INDIKATOR ORANG YANG BERTAQWA

Bismillahirrohmanirrohim... alhamdulillah, dapat juga kita berjumpa lagi setelah sekian lama tidak bersua. kekangan masa dan kecetekkan buah fikiran membuatkan saya terpaksa menunda untuk membuat perkongsian bersama-sama para pembaca sekalian. 

Alhamdulillah, rezeki Allah beri. sambil-sambil menunggu tetamu datang untuk majlis fakulti pagi tadi, sempatlah saya membelek dan membaca isi kandungan buku komik kembara ustaz. ya, mungkin tidak semua pernah mendengar nama komik ini. saya juga baru jumpa, kebetulan ada jual murah masa festival konvokesyen di university. 

Tiba-tiba terjumpa satu artikel yang bertajuk indikator orang yang bertaqwa. tertaut hati untuk sambung membaca. jadi saya inginlah kongsikan bersama kawan-kawan. in shaa Allah dapatlah kita kongsikan bersama.. dan semoga kita dapat amalkan bersama. 

baiklah, ANTARA INDIKATOR atau SIFAT ORANG BERTAQWA ADALAH:

1)RAJIN MELAKSANAKAN QIAMULLAIL
2)MEMOHON AMPUN (BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH DI WAKTU SAHUR
3)SUKA MEMBERI PADA YANG MEMERLUKAN.

nampak simplekan tapi amat payah untuk kita buat. 

Qiamullail merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi kita namun begitu asing untuk fizikal kita melakukannya. bukan mudah untuk melawan lelahnya tubuh dan beratnya mata tatkala telah lena di buai mimpi. 

tapi itulah amalan orang yang bertaqwa.Rasulullah S.A.W pernah memberitahu sahabatnya bahawa inilah perilaku dan kebiasaan orang-orang soleh pada masa dahulu untuk mendekatkan diri kepada Allah,membenteng diri dari perbuatan dosa , menghapuskan kesalahan dan dapat menghilangkan penyakit dalam tubuh. 

seterusnya adalah, beristighfar memhon ampun di waktu subuh. waktu sahur mempunyai keutamaan dan keistimewaan yang tersendiri kerana ia termasuk sepertiga malamterakhir.

dam yang terakhir adalah, suka berbagi atau membantu orang yang memerlukan.  Mereka gemar bersedekah dan berkonsi bersama saudara mereka yang lain. indahkan sikap sebegini.

sesungguhnya orang yang bertaqwa di janjikan Allah balasan nikmat yang bersesuain . kebanyakan nikmat yang di berikan kepada kita bukan sahaja dalam berbentuk harta atau duit, malah kesihatan, kebahagiaan, ketenangan adalah juga merupakan nikmat yang tiada tolok tandingnya.

semoga kita dapat tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa dan bersama dengan orang-orang yang di sayangi. in shaa Allah. 




         Hasil carian imej untuk orang bertaqwa

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu