berbuka puasa

assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian.. apa khabar kawan-kawan? semoga kawan-kawan sihat sejahtera bersama insan yang tersayang. Alhamdulillah hari ini sudah hampir 2 minggu kita berpuasa.. saya harap kawan-kawan masih segar dan bersemangat mengharungi hari-hari tanpa hidangan enak dan menyelerakan pada waktu pagi... ^_^

kawan-kawan, saya ingin berbicara tentang situasi berbuka puasa masyarakat Malaysia yang sudah menjadi kebiasaan termasuklah keluarga saya sendiri. sudah menjadi tabiat masyarakat kita berbuka puasa denga hidangan yang banyak dan melebihi keperluan. seperti mana yang kita sedia maklum, apabila mejelang saja bulan Ramadhan maka banyaklah gerai-gerai dan bazar-bazar Ramadhan di buka.  apabila kita perhatikan tatkala melawat kawasan-kawasan bazar Ramadhan, terlalu bayak juadah-juadah bebruka puasa di jual. pada saat inilah munculnya pelbagai jenis kuih-kuih tradisional,moden, dahulu, kini... wah terasa bagai majlis makan-makan pula. betul tak? itu baru di bazar Ramadhan belum lagi di rumah-rumah masyarakat Malaysia. kalau boleh satu meja nak penuh dengan makanan yang di beli dan yang di buat. jarang sekali kita lihat meja yang hanya di isi dengan sebungus tamar dan segelas air. kadangkala makanan yang di beli dan yang di buat terpaksa di buang kerana tidak mampu di habiskan.

kawan-kawan, janganlah kita terlalu mengikut hawa nafsu dan kehendak hati. apabila kita berpuasa di pagi hari, lemak-lemak yang terkumpul di dinding perut bakal di bakar bagi menghasilkan tenaga. jadi apabila muncul waktu berbuka, perut kita serta merta menjadi kecil. tiada ruang yang banyak bagi mengisi makanan yang memenuhi atas meja. kasihan makanan yang terbuang itu. jika dahulu, sewaktu saya kecil, ibu saya sering memarahi saya jika saya tidak menghabiskan makanan, katanya makanan yang terbuang itu akan menangis di malam hari. mula dari saat itu, saya tidak berani untuk membuang makanan.  kelakarkan, tapi sebenarnya ada kebaikannya juga hal ini di beritahu, sekurang-kurangnya kita mampu memupuk rasa kasihan pada makanan dan lebih mengharagai makanan yang di berikan.

kawan-kawan, mungkin agak sukar untuk kita menangkis rasa ingin mencuba semua makanan di bulan Puasa ini, saya akui itu. bagaimana jika kita membeli apa saja yang kita mahu di bazar Ramadhan, kemudian kita kongsikan bersama jiran-jiran dan rakan-rakan kita. sekurang-kurangnya jumlah makanan yang banyak mampu di kurangkan dengan amalan berkongsi. secara tidak langsung kita juga mampu memperoleh pahala di bulan Ramadha dengan mudah. hal ini kerana, umat islam yang menjamu atau memberi buka orang yang puasa akan memeperoleh pahala pada hari itu. jadi mengapa tidak kita mencubanya. sekurang-kurangnya kita mampu menangkis daripada amalan membuang makanan. kasihan makanan itu, menangis dia. :'(

akhir kata dari saya, selamat menjalani ibadah puasa bagi seluruh umat islam. salam sayang dari saya. assalamualaikum








Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu