aku hamba ilahi

tubuhku ku hamparkan ke atas tilam. terasa urat-urat badan kian menegang tatkala aku mengeliat kecil. terasa kelesuan menyelinap ke seluruh tubuh setelah seharian terpaksa menghadiri kuliah.

"huh" keluhku kecil. pandanganku tertumpu pada katil rakan sebilik.Aiman, kosong. mungkin belum balik lagi. mataku menatap pada jam tangan di tangan. jarum pemdek tepat pada pukul 4.00 petang. mataku mula layu perlahan lahan tertutup.

"Abdullah, Abdullah.. bangun." tiba-tiba terasa badanku di goncang perlahan. aku tersentak dari tidur yang panjang. kelihatan Aiman sedang berdiri di hadapanku sambil mengenakan pakaian melayu bewarna hijau beserta kain pelekat.

"Dah masuk asar, jom solat di masjid." ajak Aiman. aku mengeliat malas. begitulah rutin Aiman tidak pernah meninggalkan walaupun sekali solat jemaah di masjid.

"Aku solat di bilik sahaja."ujarku acuh tak acuh.

"Tak apalah, aku pergi dulu. assalamualaikum." ujar Aiman tidak pernah marah walaupun acap kali aku menolak ajakannya. setelah kelibatnya hilang. aku kembali terlena di dalam buaian mimpi.

"Abdullah, bangun." satu suara mengejutkanku. mataku liat untuk di buka. Aiman sedang memerhatikanku sambil di tangannya membimbit dua bungkus makanan.

"sudah solat asar?" soalnya ringkas sambil tersenyum. aku tersedar lantas melihat jam tanganku. tepat pukul 6 petang. aku segera menggeleng.

"Sudah, pergilah solat dahulu. ni aku ada belikan makanan di kafe tadi. lepas kau solat nanti kau makanlah."ujar Aiman sambil tersenyum. hatiku tersentuh dek kelembutan yang di pancarkan oleh sahabat sebilikku.

"Kau tak makan sekali Man?"soalku setelah selesai solat dan bersedia untuk menjamah makanan yang di berikan.

"Tak apalah, kau makan dulu. aku puasa hari ni."ujar Aiman, aku terkedu. Aiman sekadar tersenyum.


Jam tepat pukul 10 malam, aku masih tetap di hadapan meja belajar. pandanganku memandang ke arah tempat Aiman yang kosong. mungkin di masjid. bisik hatiku. aku berbalik pada buku yang terbentang luas di atas mejaku. kepalaku kembali berserabut. ku lihat buku latihan  matematik yang masih kosong di hadapan. buntu.

"Assalamualaikum.."tiba-tiba pintu bilik terkuak. muncul Aiman dengan pakaian solatnya. kelihatan serban di letakkan di atas bahu di sisi kanannya.

"Waalaikumussalam. lambat balik man."ujarku sekadar menyapa.

"Aah, ada majlis ilmu tadi di masjid oleh ustaz Ali. sayang kau tak turut serta seronok sangat penyampaiannya."ujar Aiman. aku sekadar mendengar tanda tidak berminat untuk mengetahuinya.

"Abdullah, "panggil Aiman. aku menoleh malas. panggilannya membuatkan aku terganggu.

"Sudah solat isya?" ujarnya ringkas. Aku menggeleng.

"Kerja aku banyak lagi belum siap." jawabku memberikan alasan.

"Solatlah dulu, urusan belajar tinggalkan dulu. nanti lepas solat In Shaa Allah, Allah akan memudahkan urusan kau."ujar Aiman sambil melipat serbannya lalu di letakkan di atas meja.

"Hmmm" aku sekadar membalasnya dengan pandangan sepi.

tidurku terganggu dek cahaya yang samar-samar dari meja Aiman.  ku buka kecil mataku. kelihatan Aiman sedang mentelaah pelajaran di mejanya. ku pandang jam pada telefon bimbitku. 3.00 pagi.

"tak tidur ke budak ni?" getus hatiku. aku segera menyambung tidurku tidak mengendahkan apa yang di lakukan oleh Aiman.

"Abdullah, sudah subuh. jom jemaah di masjid."ajak Aiman sebaik saja menyedari aku tersedar dari tidurku.

Lain kalilah Aiman, aku ngantuk lagi ni."ujarku.

"Hmm, tak apalah. tapi jangan lupa solat subuh. aku mungkin balik lewat sebab di masjid ada aktiviti gotong royong, kalau kau nak ikut, datanglah. selepas dhuha."ujar Aiman. aku sekadar mengangguk.

setelah kelibat Aiman hilang di sebalik kesuraman bilik, aku ingin menyambung tidurku.namun mataku seolah-olah enggan untuk berbuat demikian, aku bingkas bangun. aku capai telefon bimbitku. terdapat pesanan rigkas masuk.

"Abdullah, jom join aktiviti kat surau. ada makan-makan free." pesanan dari Kamal, classsmateku. aku terenyum sumbing. Kamal akan melakukan apa saja untuk menadapatkan sesuatu yang free.

aku segera bingkas lalu menyucikan diriku. setelah solat, aku melangkah keluar bilik. sunyi. siapa yang sanggup mebgorbankan masa cutinya untuk bangun awal.. bisik hati kecilku.



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu