salam Ramadhan
pandangan menerawang ke angkasa,
bintang dan bulan beriringan bagai tiada mahu berpisah,
ku lihat pokok rendang di sisiku,
daun dan dahan terbuai bersama ke kanan ke kiri,
seolah-olah menurut sahaja kemahuan desakan udara,
ku pandang angkasa hitam kembali,
taburan bintang membuatkan aku tidak jemu melakar,
pelbagai lakaran ku bina,
pelbagai kenangan hadir bersama,
ku pejam mataku erat,
ku genggam tanganku kejap,
ku peluk tubuhku yang kedinginan,
kehangatan hadir tatkala titisan air mata megalir,
pelbagai persoalan bermain,
pelbagai pertanyaan bersilih ganti,
masihkah ada ruang aku menatap bintang ini esok?
masihka ada peluang bagiku melakar lagi?
masihkah ada peluang bagiku melihat kerdipan bintang yang tiada henti?
masihkah ada ruang bagiku menjadi salah satu bintang yang menemani bulan?
hanya doa mampu ku panjatkan
hanya harapan mampu ku simpan,
andai saja,
bintangku gugur malam ini,
biarlah bulan tahu aku menyayanginya,
andai saja,
bintangku berhenti berkelip malam ini,
biarlah bulan tahu cahayaku hanya untuknya,
andai saja ,
kejapan mataku tidak mampu ku buka,
biarlah mereka tahu bahawa aku merindui wajah mereka,
andai saja,
pelukan tubuhku terurai,
biarlah mereka tahu aku sentiasa hangat dalam kasih dan cintanya.
maafkan daku,
maafkan daku,
maafkan daku,
diri kerdil tidak mampu menangkis seribu kesalahan
hanya kemaafan mampu di pinta,
sebelum mata tertutup selamanya,
sebelum segelanya tidak dapat di perbaiki semula..
salam ramadhan

Comments
Post a Comment