kenangan lalu

Assalamualaikum kawan-kawan. alhamdulillah kita masih boleh bersua lagi...

kawan-kawan, hanya beberapa hari saja lagi insyaAllah tanggal 1 januari 2014 bakal menjelma.. alhamdulillah.. tahun 2013 berlalu dengan memberikan kita semua pendidikan dan pengajaran yang amat bermakna dalam kehidupan kita.

Bagi adik-adik yang tak lama lagi akan memulakan persekolahan, bagaimana dengan persediaan adik-adik? sudah beli barangan sekolah? bagaimana pula dengan pakaian sekolah? berganti atau pakai yang lama? pakai pakaian lama pun tidak mengapa asalkan kita boleh menuntut ilmu dengan selesa. apabila berbicara tentang pakaian, masih saya ingat... pakaian sekolah saya yang paling lama saya pakai adalah ketika saya di sekolah menengah. baju sekolah saya tidak berganti selama 5 tahun.. hahahha lama kan. masih saya ingat lagi baju saya warnanya sudah pudar dan sudah singkat.. Saya pernah di marahi ayah kerana tidak mengganti pakaian sekolah.. nak buat macam mana, barang sekarang dah naik, nak tukar baju pun mahal.. jadi adik-adik jangan beli barangan ikut kemahuan tapi ikut keperluan ya..

hmmm... bila tahun baru mula menjelma, saya kembali teringat zaman persekolah saya sewaktu di sekolah rendah.. bagi saya kenangan di sekolah rendah begitu bermakna bagi saya.. dahulu, sekolah rendah tidak jauh dari rumah... sekitar 3 kilometer .. jadi saya dan kawan-kawan hanya perlu berjalan kaki seawal 6.30 pagi. di sebabkan saya memiliki jiran yang menjoritinya lelaki, jadi saya, adik saya dan kawan lelaki berjalan bersama-sama ke sekolah..

masih saya ingat sewaktu saya di ganggu oleh lelaki asing, merekka yang membantu saya.. hahaha, saya masih ingat tindakan mereka yang seperti bodyguard..  saya berterima kasih sangat-sangat pada mereka erana mereka sudi melindungi saya...

hmmm, jika cakap musim persekolahan... mesti ramai yang terbayangkan monkey love.. saya pada masa itu tidak pernah menjalani monke love. tapi saya selalu emnyimpan perasaan pada seseorang.. saya selalu begaduh dengan si dia.. saya pun tidak tahu mengapa... kadang kala saya tertawa sendiri apabila teringat kisah silam.

bila musim perayaan hampir menjelma, kami akan beli kad raya dan agihkan pada rakan sekelas.. tidak kurang juga kami juga akan menggantungkannya di papan kenyataan di hadapan kelas.

sudah menjadi kebiasaan, kita akan di berikan cuti selama seminggu apabila hari raya menjelma. kebiasaannya pada hari raya kelima, kami akan berkumpul dan beraya di rumah raka-rakan sekelas.walaupun rumah kami jauh-jauh, namun kami tetap bertandan ke rumah mereka..maklumlah pada masa itu kami hanya memikirkan untuk mengutip duit raya.. lelaki dan perempuan bercampur namun tetap berbatas. duit raya yang kami simpan kadagkala habis kami belanja. hahaha..

pada tahun 2008, saya dan kwan-kawan menduudki peperiksaan UPSR.. guru-guru dan rakan-rakan berusaha bersngguh-sungguh demi mencapai keputusan yang cemerlang. Guru-guru sanggup mengadakan kelas tambahan selepas sekolah. di sebabkan saya harus menghadiri ke sekolah agama, jadi saya terpaksa mengganti pakaian di sekolah kebangsaan. nasib saya baik kerana jarak antara sekolah kebangsaan amat dekat.. jadi saya hanya perlu terus ke sekolah agama dengan berjalan kaki. memang penat tapi meneyronokkan.. kadang kala saya pernah tertidur di dalam kelas sewaktu cikgu megajar.. nasib baik ustazah saya baik..

Alhamdulillah, penat lelah yang di harungi membuahkan hasil. keputusan yang cemerlang mampu saya peroleh dengan kehendakNYA...

kenangan pahit? sudah tentu ada. setiap kehidupan pasti akan mengalami kenangan pahit dan manis. kerana itulah rencah kehidupan. kenangan pahit saya adalah apabila saya d pergunakan dalam urusan cinta.. maklumlah budak kasar baru berkenalan dengan cinta, mudah terpedaya.. akhirnya sakit hati.. tapi saya sedar kisah itu mengajar saya untuk terus berhati-hati.

bukan itu saja, saya juga masih ingat sewaktu deary saya di baca oleh rakan-rakan lelaki sekelas saya. Sungguh menyakitkan. sudahlah mereka baca catatan hati saya, lepas tu mereka ketawakan saya pula. betapa sakitnya hati saya pada waktu itu. namun itu semua kisah lama.. dan bagi saya itu amat berharga..

buat adik-adk yang masih di sekolah rendah, akak yakin adik-adik pasti sedang menjalani kehidupan bersekolah yang amat menyeronokkan.. hanya satu pesan kakak, jangan pernah sia-siakan waktu bersaa teman-teman dan guru-guru ya.. kerana apabila adik-adik di sekolah menengah annti, adik-adik sukar untuk merasakan nikmat yang sebegitu rupa..

sampai sini saja catatn saya.. salam sayang dari saya.. terima kasih sudah berkunjung..



permainan yang di gemari oleh kanak-kanak perempuan sewaktu zaman saya dahulu.


Laman Blog SKPG 3 SEKOLAH RENDAH KU.. SEKOLAH KEBANGGAANKU..


Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA