ramadhanku sepi

Pandangannya berlabur pada lautan biru yang terbentang luas di hadapannya. dapat dirasakan ketenangan dan ketenteramannya. kesayuan hati tiba-tiba bertandang dalam hatinya. Tangannya perlahan-perlahan memperbaiki tudungnya yang sesekali terbuai lembut di tiup angin. sesekali beberapa ekor burung berterbangan di angkasa menarik perhatiannya. senyuman kecil terukir..

                "Ida, kamu buat apa di sini sendirian?"soal satu suara memeranjatkannya daripada lamunan yang panjang. lantas pandangannya di arahkan ke belakang. kelihatan seorang lelaki berbaju T hijau muda berdiri di belakangnya sambil menguntum sebuah senyuman.

                "kamu Azrul. Buat terperanjat saya aja." ujarnya sambil mengurut dada lembut.

                "maaflah. apa yang kamu buat di sini sendirian?"soal Azrul sambil melabuhkan punggungnya di atas kayu mati berhampiran Ida.

                "tidak buat apa-apa Azrul. sekadar mmerhatikan kebesaran Allah. cantik pemandangan di tepi laut."ujar Ida sambil tersenyum. Azul memandang pelik ke arah Ida. Ida menyedari akan pandangan yang di lemparkan oleh Azrul. lantas pandangannya di arahkan pada wajah Azrul. dahinya berkerut sedikit.

                "kenapa kamu lihat saya sebegitu rupa Azrul? saya pakai tudung terbalik ke?"soal Ida sambil melambai-lambai pada wajah Azrul.

               "Kamu sudah kenapa Ida? sudah buang tabiat ke? tiba-tiba aja cakap macam tu macam baru satu hari tinggal disini."ujar Azrul.

               "Apa yang salah dengan kata-kata saya Azrul?"soal Ida.

               "Ida, kamu setiap petang datang ke sini. tapi baru hari ini kamu menyedari kecantikan laut di sini?  kamu sakit ke hari ni?"soal Azrul.

               "hahaha... salahkah saya memuji. kamu ni buat saya ketawa ajalah Azrul."ujar Ida sambil tertawa. Azrul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. di perhatikan wajah Ida yang sedang ketawa. dapat di rasakan seperti terdapat sesuatu yang tersimpan di sebalik tawa riang sahabatnya itu.

                "Azrul, lusa puasa kan?"soal Ida tiba-tiba. Azrul mengangguk.

               "kita pergi kubur nak tak? dah lama tak melawat kubur arwah Ismail. nanti bila dah masuk bulan ramadhan mesti kita sibukkan. lagi pula SPM dah hampir sangat ni."ujar Ida.

               "raya nantikan boleh pergi ziarah."ujar Azrul.

               "itu saya tahu Azrul. tapi tak salahkan kalau kita ziarah kubur arwah sebelum menjelang Ramadhan. sekurang-kurangnya kita dapat kongsikan kegembiraan kita kepada arwah. lagi pula kita tak tahu sama ada kita sempat sambut raya atau tidak tahun ni. betul tak."ujar Ida.

               "apa kamu cakap macam tu Ida? kamu dah tak sayangkan saya lagi ke?"ujar Azrul sambil memuncungkan mulutnya.

               "haisy kamu ni Azrul. saya sayangkan kamu sama macam saya sayangkan arwah Ismail. tapi kita tak dapat teka bila ajal kita akan datangkan. mahu tidak kamu temankan saya? kalau tidak mahu saya ergi seorang diri sajalah," giliran Ida pula memuncungkan mulutnya.

               "Yelah kawan saya tersayang. esok pukul 9.00 kita pergi ziarah kubur arwah Ismail ya"ujar Azrul. Ida mengenyitkan matanya tanda terima kasih. Azrul sekadar tersenyum kecil


"ASSALAMUALAIKUM...dengan ini saya mengisytiharkan bahawa lusa puasa.."pengumuman puasa yang terpampar pada kaca televisyen menarik perhatian Ida. suasana lengang di ruang tamu membuatkan suara pengacara televisyen  memenuhi setiap ruang rumah tersebut.

