Posts

peribahasa

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian... apa khabar? semoga sihat selalu ya.. baru-baru ni cikgu saya memerintahkan kepada kami untuk menghafal beberapa peribahasa yang boleh di gunakan dalam karangan bahasa melayu.. alhamdulillah... setelah mencari di laman sesawang, terdapat beberapa peribahasa yang amat berguna kepada saya.. dan saya rasa tertarik untuk mengkongsikannya kepada kawan-kawan semua.. Bagai nangka masak gugur = Orang Yang Bertubuh Besar Jatuh Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan = Membesar-besarkan perkara yang kecil. Adat periuk berkerak,adat lesung berdedak = Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan Air diminum terasa duri,nasi dimakan terasa sekam = Sangat sedih sehingga tidak enak makan dan minum. Angin Tak Dapat Ditangkap,Asap Tak Dapat Digenggam = Berita-berita buruk tak dapat disembunyikan,kelak akan tersiar juga. Hangus tiada berapi, karam tiada berair = Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih Apabila tumbu...

ramadhan datang lagi

Image
assalamualaikum... ahlan wasahlan ya ramadhan... alhamdulillah... tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menjalani ibadah puasa selama sebulan,, tidak sabar rasanya hati.. ku harap ramadhan tahun ini mampu memberikak aku peluang untuk berubah dan memperbaiki segala kekurangan dan kesilapanku yang lalu. tidak mahu ku ulang kesilapan lalu... selamat datang Ramadhan... ku merinduimu.. ku harap dirimu mampu memberikan kehidupan baru buatku..

luahan hati seorang muslimah

Image
duhai adikku, duhai kakakku, duhai saudaraku, marilah sambut huluran tanganku, marilah sambut suaraku, marilah sambut perjuanganku, duhai,adikku, duhai kakakku, duhai saudaraku, islam sebuah agama yang suci, islam sebuah agama yang terpelihara, islam sebuah agama yang mulia, janganlah kita merosakkannya, duhai adikku, duhai kakakku, duhai saudaraku, masa terus berlalu tanpa mengira siapa di belakang, masa terus berlalu tanpa mahu berhenti, masa terus berlalu tanpa mahu berpatah kembali, bukalah hatimu, bukalah matamu, bukalah fikiranmu, agar kita tidak jauh menyimpang, duhai muslimah yang ki cintai, kasih sayang baginda tidak pernah berbelah bagi buat kita, kasih sayang baginda tidak pernah terhenti buat kita, kasih sayang baginda tidak pernah luput buat kita, Baginda menitipkan pegangan agar kita bertahan, baginda menitipkan kitab, agar kita tidak tersalah jalan, duhai muslimah, marilah kembali ke pangkal jalan, tinggalkan keseronokkan hampiri sebuah kenyataan, janganlah kamu binasak...

bulan rejab

Image
assalamualaikum kepada kawan-kawan dan para pembaca sekalian. alhamdulillah kita mampu bersua kembali. baiklah kali ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan mengenai bulan rejab. fakta-fakta yang terdapat pada catatan saya pada kali ini bukanlah daripada ayat saya sendiri tetapi saya copy daripada beberapa laman web yang berguna. insyaAllah sedikit sebanyak maklumat yang di kongsikan berguna buat para pembaca. 1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: - (i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban. (ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya. (iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam. (iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalka...

seraut semalam

“hai Samad,kamu sendirian di sini.”sapa satu suara dari arah belakang mengganggu  lamunan Samad yang tertumpu pada sekumpulan pelajar yang dalam lingkungan 13 tahun berlegar-legar di ruang perpustakaan. Lantas Samad menoleh ke belakang kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri sambil berpeluk tubuh memandangnya. “Patutnya aku yang tanya kau kenapa kau tak rehat. Duduk dekat perpustakaan ni bukannya boleh kenyang”ujar Zambri sambil membelek-belek buku yang berada di hadapannya. Sesekali matanya  melilau kearah pelajar-pelajar yang keluar masuk dari perpustakaan. “Patutnya aku yang tanya kau kenapa kau tak rehat. Duduk dekat perpustakaan ni bukannya boleh kenyang”ujar Zambri sambil membelek-belek buku yang berada di hadapannya. Sesekali matanya  melilau kearah pelajar-pelajar yang keluar masuk dari perpustakaan.                           ...