Posts

Showing posts from July, 2013

salah kah aku?

Image
andai saja perasaan ini mampu ku simpan tanpa ku luahkan.. ingin saja ku pendam.. andai saja perasaan ini tidak menggangu tumpuan dan kehidupan harianku.. ingin saja ku biarkan saja kata hati yang sentiasa tidak tenang menagih cinta seorang insan yangbbergelar adam.. tatkala ku biarkan perasaanku meronta sendiri.. pasti akan hadir insan yang berjaya menenangkannya... awak... maafkan saya... saya tak dapat menyahut kata hatimu.. maafkan saya... hati saya masih ragu dengan sebuah perasaan... maafkan saya.. saat ini bukan waktu yang sesuai untukku menyatakan rada hati.. izinkan aku untuk mengenal hati budimu... izinkan aku untuk menenangkan hatiku... izinkan aku untuk mematangkan diriku... izinkan aku untuk mengejar cita-citaku.. awak... mungkin saya salah... kerana pernah memberi harapan padamu.. mungkin saya salah... kerana pernah cubb menyahut kata hatimu... munhkin saya salah.. kerana tak pernah serius dalam menyaakn kata hayi.. mungkin saa salah... kerana saya su...

BUNGA MAWAR

Image
Assalamualaikum dan selamat datang kawan-kawanku.. terima kasih kerana masih tetap setia menjadi pengunjung dan pembaca blog saya... Ahlan wasahlan kepada mereka yang baru datang ke blog saya. Alhamdulillah, saya masih di beri kesempatan untuk menulis entri pada hari ini. kawan-kawan, hari ini saya ingin bercerita tentang sesuatu yang saya suka. saya pasti setiap orang memiliki perkara yang mereka suka. saya amat menyukai bunga mawar atau lebih di kenali bunga ros. saya menyukainya bukan sebab bunga ros ini melambangkan rasa cinta atau seumpamanya, tapi saya merasakan ada keistimewaan daripada bunga mawar. bunga mawar terdiri daripada pelbagai jenis warna, tapi saya lebih suka bunga mawar bewarna merah dan putih. cantik sangat. saya paling cemburu bila lihat bunga mawar jiran saya berkembang mekar. terasa nak petik aja, tapi itu bukan hak saya.. jadi simpan dalam hati ajalah. sebenarnya, saya suka semua jenis pokok. saya suka tumbuh-tumbuhan,, saya suka warna hijau... warnah hijau ...

berbuka puasa

Image
assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian.. apa khabar kawan-kawan? semoga kawan-kawan sihat sejahtera bersama insan yang tersayang. Alhamdulillah hari ini sudah hampir 2 minggu kita berpuasa.. saya harap kawan-kawan masih segar dan bersemangat mengharungi hari-hari tanpa hidangan enak dan menyelerakan pada waktu pagi... ^_^ kawan-kawan, saya ingin berbicara tentang situasi berbuka puasa masyarakat Malaysia yang sudah menjadi kebiasaan termasuklah keluarga saya sendiri. sudah menjadi tabiat masyarakat kita berbuka puasa denga hidangan yang banyak dan melebihi keperluan. seperti mana yang kita sedia maklum, apabila mejelang saja bulan Ramadhan maka banyaklah gerai-gerai dan bazar-bazar Ramadhan di buka.  apabila kita perhatikan tatkala melawat kawasan-kawasan bazar Ramadhan, terlalu bayak juadah-juadah bebruka puasa di jual. pada saat inilah munculnya pelbagai jenis kuih-kuih tradisional,moden, dahulu, kini... wah terasa bagai majlis makan-makan pula. betul tak? itu ba...

salam Ramadhan

Image
pandangan menerawang ke angkasa, bintang dan bulan beriringan bagai tiada mahu berpisah, ku lihat pokok rendang di sisiku, daun dan dahan terbuai bersama ke kanan ke kiri, seolah-olah menurut sahaja kemahuan desakan udara, ku pandang angkasa hitam kembali, taburan bintang membuatkan aku tidak jemu melakar, pelbagai lakaran ku bina, pelbagai kenangan hadir bersama, ku pejam mataku erat, ku genggam tanganku kejap, ku peluk tubuhku yang kedinginan, kehangatan hadir tatkala titisan air mata megalir, pelbagai persoalan bermain, pelbagai pertanyaan bersilih ganti, masihkah ada ruang aku menatap bintang ini esok? masihka ada peluang bagiku melakar lagi? masihkah ada peluang bagiku melihat kerdipan bintang yang tiada henti? masihkah ada ruang bagiku menjadi salah satu bintang yang menemani bulan? hanya doa mampu ku panjatkan hanya harapan mampu ku simpan, andai saja, bintangku gugur malam ini, biarlah bulan tahu aku menyayanginya, andai saja, bintangku berhenti berk...

Ramadhan 2013

Image
Assalamualaikum buat kawan-kawan dan para pembaca yang saya sayangi dan hormati sekalian. Alhamdulillah, saya masih di beri kesemptana untuk menulis entri baru di dalam blog saya ini. terima kasih kepada kawan-kawan dan para pembaca yang masih setia bersama blog saya. Alhamdulillah tanpa kita sedari sudah lebih seminggu kita menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Bagi para Ulama' atau para sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, mereka ternantikan bulan Ramadhan ini dengan hati yang gembira dan "excited", tetapi mereka akan berasa sedih jika Ramadhan pergi meninggalkan mereka. agak-agaknya mengapa hal ini berlaku kepada mereka? keadaan mereka sangat berbeza dengan kita, walaupun mereka sama manusia seperti kita, tapi tanggapan mereka berbeza dengan kita. mengapa agakanya ya? kawan-kawan, para sahabat berkelakuan dan bersikap seperti itu kerana mereka tahu akan nikmat atau kelebihan yang terkandu...

ramadhanku sepi

Image
Pandangannya berlabur pada lautan biru yang terbentang luas di hadapannya. dapat dirasakan ketenangan dan ketenteramannya. kesayuan hati tiba-tiba bertandang dalam hatinya. Tangannya perlahan-perlahan memperbaiki tudungnya yang sesekali terbuai lembut di tiup angin. sesekali beberapa ekor burung berterbangan di angkasa menarik perhatiannya. senyuman kecil terukir..                 "Ida, kamu buat apa di sini sendirian?"soal satu suara memeranjatkannya daripada lamunan yang panjang. lantas pandangannya di arahkan ke belakang. kelihatan seorang lelaki berbaju T hijau muda berdiri di belakangnya sambil menguntum sebuah senyuman.                 "kamu Azrul. Buat terperanjat saya aja." ujarnya sambil mengurut dada lembut.                 "maaflah. apa yang kamu buat di sini sendirian?"soal Azrul sambil melabuhkan punggungnya di atas kayu mati berhampiran Ida.    ...