               "sempatkah aku menyambut Ramadhan tahun ni? Ya Allah, jika KAU takdirkan umurku terhenti di sini, izinkan aku untuk kekal berada di atas jalanMU ya Rob, berikanlah ketabahan buat kawanku Azrul untuk menerima perpisahan ini. Namun jika usia ku KAU panjangkan, izinkan aku untuk memanfaatkan ramadhan tahun ini dengan sebaik mungkin."doanya di dalam hati. tanpa di sedari air matanya tumpah membasahi pipi.

              Tiba-tiba kedengaran laungan azan dari masjid yang terketak hanya beberapa meter dari rumahnya. lantas dia bangkit berdiri lalu mengorak langkah bagi mengambil wudhu. setelah membasahkan tubuh wudhu'nya dengan air,lantas dia segera menyegerakan sola fardhu isya'. suasana di perkarangan rumah yang riuh dengan hilai tawa kanak-kanak bermain mercun tidak sedikit pun mengganggu tumpuannya dalam menyerahkan segala tumpuannya kepada Yang Maha Pencipta.


"Assalamualaikum Ida,...."laung Azrul di hadapan pintu rumah Ida. tiba-tiba muncul seorang wanita tua dalam lingkungan 40 an di hadapan pintu dengan wajah yang ceria.

                "Assalamualaikum makcik. Ida ada?"soal Azrul.

                "Kamu Azrul. Ida ada di dalam. kamu nak pergi ke kubur ya."ujar wanita tersebut

                "ya makcik. tiba-tiba sahaja Ida ajak pergi melawat kubur arwah Ismail. katanya sebelum bulan Ramadhan menjelma,."ujar Azrul.

                 "Azrul, sebelum kamu pergi mak cik ada hal nak cakap pada kamu."ujar wanita itu sambil tersenyum.

                 "ada apa makcik?"ujar Azrul

                 "Azrul, hidup dan mati itu ketentuan tuhan. jika ada apa-apa terjadi pada anak mak cik sehingga memaksa kamu untuk berpisah dengannya, makcik harap kamu dapat menerimanya. ingat ya.. kita ni makhluk Allah, kita semua milik Allah, Allah berhak mengambil kita bila-bila masa sahaja."ujar wanita itu membuatkan Azrul terkejut.

                "InsyaAllah makcik."hanya itu yang terpancul dari bibirnya ketika itu sebaik saja terlihat akan Ida yang sedang mengorak langkah ke muka pintu. sesudah meminta keizinan daripada ibunya, mereka kembali meneruskan perjalanan.


"Wah... semaknya kubur arwah. kan Ida. mari kita bersihkannya dulu."ujar Azrul sebaik sjaa tiba di tanah perkuburan. Ida sekadar mengangguk. usai saja memebersihkan kawasan perkuburan, mereka mula menghadiahkan bacaan surah yaasin kepada arwah Ismail.

               "Azrul, Ismail sudah 5 tahun meninggalkan kita. tapi saya dapat rasakan kasih sayangnya kekal wujud di antara kita."ujar Ida.

              "benar Ida. Ismail terlalu baik buat kita berdua. Ismail selalu membantu kita. tapi siapa sangka, penyakt lelahnya membuatkannya pergi dulu daripada kita. Allah lebih menyayangkan dia Ida." ujar Azrul

             "Ismail, kamu telah pergi tinggalkan kami buat sekian lamanya. ahli kumpulan kita berkurang satu sejak kau tiada. 5 tahun ramadhan berlalu tanpa dirimu, dan kini Ramadhan muncul lagi. saya dan Azrul ingin berkongsikan kegembiraan bersamamu, kerana kami tetap merasakan kehadiranmu bersama kami. Ismail, mungkin Ramadhan tahun ini, ahli kumpulan kita akan berkurang lagi dan mungkin ada di antara kami yang bakal menyusulimu."ujar Ida. tangannya mengusap lembut batu nisan yang tertulis  "Ismail bin Harun" di atasnya. tanpa di sedari air matanya menitis perlahan.

             "Ida, sudahlah. janganlah menangis. Ismail telah lama pergi, kita yang hidup teruskan perjuangan kita."ujar Azrul.

             "Azrul, bolehkah awak berjanji pada saya, jika apa-apa terjadi pada saya, awak jangan berputus asa, awak jangan pernah patah semangat. awak akan berusaha untuk dapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Bolehkan awak berjanji pada saya?"soal Ida. Azrul mengangguk.

             "Terima kasih Azrul. ingat ya, kejayaan yang terhasil adalah harapan saya, arwah Ismail dan awak juga. jangan hampakan kami ya."ujar Ida. Azrul mengangguk. tiada kata-kata yang mampu terlahir dari bibirnya. hatinya bertambah saya apabila petanda-petanda datang menaghampiri dengan begitu jelas. di amati wajah Ida yang telus. wajah yang sudah hampir 10 tahun menjadi teman hidupnya. wajah yang sudah hampir 10 tahun memberikan semangat kepadanya untuk terus berjuang. Tanpa di sedari air matanya menitis. ya air mata lelakinya menitis.

              "La.. kenapa nangis ni. tak naklah nangis-nangis, tak handsomelah. senyumlah sikit."ujar Ida.

             "Ida, saya janji saya tak akan kecewakan awak dengan Ismail. itu janji saya."ujar Azrul. Ida tersenyum.

             "Allahuabar Allahuakbar......."tiba-tiba kedengaran laungan suara azan zuhur berkumandang

             "eeh sudah azanlah. sekejap ajakan masa berlalu. jom kita solat jemaah di masjid aja. dapat pahala lebih sikit."ujar Ida. Azrul sekadar mengangguk. setelah mengemas persekitaran kubur buat kali terakhir, mereka melangkah beriringan menuju ke masjid yang terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan. Tanpa di sedari sekuntum senyuman manis dan pandangan redup sedang memerhatikan langkah mereka.

             "Assalamualaikumwarohamtullah....... Assalamualaikumwarohmatullah......." ujar imam masjid mengakhiri solat jemaah di masjid.

             "Astaghfirullahalazim.....Astaghfirullahalzim...astaghfirullahalazim...." zikir imam diikuti oleh jemaah lain. tiba-tiba kawasan makmum perempuan menjadi kecoh. beberapa orang jemaah lelaku bingkas bangun dan menuju ke arah saf wanita yang terselindung di balik takbir di bahagian belakang masjid.

             "kenapa ni Zaitun?"kedengaran suara imam keras bertanyakan soalan kepada Cik Zaitun,salah seorang jemaah wanita.

            "Ada budak perempuan pingsan sewaktu sujud akhir tadi."ujar Cik Zaitun. Pak Imam segera menghampiri budak perempuan tersebut. sebaik sjaa mendengar kenyataan daripada cik Zaitun, dada Azrul tiba-tiba berdegup kencang, kakinya seolah-olah lembik untuk malangkah ke arah saf wanita. namun di gagahi juga hatinya untuk terus melangkah.

            Tiba-tiba pandangannya tertancap pada susuk tubuh seorang wanita yang terbaring di litupi kain telekung yang masih kekal pada tubuhnya.wajahnya tidak kelihatan. pandangannya mencari susuk tubuh insan yang d sayangi. namun hampa. pandangannya kembali tertumpu pada pak Imam yang sedang memerhatikan keadaan budak perempuan tersebut.

            "Apa yang sudah terjadi?"soalnya.

            "budak ni solat di sebelah saya. pada awalnya dia baik-baik saja. tapi apabila tiba tahyat akhir, dia tidak bangun dari sujudnya, saya ingatkan dia memang sujud lama, saya biarkan saja. tapi bila sudah lama sangat saya mula rasa tak sedap hati. saya goncangkang tubuhnya, tiba-tiba dia rebah."ujar seorng wanita bertubuh agak gempal.

             "Innalillahiwainnailaihirojiun....."budak ni sudah meninggal. ujar Pak Imam sebaik sjaa memeriksa nadi perempuan tersebut. hati Azrul tertarik untuk melihat wajah perempuan tersebut.

             "Ya Allah...... Ida.........." hanya itu yang terpancul dari bibirnya. kakinya lembik untuk terus berdiri dan hampir terduduk namun sempat di tahan oleh beberapa orang jemaah lelaki yang lain. Azrul mendekati Ida.

              "Ida, jadi inilah maksud kata-katamu yang penuh misteri itu. kau pergi dulu mengikuti jejak Ismail. Ida, semoga rohmu tenang di sana. aku akan sentiasa mendoakanmu."ujar Azrul tanpa mampu menahan air matanya lagi. beberapa orang jemaah lelaki memberikan kekuatan kepada Azrul. Azrul melepaskan genggaman tangan Ida. di lihat wajah Ida yang seakan-akan tersenyum.

"Assalamualaikum, mak cik..."laung satu suara dari perkarangan rumah.

                 "Waalaikumussalam, sekejap ya."tibatiba pintu terkuak kecil. muncul seorang wanita di muka pintu. pandangannya tertancap pada sebuah keranda yang berada di atas tanah. beberapa orang wanita yang melihat raut wajah wanita itu tidak dapat menahan air mata. sesekali kedengaran sedu sedan tangisan.

                  "bawalah naik jasad anakku ke atas."ujar wanita itu tenang sambil mengukirkan senyuman. beberapa orang warga kampung terkejut dengan reaksi yang di berikan.

                   "bagaimana dia tahu ini anaknya?"soalan itulah yang terus bermain di benak mereka smeua. namun tanpa membuang masa mereka segera mengangkat keranda naik ke rumah. di letakkan jasad Ida perlahan-lahan di atas tikar yang sedi terbentang di ruang tamu. di selak kain putih yang sedia menutupi wajah Ida. Azrul duduk di sisi bonda Ida.

                   wajah pucat Ida menjadi pandangan tetamu yang hadir. beberapa orang penduduk kampung yang tidak dapat menahan sebak meminta diri untuk pulang. sesudah di hadiahkan bacaan yasin dan tahlil ringkas. Bonda Ida mengesut sedikit menghampiri jasa anaknya. dikucup perlahan dahi anaknya. senyuman terpamir dari bibir wanita itu. tiada rasa sedih terpamir dari wajahnya. wajahnya sentiasa tenang dan nyaman.

                  "anakku Ida, penantianmu berakhir juga. segala teka teki yang bermain di benakmu kini sudah terjawab. mimpi ibu selama ini sebuah petanda bahawa dirimu akan pergi manjdi sebuah realiti. ibu redha dan terima segalanya kerana ibu yakin ketentuan Allah itu tidak sia-sia. tenanglah kamu di sana nak. ibu akan menyusulmu nanti. " ujar wanita itu lalu mencium dahi anaknya buat ke dua kalinya. setelah meminta keizinan, jasad Ida di bawa ke tanah perkuburan. hasrat Ida untuk di semadikan di sisi kubur ayah dan sahabatnya menjadi kenyataan.

                  "Ida, terima kasih untuk segalanya.kini tawa riangmu sudah tiada, hanya tulisan namamu menjadi pengubat rindu. semoga kamu tenang di sana."ujar Azrul sambil memandang kubur Ida yang masih merah di hadapannya. di masukkan tangannya ke dalam kocek baju  melayunya. tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang ganjil berada di dalam sakunya. di keluarkan barang tersebut. keluar sekeping gambar yang terpampang gambarnya bersama Ismail dan Ida sewaktu mereka kecil. di pusingkan gambr tersebut. terdapat beberapa catatan di belakang gambar tersebut.

                aku,Azrul dan Ismail.. sahabat buat selamanya. tiada yang bisa memisahkan kami kecuali kematian dan kehendak Allah. andai saja nanti, kematian itu berlaku, aku berharap agar sesiapa saja di antara kami yang masih hidup akan terus berjuang meneruskan perjuangan kami... jujur dari lubuk hati, aku sayangkan mereka, aku harap jika aku yang akan pergi, biarlah aku pergi tanpa sebarang tangisan biarlah aku pergi dengan takbir yang berpanjangan.


                                                                                                     catatan hati:IDA


               "Hasrat kamu menjadi kenyataan Ida, kerana malam ini takbir bagi solat tarawikh bakal bermula. dan ramadhanku bakal di buru sepi sekali lagi."ujar Azrul. setelah memandang kubur Ida dan Ismail, Azrul mula mengorak langkah pergi. hatinya terasa terpanggil untuk menoleh. di pandang sekali lagi kubur insan yang di sayangi. dapat di rasakan bahawa kedua-dua orang sahabatnya sedang tesenyum kearahnya. dia sekadar tersenyum tidak tahu kepada siapa.

"selamat menaymbut Ramadhan kawanku. ramadhanku sepi tanpamu."bisik hati kecil Azrul. dia kemabli mengorak langkah pergi.












Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu