ujar anak sulungnya sambil tersenyum.
“Mira tolong abang kamu
bawa sedikit bag”pintanya kepada anak bongsunya
“pandai adik abang.Nanti
abang beri hadiah ya.”ujar anak sulungnya
“Ala.. abang
ni.Takkan Mira aja.Syafiq dengan Murad nak juga.”ujar adik keduanya yang
bernama Syafiq. Murad sekadar mengangguk.
“yelah..yelah,nati
abang belikan hadiah untuk adik-adik abang. Abang kasi gula-gula lollipop nak
tak?”Soal anak sulungnya. Adik-adiknya mengangguk tanda mahu. Dia sekadar
tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
“Samad,ajak
adik-adik kamu mandi. Lepas tu turun dapur. Kita makan sama-sama.”pesannya
kepada Samad. Samad mengangguk. Tidak berapa lama kemudian anak-anaknya hilang
di sebalik pandangan.
Setelah setengah
jam menunggu di ruang dapur akhirnya kelibat anak-anaknya muncul. Mereka
menjamah makanan dengan penuh selera tanpa rasa jemu walaupun hidangan yang
sama mereka jamah setiap hari. Sebagai anak sulung,Samad telah di beri
tangungjawab agar mendidik adik-adiknya agar bersyukur dan menghargai
pengorbanan ibu.
“Emak,Murad nak tambah
lagi.”ujar Murad sambil engutip butir-butir nasi yang bertaburan diatas
meja. Puan Kalsom menceduk nasi daripada
periuk nasi. Samad sekadar melihat nasi yang berada di dalam periuk. Sedikit.
Tiba-tiba seleranya mati kerana mengetahui bahawa ibunya belum mengalas perut.
Usai menunaikan
solat isya’ Samad bersendirian di dalam bilik manakala adik-adiknya berada di
ruang tamu sedang mengerjakan latihan bersama Puan Kalsom. Fikirannya
menerawang pada perbualannya dengan Encik Syarful.
“Bagaimana aku boleh
membayar yuran SPM aku. Emak mesti belum mempunyai wang yang cukup.”Bisik hati
kecil Samad sambil termenung memandang siling rumahnya. Tanpa disedari dia
terlena didalam kekusutan.
“SAMAD..”sergah
satu suara dari arah belakang. Samad tidak mendengar teguran itu. Tiba-tiba dia
merasakan seseorang menepuk bahunya dengan kuat.
“Aduh sakitlah. Kau
ni Zambri. Buat terkejut orang aja.”rungut Samad.
“Kau ni kenapa?Berangan
aja. Ada masalah ke.Kalau ada masalah cakap dengan aku. Mana tahu aku boleh
tolong.”ujar Zambri
“aku tengah fikir
macam mana nak cari duit. Aku kena bayar yuran SPM selewat-lewatnya sampai akhir
bulan depan. Aku dah tak ada masa. Aku tak nak susahkan mak aku. Dah cukuplah
mak aku bekerja untuk bayar duit yuran adik-adik aku. Kalau boleh aku nak usaha
sendiri.”ujar Samad lalu melepaskan sebuah keluhan.
“Hmmm,kalau kau tak
kesah apa kata kau buat kerja sambilan di restaurant ayah aku. Lagipun ayah aku
sedang cari pekerja.”ujar Zambri. Samad mengangguk setuju.
“woi cikgu dah
sampai.”laung satu pelajar. Kesemua pelajar segera berlari menuju ke tempat
masing-masing. Suasana menjadi lengang dan sunyi. Encik Syarful melangkah masuk
kedalam kelas. Setelah memberikan ucapan salam,mereka memulakan pembelajaran
seperti biasa.
“ASSALAMUALAIKUM,pakcik”sapa
Samad. Kelihatan lelaki tua berbaju kemeja putih menoleh kearahnya. Sesekali
pandangannya tertumpu pada Zambri yang berada disebelahnya.
“Ha..perkenalkan
ini ayah aku,encik Manan,ayah ini Samad,kawan Zam yang nak bekerja di
restaurant ayah.”ujar Zambri memperkenalkan diri.
“Ouh jadi ini kawan
kamu. Baiklah,kamu boleh mula kerja pada hari esok. Tepat pukul 2.00 petang
kamu mesti sudah ada disini. Upah kamu akan saya bayar RM150 sebulan. Macam
mana?”soal Encik Manan.
“Alhamdulillah pak
cik. Saya setuju.”ujar Samad sambil tersenyum gembira. Pada keesokan harinya
Samad sudah muncul dihadapan restaurant Manan tepat pukul 1.45 petang. Baginya
datang lebih awal lebih baik daripada datang lewat. Sebaik saja restaurant
dibuka,berpusu-pusu pelanggan datang bagi menjamah makanan yang dijual.
Restaurant Manan memang terkenal dengan keenakan hidangan makanan tradisional
seperti nasi ayam,Nasi Briyani,Nasi Ambang
dan sebagainya. Terdapat juga beberapa pencuci mulut seperti kuih muih dan
buah-buahan tempatan.
Samad ditempatkan
diruang dapur bagi membantu pekerja lain mencuci pinggan mangkuk yang selesai
digunakan. Samad melakukan kerja tanpa keluhan. Dia sentiasa tekun melakukan
kerja yang diamanahkan. Apabila pinggan mangkuk selesai dicuci,Samad berpindah
ke bahagian tetamu bagi membersihkan meja-meja yang kotor. Begitulah rutin
harian Samad setiap hari.
Setelah pulang dari
sekolah,dia akan segera ke restaurant Manan. Kegigihan Samad menjadi buah mulut
dan perhatian pekerja serta Encik Manan sendiri. Sikap Samad yang peramah
membuatkannya mudah memperoleh kenalan yang terdiri daripada pelbagai peringkat
umur.
Sudah genap sebulan
Samad bekerja restaurant Manan
“Samad,mari
sekejap.”panggil Encik Manan. Samad sekadar patuh.
“Ini upah kamu
untuk bulan ini,upahnya saya beri lebih sebagai hadiah untuk kamu.”ujar Encik
Manan lalu menghulurkan sepucuk sampul kepada Samad. Samad menghitung jumlah
yang ditreima. RM250.
“Terima kasih pak
cik. Jasa baik pak cik tak dapat saya lupakan.”ujar Samad lalu mencium tangan
Encik Manan.
“EMAK….”laung Samad
“Emak ada di
dapur.”sahut Puan Kalsom. Samad bergegas mendapatkan Puan Kalsom. Kelihatan
Puan Kalsom sedang terbongkok-bongkok menghidupkan api bagi menanak nasi.
“Emak,emak ambillah
duit ni.”ujar Samad lalu menghulurkan RM150 kepada Puan Kalsom. Puan Kalsom
terperanjat sebaik saja melihat Samad menghulurkan wang kepadanya dalam jumlah
yang banyak.
“Samad ambil RM100
untuk bayar yuran SPM.”ujar Samad jujur.
“Bukan itu yang
emak fikirkan. Tapi macam mana kamu dapat duit sebanyak ini?”soal Puan Kalsom.
“Samad bekerja di
Restauran Encik Manan,ayah kawan Samad mak. Samad harap mak tak marah. Samad
tak ada maksud lain selain daripada nak bantu emak. Samad nak ringankan beban
emak. Samad mahu Mira,Syafiq dan Murad hidup seperti rakan-rakannya yang lain.
Samad tak nak mereka rasakan kesusahan sebab mereka tak tahu apa-apa. Emak
Samad harap mak tak marah.”ujar Samad sambil tunduk.
“Samad,emak masih
mampu menyara kamu adik beradik. Emak tak nak gara-gara ingin cari
duit,pelajaran kamu abaikan. Selagi tulang empat kerat emak mampu digunakan
lagi,emak akan berusaha untuk membesarkan kamu.”ujar Puan Kalsom sedikit
kecewa.
“Mak..maafkan Samad
mak.Samad cuma nak bantu mak. Samad janji Samad tak akan abaikan pelajaran
Samad.”ujar Samad sambil mencium tangan Puan Kalsom.
“Baiklah kalau itu
yang kamu mahu. Emak harap kamu tak mensia-siakan pelajaran kamu.”ujar Puan Kalsom sambil
mengelus lambut rambut anaknya. Samad mencium kedua belah pipi Puan Kalsom
dengan penuh kasih sayang.
“SAMAD,tolong kamu
layan tetamu itu sebentar,abang mahu ke belakang. Tadi pak cik Manan panggil
abang,”ujar Harun,salah seorang pekerja di restaurant Manan.
“Baiklah
abang.”ujar Samad ringkas. Langkahnya menuju kearah seorang tetamu lelaki yang
berusia dalam lingkungan 30an. Samad menghampirinya.
“selamat datang
encik ke restaurant Manan. Encik hendak makan apa?”soal Samad penuh sopan.
“err..bagi saya
lontong dengan the tarik satu..”ujar lelaki itu lantas mendongak.
“kamu Samad,apa
kamu buat disini?”soalnya lagi sebaik saja terpandang akan Samad yang mengambil
pesanan buatnya.
“Err…Cikgu
Syamsul,saya bekerja disini.”ujar Samad gugup sebaik saja mengetahui bahawa
guru kelasnya,Cikgu Syamsul yang berada dihadapannya. Suasana di restaurant
pada waktu petang yang agak lengang memudahkan perbicaraan mereka.
“Kamu bekerja
disini…”ujar Cikgu Syamsul. Baru sahaja Samad ingin menjawab soalan guru
kelasnya abang Harun sudah kembali mengambil tugasnya. Samad segera berlalu
menuju ke dapur bagi menyelesaikan tugasannya. Hatinya diserbu perasaan bimbang
setelah pertemuan yang tidak dirancang dengan Cikgu Syarful..
“Hei Samad,jauh
termenung. Ada masalah lagi ke?”sapa seseorang dari belakang. Lantas
ditoleh,kelihatan seorang lelaki berbaju t-shirt bewarna biru muda sedang
memandangnya.
“Hmm,kau Zambri.
Aku tengah bimbang ni,tadi aku terserempak dengan Cikgu Syarful yang makan
disini. Dia tahu aku kerja disini.”ujar Samad gelisah.
“Yang kau nak takut
tu kenapa. Bukannya kau buat kerja tak berfaedah pun. Kau cari duit halal.
Dahla tak payah risau. Aku datang ni nak beri buku latihan yang baru aku beli
semalam. Aku tahu kau tengah kumpul duit nak beli buku latihan. Sebab tu aku
belikan buku latihan ni untuk kau.”ujar Zambri
“E’eh,kenapa
susah-susah belikan buku untuk aku. Jasa kau carikan kerja untuk aku belum
terbalas.”ujar Samad
“Tak menyusahkan
pun. Semalam terlanjur aku beli barang sekolah,aku Nampak buku latihan ni sebab
tu aku belikan kau. Ambillah,”ujar Zambri sambil menghulurkan buku latihan
mathematic SPM kepada Samad.
“Terima kasih
Zambri,kaulah kawan terbaik aku.”ujar Samad lalu mendakap Zambri. Bagi mereka
yang memandang tingkah mereka,pasti mereka turut dapat merasakan keakaraban dua
sahabat ini.
“Tak lama lagi SPM
akan tiba. Masih banyak pelajaran yang belum dapat aku kuasai. Aku harap kau
dapat membantu aku dalam memperbaiki pencapaian aku.”ujar Zambri lalu
meleraikan pelukannya.
“Kalau masalah
itu,kau tak usah risaulah,insyaAllah aku akan bantu kau semampu aku. Kalau
boleh,aku nak berjaya dengan kau dalam peperiksaan SPM nanti.”ujar Samad sambil
tersenyum. Akhirnya mereka memperoleh kata sepakat akan mengulangkaji pelajaran
setiap hari di sekolah dan setiap hari minggu.
“SAMAD,cikgu
Syamsul nak berjumpa dengan kamu di bilik guru sekarang.”ujar Fahmi,ketua kelas
mereka. Syamsul akur lalu segera meninggalkan bilik darjah lalu menuju ke bilik
guru seperti mana dikatakan oleh Fahmi. Dalam hatinya diserbu rasa gelisah dan
tidak selesa.
“Assalamualaikum
cikgu,cikgu ingin berjumpa dengan saya.”ujar Samad sambil melangkah masuk
kedalam ruang bilik cikgu Syamsul.
“Hmm.. Samad,ya
saya ingin berjumpa dengan kamu. Sila duduk.”ujar Cikgu Syamsul. Samad aku lalu
mengambil tempat dihadapan Cikgu Syamsul.
“Err…cikgu,kalau
yuran SPM tu saya sudah jelaskan pada Puan Sa’dah.”ujar Samad.
“Saya sudah tahu.
Tujuan saya panggil kamu kesini bukan untuk membahas tentang yuran SPM itu tapi
saya ingin meminta penjelasan daripada kamu,mengapa kamu bekerja di restaurant
Manan. Adakah kamu sudah tidak minat lagi untuk belajar. Adakah kamu sudah rasa
yang pelajaran ini tidak penting.”ujar Cikgu Syarful tegas. Kedengaran amat
berbisa di pendengaran Samad. Dengan perlahan Samad menjawab
“Disebabkan saya
ingin belajarlah saya bekerja cikgu. Saya ingin membantu ibu saya mencari
rezeki bagi membiayai kehidupan kami empat adik beradik. Setelah kepergian
ayah,kami telah hilang punca pendapatan,hanya upah menorah getah ibulah kami
bertahan. Sebagai anak sulung saya bertanggungjawab membantu ibu. Jika saya
hanya bergantung pada upah ibu,tidak berbayarlah yuran SPM saya, dengan wang
daripada titik peluh saya,saya bayar yuran itu,dan sebahagian lagi saya beri
kepada ibu. Saya mahu hidup adik beradik saya seperti kanak-kanak lain,saya
tidak mahu mereka tertekan dengan kemiskinan hidup,biarlah mereka hidup senang
sedikit asalkan mereka dapat belajar dengan sempurna. Saya tidak mahu mereka
merasakan keperitan hidup sebagaimana yang saya rasakan sebelum ini.”ujar Samad
tanpa mengangkat kepalanya. Cikgu Syarful tergamam mendengar penjelasan
daripada Samad. Ternyata sangkaannya selama ini terhadap Samad jauh meleset.
Sangkaannya yang
mengatakan Samad seorang yang tidak mementingkan pelajaran jauh meleset
kebelakang. Ternyata segala-galanya yang dilakukan bagi membantu ibunya bagi
menyara kehidupan mereka sekeluarga.
“Maafkan cikgu
kerana tidak mengetahui kesulitan kamu. Tapi adakah kamu tidak mendapat bantuan
biasiswa daripada kerajaan?”soal Cikgu Syarful lagi.
“Sudah banyak kali
kami memohon,namun tiada rezeki. Mungkin ramai lagi pelajar-pelajar yang lebih
susah daripada saya dan lebih layak menerima bantuan itu.”ujar Samad.
“Kalau begitu saya
yang akan membantu kamu sekeluarga. Akan saya jadikan kamu anak angkat saya.
Segala biaya pembelajaran kamu saya akan tanggung. Kalau boleh saya tidak mahu
kamu bekerja lagi,tapi kalau kamu tidak mahu saya tidak paksa asalkan kamu
sentiasa mementingkan pembelajaran kamu dan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan keputusan kamu. Mulai minggu depan setiap hari minggu,saya akan
mengajar kamu di rumah saya. Saya mahu kamu memperoleh keputusan yang
cemerlang,saya mahu segala usaha kamu selama ini membuahkan hasil dan tidak
hanya menjadi abu.”ujar Cikgu Syarful.
“Terima kasih
cikgu,terima kasih diatas jasa baik cikgu.”ujar Samad lalu bersalaman dengan
Cikgu Syarful. Hatinya begitu gembira dan tidak sabar ingin memberitahu hal itu
kepada ibunya serta sahabat baiknya Zambri. Setelah meminta keizinan,Samad
segera meninggalakn bilik Cikgu Syarful lalu mula megorak langkah menuju
kekelas. Setibanya dikelas,berita baik itu segera disampaikan kepada Zambri.
Zambri menampakkan rasa gembira diatas berita yang disampaikan.
“Emak…emak…”laung
Samad. Dilihatnya emaknya sedang bersujud di tikar sejadah. Usai sahaja waktu
pembelajaran tamat,Samad segera mengorak langkah menuju ke rumahnya. Adik
beradiknya sudah masuk ke bilik masing-masing.
“Ouh,emak sedang
bersolat.”bisik hati kecilnya. Namun setelah beberapa minit berlalu ibunya
tidak bangkit dari tikar sejadahnya. Hati Samad mula kurang senang segera Samad
mendapatkan Ibunya yang sedang sujud di tikar sejadah. Dengan sekali
goncangan,tubuh Puan Kalsom rebah diatas tikar sejadah. Samad terkejut.
**** ******
“SAMAD,bersabarlah.setiap
yang hidup pasti akan pergi,kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan.”ujar
Encik Manan. Penglihatan Samad kabur kerana menahan takungan air mata.
Dilihatnya tulisan pada batu nesan, “Kalsom Binti Abdullah”. Dilihat pula
adik-adiknya yang menahan tangisan disisinya.
“Abang,kenapa emak
duduk dalam tanah. Emak dah tak sayang kita lagi ke. Murad nak mak… Murad nak mak.
Abang,panggillah pak cik tu suruh keluarkan emak. Murad janji Murad tak akan
nakal lagi.”ujar Murad sambil menangis tersedu.
“Murad,emak dah
pergi dik. Allah sayangkan emak. Kita kena terima. Sabar ya dik. Abangkan ada
lagi.”ujar Samad sambil membelai lembut kepala adiknya. Mira sudah terlena
dipangkuannya mungkin kepenatan seharian menangis.
“Kenapa Allah ambil
emak, sebelum ni ayah sekarang ni emak. Murad dah taka da sesiapa lagi. Lepas
ni kita nak tinggal dengan sesiapa?”soal Murad. Samad kelu tidak tahu ingin
menjawab apa. Sememangnya itulah yang sedang difikirkan. Mungkin selepas ini
hanya dia yang akan mencari rezeki untuk adik-adiknya.
“Abang,abang janji
jangan tinggalkan kami ya.. Kami tak nak kehilangan abang,kami sayang
abang.”ujar Syafiq. Samad mengangguk.
“Samad kami minta
diri dulu ya.”ujar Zambri. Samad mengangguk. Tidak tertahan hiba didalam hatinya melihat tangisan
adik-adik Samad. Tidak berapa lama kemudian…
“Samad..bersabarlah.
Allah lebih menyayangi ibumu. Mungkin ibumu tidak berpeluang melihat kejayaan
kamu. Tapi kamu harus berusaha untuk menjadikannya satu rialiti.”ujar Cikgu
Syarful yang baru tiba.
“mungkin tidak
cikgu. Selepas ini saya harus bekerja lebih keras untuk membiayai pelajaran
adik-adik saya. Saya rasa mungkin saya akan behenti sekolah bagi mencari
rezeki. Hanya saya harapan mereka sekarang.”ujar Samad sambil memandang
adik-adiknya.
“Jangan kamu sangka
hanya harta boleh menjamin segala-galanya. Kamu salah,ilmu itu penting. Jadi
cikgu mahu kamu teruskan belajar. Kamu semua boleh duduk dengan cikgu. Cikgu
akan bantu apa yang cikgu boleh. Sekarang apa yang cikgu mahu kamu buat ialah belajar. Bila kamu sudah ada
kerjaya,masa depa adik-adik kamu akan terjamin.”ujar Cikgu Syamsul.
“Terima kasih
cikgu. Jasa cikgu terlampau besar bagi saya. Mungkin saya tidak dapat membalasnya,hanya Allah yang
mampu membalas jasa baik cikgu. insaAllah saya akan berusaha untuk peroleh
kejayaan.”ujar Samad nekad.
Semenjak dari
itu,Mira,Syafiq,Murad dan Samad menetap dirumah Cikgu Syarful. Status Encik
Syarful yang masih bujang membuatkan dia lebih selesa apabila berada dengan
adik beradik-adik Samad. Setiap hari minggu ,Samad dan Zambri akan
mengulangkaji pelajaran bersama Cikgu Syarful. Segala yang tidak
difahami,ditanya bagi mendapat jawapan.
Hari berganti
hari,bulan berganti bulan hubungan merek semakin akrab. Tunjuk ajar daripada
Cikgu Syamsul meningkatkan lagi keputusan mereka dalam ujian-ujian membuatkan
mereka bertambah semangat untuk menduduki peperiksaan SPM.
Wang yang terkumpul
daripada titik peluhnya bekerja di restaurant Manan bertambah banyak dan
kebanyakannya digunakan bagi membiayai pelajajaran addik-adiknya. Hubungan
adik-adiknya dengan Cikgu Syraful turut bertambah erat.mereka sudah seperti
sebuah keluarga yang bahagi. Murad sudah mula menerima hakikat pemergian Puan
Kalsom. Hatinya sudah mula berjinak dengan keadaan mereka sekarang.
Akhirnya hari yang
ditunggu-tunggu tiba. Peperiksaan SPM akan dijalankan beberapa jam sahaja lagi.
Semua pelajar sudah merasakan kehangatannya.
“Ingat,Samad,Zambri..
do the best. Ingat apa yang selalu cikgu pesan,jangan menyerah sebelum
berjuang.”ujar Cikgu Syarful menambahkan semangat mereka. Mereka mengangguk
memahami.
Peperiksaan SPM
berjalan dengan lancar sehingga hari terakhir peperiksaan. Terasa segala beban
lepas daripada fikiran dan bahu mereka. Cikgu Syarful mengambil cuti seminggu
untuk bersama-sama Samad dan adik-beradiknya setelah peperiksaan SPM tamat
dijalankan. Zambri turut dijemput dalam agenda mereka sepanjang cuti cikgu
Syarful. Cikgu Syarful telah membawa mereka bersiar-siar bagi melepaskan
tekanan disamping memberikan pengalaman baru buat adik beradik Samad. Masa
berjalan dengan begitu pantas sehingaa tanpa mereka sedari tahun telah
berganjak kepada tahun. Dan bulan sudah berlalu dengn pantas.
“Esok keputusan SPM
akan di umumkan. Ya Allah,berilah peluang kepada hambamu ini untuk Berjaya.”doa
Samad didalam hati. Segera dipadamkan lampu biliknya setelah dipastikan
adik-adiknya sudah lena dibuai mimpi.
**********************************************
“Baiklah,nama
calon yang Berjaya memperoleh straight A sudah berada di tangan saya. Saya amat
gembira kerana bilangan pelajar yang Berjaya meningkat manakala pelajar yang
gagal,tiada dalam senarai.”ujar pengetua sekolah. Satu per satu nama pelajar
diumumkan,namun bukan namanya mahupun Zambri.
“Baiklah itu sahaja
senarai yang berada di tangan saya.”ujar pengetua membunuh harapan Samad dan
Zambri.
“hmm..baiklah
nampaknya semua keputusan telah diedarkan.
Sudah tiba masanya Cikgu Syarful membarikan sedikit ucapan.”ujar Puan
Halima sebagai pengerusi.
“hmmm.. baiklah
hari ini saya bukan ingin memberikan ucapan tetapi saya ingin berkongsi kepada
kamu semua akan satu kisah yang berlaku kepada rakan kamu sendiri.”ujar Cikgu
Samad. Kedengaran beberapa orang pelajar
berbisik-bisik
“ini mengisahkan
seorang pelajar dan seorang anak. Pelajar ini merupakan anak daripda keluarga
yang susah. Ayahnya sudah kembali ke rahmatullah sejak dia kecil lagi. Hanya
ibunya tempat dia bergantung. Namun upah menoreh getah ibunya tidak mencukupi
untuk membayai kehidupan mereka adik beradik. Dia telah bekerja bagi membantu
ibunya dan berusaha untuk mengubah nasib mereka sekeluarga namun hasratnya
tidak kesampaian apabila ibunya pula di jemput pulang ke rahmatullah. Namun
berkat bimbingan rakan dan guru akhirnya dia Berjaya.
Samad amat terkejut
apabila kisah hidupnya menjadi topik.
“Tujuan cikgu
menceritakan hal ini bukan untuk menceritakan kesusahan orang lain tapi untuk
dijadikan teladan. Cuba kamu bayangkan,sebelum ini dia berusaha untuk ibu
tersayang,tapi sekarang ibunya telah tiada
,untuk siapa dia berikan kejayannya. Bukan itu sahaja,kesusahannya bukan
sekadar itu,dia juga merupakan ibu dan ayah buat adik beradiknya. Dia terpaksa
bekerja bagi menghantar adik-adiknya sekolah,tapi dia mampu memperoleh
keputusan yang terbaik. Sedangkan kamu semua,insan yang dilahirkan daripadar keluarga
yang mewah dan masih mempunyai kasih sayang ibu bapa tidak dapat yang terbaik
daripadanya.”ujar Cikgu Syarful.
“Mungkin kamu ingin
tahu siapa peljaranya. Baiklah saya jemput Samad untuk naik ke pentas bagi
mengambil keputusannya. Seterusnya dijemput juga Zambri yang merupakan rakan
kepada Samad yang turut Berjaya memperoleh straight A”ujar Cikgu Syamsul.
Dengan langkah yang pantas Samad menaiki tangga diikuti Zambri untuk mengambil
keputusan mereka. Riak kegembiraan terpancar diwajah mereka.
Guru-guru yang
melihat keakraban sepasang sahabat itu tidak dapat menahan hiba. Segelintir
guru sudah mula menitiskan air mata. Teharu.
*****
**********************************************************************
Dipandangnya batu
nisan yang sudah hampir 10 tahun ditinggalkan. Di cabut rumput-rumput yang
sudah mula memanjang.
“Emak..anak emak
dah balik. Anak emak sudah Berjaya. Doa emak selama ini di makbulkan.”bisik
hati kecilnya. Hampir 10 tahun dia berada diluar Negara bagi melanjutkan
kuliahnya dan sekarang dia sudah bergelar doktor muda.
“Emak,anak-anak
emak sudah Berjaya. Syafiq sekarang ni sedang melanjutkan pelajaran di UIA.
InsyaAllah syafiq akan jadi pensyarah bila keluar nanti. Murad pula sekarang ni
baru lepas SPM dan sedang menunggu keputusan. Dia berada di sekolah berasrama
penuh. Mira pun begitu. Lepas dapat keputusan cemerlang dalam PMR dia segera
masuk ke sekolah Taknik. Emak kalau emak hidup lagi mesti emak bangga kan.
Emaklah orang pertama yang kami berikan kejayaan kami mak.”ujar Samad sambil
menatap batu nisan dihadapannya.
“Samad…”sapa
seseorang dari belakang. Kelihatan Cikgu Syamsul dan Zambri berada di
belakangnya.
“Bila kamu
sampai?”soal Zambri
“Baru aja. Lepas
sampai kat sini terus datang kat kubur ziarah kubur emak. Dah lama tak datang
sini rindu pula. Apa khabar Doktor kita ini.”ujar Samad. Zambri tersenyum.
“Aku macam
biasalah. Macam kau juga. Dah jadi Doktor ni masa sibuk sikit. Ayah aku dah
suruh aku cari pasangan.”ujar Zambri. Samad tertawa.
“Cikgu sihat..”ujar
Samad sambil menyalami tangan Cikgu Syamsul.
“Tak payah panggil
cikgu. Dah pencenlah. Biasalah saya lepas kahwin semakin semangat.”ujar Cikgu
Syarful. Setelah Samad melanjutkan pelajaran ke luar Negara,Cikgu Syarful telah
berjumpa dengan pasangan yang sesuai dan terus membina mahligai. Isteri Cikgu
Syarful dengan hati terbuka menerima kehadiran adik-adik Samad setelah
mendengar kisah kehidupan Samad.
“cikgu,Zambr… saya
nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana telah banyak membantu saya dalam
mengharungi kehidupan. Jasa baik cikgu dan Zambri tidak dapat saya
lupakan.”ujar Samad lalu mendakap kedua-dua insan yang amat disayangi.
“sudahlah Samad.
Melihat kamu Berjaya sudah memberikan kebaghagiaan buat kami berdua.”ujar Cikgu
Syamsul. Samad tersenyum.
“emak… abah….
Terima kasih kerana telah membesarkan kami.”bisik hati kecil Samad. Dilihatnya
makam ibu dan ayahnya yang terletak bersebelahan.
“perjuanganku masih
jauh,aku harus terus ke hadapan kerana masih ada insan yang perlu ku
kenang.”bisik hati kecil Samad sambil memandang raut wajah Zambri dan Cikgu
Syarful.
TAMAT…..
Comments
Post a Comment