Ramadhan 2013
Assalamualaikum buat kawan-kawan dan para pembaca yang saya sayangi dan hormati sekalian. Alhamdulillah, saya masih di beri kesemptana untuk menulis entri baru di dalam blog saya ini. terima kasih kepada kawan-kawan dan para pembaca yang masih setia bersama blog saya.
Alhamdulillah tanpa kita sedari sudah lebih seminggu kita menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Bagi para Ulama' atau para sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, mereka ternantikan bulan Ramadhan ini dengan hati yang gembira dan "excited", tetapi mereka akan berasa sedih jika Ramadhan pergi meninggalkan mereka. agak-agaknya mengapa hal ini berlaku kepada mereka? keadaan mereka sangat berbeza dengan kita, walaupun mereka sama manusia seperti kita, tapi tanggapan mereka berbeza dengan kita. mengapa agakanya ya?
kawan-kawan, para sahabat berkelakuan dan bersikap seperti itu kerana mereka tahu akan nikmat atau kelebihan yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ini antaranya adalah ganjaran pahala bagi setiap amalan kebaikan yang kita lakukan dalam bulan Ramdhan di gandakan. seterusnya, dalam bulan Ramdhan terdapat satu malam di mana segala hajat yang di pinta insyaAllah di kabulkan dengan segera, malam yang di maksudkan adalah malam lailatul qadar. subhanallah.... para sahabat mengejar kelebihan tersebut. mereka memanfaatkan sebaik mungkin bulan Ramdhan dengan hal-hal yan berfaedah dan amalan-amalan solleh. bagi mereka Ramdhan merupakan tempat atau saat di mana mereka berpeluang untuk menananm sebanyak mungkin pahala di dunia.
kawan-kawan, mejoriti antara kita agak sukar untuk menerima darjat yang sebegitu tinggi sperti para sahabat. ini berpunca daripada keadaan dunia yang agak mewah dan kaya dengan pelbagai hiburan membuatkan ramai manusia leka dan lalai serta hanyut di buai kekayaan dunia. hati yang lalai hanya memandang sesuatu dari sudut zahir saja. kita hanya memandang bahawa puasa merupakan sesuatu perbuatan atau amalan yang membebankan kerana tidak dapat makan tidak dapat minum, tidak dapat melakukan perbuatn yang membatalakn puasa.... kita merasakan bahawa bulan Ramadhan merupakan penjara kepada kita yang menerapkan sebuah disiplin agama yang tinggi. kita gembira apabila syawal menjelang tiba kerana kita merasakan bahawa kita bebas melakukan apa sahaja. tap kita lupa satu perkara, undang-undang an peraturan islam tidak hany di jalankan pada bulan Ramadhan sahaja malah setiap hari, setiap bulan,setiap tahun, setiap dekad dan buat selama-lamanya undang-undang dan peraturan islam pelru di laksanakan.
kawan-kawan, maksud puasa yanga acap kali kita dengan adalah menahan makan dan minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari di sertakan niat, sesungguhnya, puasa bagi orang-orang yang beriman adalah berpuasa dari segi pertuturan,perbuatan,penglihatan,pendengaran dan sebagainya. maksudnya bukanlah kita tidak boleh melakukan apa-apa, dan hanya duduk tidak bergerak. maksudnya adalah, puasa penglihatan,pendengaran,percakapan perbuatan adalah, kita menjaga perbuatan kita agar tidak melakukan hal-hal yang sia-sia seperti melepak, merempit dan sebagainya. kita menjaga penglihatan kita daripada melihat sesuatu perkara yang haram dan sia-sia sebagai contoh melihat video-video lucah, siaran televidyen yang tidak membina keimanan dan sia-sia. seterusnya, menjaga pendengaran kita daripada hal-hal yang lagho. sebagai contoh mendengar lagu-lagu, orang mengumpat dan sebagainya, dan yang terakhir menjaga pertuturan. penjagaan pertuturan merupakan masalah berat yang di hadapi oleh semua kaum hawa. kaum hawa telah di jadikan dengan 1 akal dan 9 nafsu, di sebabkan akal yang kurang, kaum hawa lebih melakukan sesuatu kearah nafsu semata-mata tanpa berifikir dengan matang. sebagai contoh mengumpat orang lain. nafsu yang tinggi membuatkan kaum hawa lebih suka mengata,mengumpat atau berbicara tentang orang lain tanpa memikirkan akibat dan kesan yang bakal terjadi.
kawan-kawan, kiat sedia maklum bahawa Ramadhan ini bulan yang penuh dengan keberkatan. jadi pergunakanlah ia sebaik mungkin. anggap sahaja Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita. jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai titik permulaan perubahan dalam diri kita. sematkanlah dalam diri kita agar Ramdhan tahun ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kelalaian.

Comments
Post a Comment