terima kasih Allah

Tangannya lincah menekan butang pada badan telefon bimbitnya. sesekali gelak tawa memecah kesunyian ruang biliknya.  di lihatnya meja rakan sebiliknya Aiman yang masih kosong.

"Ada kelas lagi agaknya."bisik hatinya. tangannya kembali lincah berbalas pesanan.sesekali kedengaran getaran telefon bimbitnya menandakan pesanan ringkas masuk.

"Assalamualaikum, "tiba-tiba pintu bilik terkuak. kelihatan seorang pelajar berpakaian lengkap kemeja hijau melangkah lesu ke mejanya.

"Lambat balik Man."sapanya sekadar berbasa-basi.

"Aah, tadi puan Maznah terpaksa sambung kelas dua jam lagi ganti untuk minggu lepas." jawab Aiman sambil tersenyum.

"Sudah solat Haziq?"soal Aiman. Haziq menggelengkan kepalanya tanpa memandang ke arah Aiman.

"Solatlah dulu. dah 6.30 petang ni. tak elok lewatkan solat."pesan Aiman lembut sambil memandang kearahnya. Haziq mendengus kasar.

"Kejap lagilah. aku sibuk ni."ujar Haziq masih tetap melayani telefon bimbitnya. kelihatan buku-buku berselerakan di atas katil.

"Aku nak mandi ni. jangan lupa solat Haziq." Pesan Aiman, enggan berkata panjang di khuatiri akan membuatkan rakan sebiliknya itu jelak dengannya.

"Berikan hidayah buat temanku ya Allah." doa Aiman di dalam hati.


"ASSALAMUALAIKUM, " ujar Aiman sambil melangkah masuk ke dalam bilik sambil menjinjing dua bungkus makanan.

"Hazi sudah solat isya?"soal Aiman sambil memandang ke arah Haziq yang berda di meja belajar. kelihatan sesekali keningnya di kerutkan dan tangannya meggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Balum lagi, aku tengah siapkan assignment ni. esok nak kena hantar. takut tak sempat pula nak siapkan."balas Haziq dalam nada yang di tekan-tekan seolah-olah menahan kemarahan.

"sudah makan? ni aku ada bawakan bubur nasi. tadi di surau ada majlis berbuka puasa, ada lebih aku bawa balik."ujar Aiman sambil meletakkan sebungkus bubur di atas meja Haziq.

"Terima kasih." jawab Haziq acuh tak acuh. Aiman sekadar tersenyum. dia tahu Haziq belum makan kerana sedari petang tadi Haziq masih berada di mejanya.

"Aku nak ke bilik Sufyan sebentar, nak berikan bubur ni. Katanya dia tak sihat. aku nak pergi ziarah dia sekejap. kau jangan lupa solat. "ujar Aiman lalu berlalu pergi. Haziq tidak menghiraukan kata-kata temannya. dia hanya sibuk menyiapkan tugasan yang di berikan.

"HAZIQ, bangun, sudah subuh."kejut Aiman. Haziq mengeliat. meregangkan urat-urat tubuhnya.

"Kejap lagilah. aku ngantuk lagi ni."ujar Haziq.

"Bangunlah, mari kita solat di masjid. lagi pula sudah iqamat tu." ujar Aiman memujuk. Haziq menyelibung tubuh dan wajahnya dengan selimut. Aiman sekadar tersenyum. hatinya berbisik memohon pertolongan .

Aiman berlalu pergi bagi menyahut seruan bilal. langkahnya di cepatkan menuju ke masjid. hujan renyai-renyai di kala subuh. mencengkam tubuhnya. sebaik tiba di masjid, tubuhnya hampir kaku kesejukan, namun di gagahkan juga melangkah ke ruang solat.

Aiman solat di belakang imam, kelihatan hanya beberapa orang sahaja pelajar muslim yang menghadirkan diri ke masjid. hatinya sayu tatkala alunan al-fatihah di alunkan oleh ustaz Asri. air matanya menitik.

Usai salam dan doa, Aiman minta diri untuk pulang ke bilik bagi memastikan Haziq sudah menunaikan solat. langkahnya di atur. tiba-tiba kepalanya mula berpinar. kakinya seolah-olah tidak menjejaki lantai masjid. dia berhenti seketika di pintu masjid. beberapa orang pelajar melepasinya sambil mengucapkan salam. Aiman sekadar tersenyum. Tanpa di sedari, dirinya rebah. Pelajar-pelajar yang baru menyarungkan kasut pada kaki melangkah masuk semula bagi mendapatkan Aiman. beberapa orang pelajar yang masih berada di dalam masjid turut membantunya.

"DAH pukul berapa ni?" bisik hatinya sambil melihat jam pada tangannya. tepat pukul 8.30 pagi. hatinya tertanya ke mana Aiman. kenapa Aiman tidak mengejutnya untuk kedua kalinya seperti biasa. dia bingkas bangun dari pembaringannya.

pandangannya terpandang akan sesusuk tubuh yang terlantar di atas katil berhadapan dengan katilnya. kelihatan Aiman sedang terbaring lesu di atas katil, kelihatan beberapa botol ubat berada di atas mejanya.

"Tak sihat ke budak ni." bisik hati kecilnya. dia melangkah menuju ke katil Aiman. tangannya di hingap ke dahi Aiman. panas. Haziq melangkah menuju ke suis kipas, di tutup power kipas, di biarkan tigkap terbuka, membenarkan angin luar masuk bagi memberikan pengudaraan yang baik dalam bilik itu.

"Baik aku siap-siap, kejap lagi ada kelas." bisik hati kecilnya. dia berlari mendapatkan tualanya dan segera melangkah ke tandas.

"Ya Allah, sesungguhnya hidayah itu milikmu, ya Allah sesungguhnya Engkau telah tunjukkan bahawa hatinya juga lembut. kurniakan hdayah buat sahabatku Haziq." bisik hati kecil Aiman yang menyedari tingkah laku Haziq di dalam lelapnya. air matanya menitis, bibirnya  mengukir senyuman.

Haziq melangkah masuk dengan pakaian baru, kelihatan dirinya sudah siap untuk ke kelas.

Aiman memerhatikan dalam lenanya. dia tersenyum melihat Haziq yang sesekali menjeling kearah kopiahnya yang berada di atas meja. di capai lalu di sarung ke atas kepala. di belek wajahnya di hadapan cermin. sesekali Haziq tertawa sendiri. Aiman sekadar tersenyum.

 "Insan ini memerlukan teman untuk berubah."bisik hati kecil Aiman.

"AIMAN, kau dah sihat ke?" ujar Haziq sebaik saja melankah masuk ke dalam bilik dan terlihat Aiman yang sedang membaca tafsir al-Quran di atas katil

"Alhamdulillah, kurang sedikit. tapi masih pening kepala."ujar Aiman sambil tersenyum. kelihatan rekahan pada bibirnya.

"Ni ha, tadi kawan kau ada bagi bubur ni."ujar Haziq sambil menghulurkan sebungkus bubur kepada Aiman.

"Kau dah makan Haziq?"soal Aiman.

"Aku makan nanti ajalah. lagi pula aku baru habis kelas." di pandang jam tangannya, tepat pukul 4.15.

Aiman bingkas bangun dengan kudrat yang ada, dia mula menuangkan bubur di dalam mangkuk lalu di hulurkan kepada Haziq.

"Jom makan sama-sama dengan aku. aku tak habis makan sorang-sorang."ujar Aiman sambile mengajak Haziq. Haziq akur, kerana dia akui perutnya juga sedang lapar.

"Alhamdulillah,"ujar Aiman apabila telah selesai menghabiskan bahagiannya, begitu juga dengan Haziq.

Aiman bingkas bangun untuk emngambil wudhu' apabila azan sudah mula berkumandang. Haziq rasa simpati melihat rakannya bersedirian berjalan. dia memapah Aiman menuju ke tandas.

"Jom solat jemaah dengan aku. aku tak mampu nak ke masjid."ujar Aiman. Haziq enggan. Aiman memujuk. Haziq aku. dia turut mengambil wudhu'.

"Allahuakbar." Aiman mengimamkan solat asar pada hari itu manakal Haziq sebaga makmum. Aiman mula membaca surah al-Fatihah dalam nada yang perlahan namun mampu di dengar. Tiba-tiab hati Haziq terasa sayu.

pandangan matanya memandang keara tempat sujudnya. hatinya kembali hiba tatkla Aiman mengakhiri bacaannya. Haziq mula tenggelam dengan perasaan. tanpa di sedari air matanya mengalir. perit hatinya tiba-tiba membuatkannya tersedu menahan hiba di hati.

usai mengakhiri solat, Aiman mengimamkan bacaa doa. Aiman menggunakan bahasa melayu bagi memudahkan Haziq memahami doanya. Haziq mula di rundum kesedihan. kedengaran sedu sedan dari Haziq. Aiman turut mengalirkan air mata tanpa di sedari oleh Haziq yang di layani perasaan sendiri.

usai mengakhiri bacaan doa, Aiman memandang ke arah Haziq yang sedang menangis tersedu-sedu di bahagian belakang. Aiman menggenggam tangan Haziq ramah, seakan-akan memahami perasaan sahabatnya iu. kelihtaan genangan air mata masih belum habis menitik dari tubir matanya.

"Haziq, air mata itu memang tiada harga, tapi tatkala ia menitis ia kerana keinsafan, ia lebih berharga dari duit berjuta yang kita miliki. kerana air mata itu, kita peroleh ketenangan dan kedamaian. Allah sedang menegurmu duhai sahabatku." ujar Aiman lembut, hati Haziq lembut.

"Aiman, aku banyak dosa. terlalu banyak Aiman. adakah aku layak memperoleh kemafaanNYA.?"soal Haziq. air matanya deras mengalir.

"Allah itu maha pengampun. walaupun segunung dosa kita, tapi DIA sudi memaafkan asalkan kita benar-benar bertaubat. dan DIA juga maha penyayang. DIA sayangkan Haziq, sebab itu DIA ingatkan Haziq untuk kembali ingatiNYA." Ujar Aiman. Haziq sayu. hatinya benar-benar hiba.

"Aiman, aku selalu lupa pada Allah, aku selalu meninggalkan suruhan Allah. aku selalu melakukan perkara yang di tegah. aku selalu lupa pada Allah. aku terlalu leka dengan cinta manusia Aiman, aku tak layak untuk mendapat cintaNYA. seperti mana kau dapat. " ngadu Haziq seakan akan anak kecil yang menangis di sisi ibunya.

"Haziq, jika kamu benar ingin berubah, lihatlah ke hadapan. lihatlah nikmat dan redha Allah yang sedang menunggumu. usah di lihat kesilapan yang pernah kau lakukan, jika ia hanya akan membuatkan kau rasa diri kau tak layak. semua makhluk Allah itu sama, aku juga sama dengan kau. aku pun selalu buat salah, buat dosa. kita sama Haziq. satu pekara yang penting, jangan pernah berputus asa dengan Allah. Allah sentiasa ada buat makhlukNYA." ujar Aiman. di dakap sahabatnya. Haziq hanyut dalam perasaan. air matanya deras dalam dakapan Aiman.

waktu fajar menjadi saksi akan perubahan pada diri Haziq. Burung-burung berkicauan seolah-olah turut gembira atas perubahan yang terjadi pada diri Haziq.

"Aiman," tegur Haziq suatu hari setelah usai solat isya di bilik. Aiman menangglkan serban yang melilit kepalanya. Aiman tersenyum memandang ke arah Haziq.

"Ada masalah Haziq?"soal Aiman. Haziq tunduk sambil menggaru kepalanya.

"Kau tahukan aku ada couple. aku tahu dalam islam, couple itu tak boleh. tapi aku sayangkan dia. macam mana Aiman?"soal Haziq.

"Kau sayangkan Allah?"soal Aiman.

"Aku sayangkan Allah juga. tapi susah sangat. kenapa?"soal Haziq. Aiman datang mendekat lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Haziq.

"Haziq pegang hati Haziq."ujar Aiman turut melakukannya.

"kita ada sekeping hati yang Allah anugerahkan kepada kita. dan sekeping hati itu tidak boleh di bahagikan kasih sayangnya. jika dalam hati Haziq telah hadir cinta manusia, maka begitu sukar untuk cinta Allah hadir dalam hati. begitu juga sebaliknya. cinta Allah itu hakiki, cinta manusia itu sementara." terang Aiman. Haziq mengangguk perlahan.

"Tapi Haziq sayangkan dia."ujar Haziq.

"Cintailah seseorang kerana agamanya, akhlaknya, keturunannya,ilmunya dan yang paling penting cintailah seseorang kerana Allah. Jika Haziq betul-betul mencintainya, janganlah bawa dia kepada kelalaian, dan jangan pula bawa diri Haziq ke lembah yang di sukai syaitan. cinta tak semestinya bersama Haziq. berdoalah jika dia benar untuk Haziq, pasti Allah akan utuskan dia untuk Haziq. jika tidak,  in shaa Allah sedang ternanti seorang bidadari dunia untuk Haziq."ujar Aiman. Haziq terkedu. di fikirkan bait-bait yang keluar dari bibir Aiman. kemas dan senang di hadam oleh dirinya yang kerdil.

"Terima kasih Aiman, Haziq dah tahu apa yang perlu Haziq buat."ujar Haziq.

"Haziq, sahabat saudara masjid sedang menunggu Haziq . esok kita jemaah subuh di masjid ya. lepas subuh ada kuliah dari ustaz Asri."ujar Aiman cuba memenangi hati sahabatnya itu.

"Aku malulah Aiman,"ujar Haziq menolak.

"Janganlah malu, tak baik hampakan perasaan orang lain."pujuk Aiman. Haziq akur.

"ASSALAMUALAIKUM,Haziq."sapa Sufyan sebaik saja terlihat Haziq dan Aiman mendekati tangga masjid.

"Waalaikumussalam." jawab Haziq

"Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan Haziq."ujar Sufyan sambil mendakap Haziq. Haziq terharu.

"Inikah yang di katakan ukhuwah yang sering di katakan oleh Aiman kepadaku."

"Assalamualaikum, Aiman, Sufyan, eh Haziq pun ada."sapa satu suara. aku memandangnya. ustaz Asri. Haziq menelan air liur. tidak menyangka guru itu juga turut mengenalinya. Aiman menyalami tangan guru muda di hadpannya, diikuti sufyan. Haziq juga tidak ketinggalan.

Ustaz Asri mengusap kepala Haziq.

"Allah menyayangimu nak."ujar Ustaz Asri. Hazri sayu. hatinya hiba. dirinya merasakan seperti di raikan. di melangkah masuk ke dalam masjid mengikut langkah sahabat-sahabatnya.

sebaik tiba di dalam masjid. kakinya kaku. lemah tidak bermaya, dia segera sujud penuh hiba sebaik saja matanya terlihat akan ukiran nama Allah terukir pada dinding masjid. air matanya mengalir lagi. penuh kesayuan penuh kerinduan.

"Akan ku serahkan seluruh hatiku dan cintaku hanya padaMU ya rabbi. terima kasih atas nikmat yang telah kau hadirkan kepadaku. terima kasih atas hidayahMU buat hambamu yang hina ini. " ujar Haziq dalam sujudnya. Aiman dan sufyan mengalirkan air mata melihat gelagat Haziq. terasa diri mereka begitu kerdil kerana tidak mampu menangis sepenuh hati seperti Haziq.

"Allah mencintai makhlukNYA yang mencintaiNYA. Subhanallah, sungguh besar cintaNYA. "UJAR ustaz Asri. Aiman dan sufyan mengalirkan air mata. subuh ini menjadi saksi, bahawa Haziq benar-benar sudang berubah.




                                      Hasil carian imej untuk air mata kerana insaf

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu