SELAMAT TINGGAL

Pandangan mataku menari-nari memandang kearah arakan awan putih di langit biru. pukulan ombak yang kedengaran sesekali mencuri deria pendengaranku untuk melayani muzik yang di hasilkan. Burung berkicauan merdu. aku terleka seketika.

                 "sinar hari ini memberi cahaya dalam hidupku. tapi, masihkah ada cahaya pada hari esok buatku?"soal yang terus bermain ligat di benak fikiran. ku biarkan deruan angin memukul lebut wajahku yang sememangnya sudah tidak bermaya.

                  Pandangan mataku tertancap pada sekumpulan anak muda yang bergelak tawa di gigi pantai. kelihatan begitu mesra. kelihatan juga beberapa orang gadis yang berusia lingkungan belasan tahun saling bekejaran dan tertawa gembira. hatiku di serbu rasa cemburu.

                 mindaku pantas menangkap beberapa kepingan kenangan indah yang telah ku lalui bersama insan tersayang. di pantai ini ku laburkan tawa bersama mereka. di pantai ini ku taburkan kegembiraan, di pantai ini ku kukuhkan sebuah ikatan. Namun segalanya musnah hanya kerana igauan perasaan dan rebutan kasih yang hanya menjadi pemusnah sebuah perhubungan.

                 Bermain di mindaku betapa gembiranya kami berlari-lari di gigi pantai yang memiliki kesejukan air yang mampu mencengkam tulang. masih terkenang di minda apabila salah seorang di antara kami terjatuh di dalam bukaan mulut pantai yang tenang. masih terngiang-ngiang gelak tawa kami yang memecahkan kesunyian senja pada masa dahulu.

                 Namun segalanya tinggal kenangan. perpisahan di putuskan hanya kerana percintaan. putaran dunia yang pantas berlalu mengubah diri setiap individu. membuatkan si kecil menjadi besar, membuat si metah menjadi masak, membuat yang tidur sudah terjaga, membuat yang lemah kembali bersemangat dan tidak kurang juga menjadikan si lembut menjadi kasar, menjadikan si kaya semakin lupa diri, menjadikan si remaja menjadi liar. pelbagai perubahan berlaku membuatkan pundakku tidak tertahan menanggungnya.

                 "Dasar kawan makan kawan. kau sanggup ambil Razif dari aku sedangkan kau tahu aku sayangkan dia. Aku menyesal ada kawan macam kau."masih terngiang-ngiang kata-katanya yang tiba-tiba menerkamku tatkala ku sedang merehatkan diri di sebuah warung.

                 Masih ku ingat beberapa orang pelanggan yang turut bertandan ke situ memerhatikan adegan antaranya dengan teman baiknya. hatinya tiba-tiba perit apabila di tuduh sebegitu rupa. namun kasih sayangnya terhadap seorang sahabat yang tinggi membuatkan api kemarahannya tidak mampu menguasai dirinya.

                  "Su,aku tak faham apa maksud kau?"ujarku melahirkan kebingungan. jelas riak jelak pada wajahnya. kedengaran cebikkan bermain pada bibirnya. ap kemarahan yang menguasai diri temannya itu jelas kelihatan pada wajahnya.

                   "Kau tak payah buat tak tahulah. Kau ingat aku tak tahu yang Razif hantar pinangan pada kau. apasal kau ni busuk hati sangat ha! selama ni aku percaya kau sebagai kawan aku, tapi aku tak sangka kau sanggup tikam aku dari belakang."ujarnya di penuhi dengan nada kebencian.aku tersentak.

                   "Andai kau tahu apa yang sebenarnya yang terjadi, adakah masih sempat perhubungan kita baiki?"bisik hati kecilnya. kenangan pahit sewaktu di gerai makan bermain di fikirannya membuatkan air matanya mengalir.

                    Pukulan angin semakin perlahan seolah-olah memujukku dengan belaiannya yang lembut. aku terbuai. batuk-batuk kecil mula kedengaran terzahir dari kerongkongku.

                    "Su,aku sayangkan kau. aku tak mampu untuk sakitkan hati kau. kau temanku sejak ku kecil lagi. aku kenal engkau lebih dari aku kenal diriku sendiri. tak mungkin aku tikam kau dari belakang su."bisik hati kecilku hiba. tanganku menguis-nguis pasir menggunakan jari telunjuk.

                     "Tapi engkau tak mengerti itu. Engkau telah membenciku dengan sepenuh hatimu. sehingga tiada ruang untukku menerangkan kebenaran."bisik hati kecilku lagi. pandangannya memerhatikan sinar matahri yang kian malap. angin senja yang sejuk kembali mencengkam tulang menunjukkan bahawa aku harus beredar.

                     Lantas ku tarik baju sejuk yang dari tadi menyelubungi tubuhku yang semakin susut di mamah penyakit.. langkahku yang longlai segera di arahkan menuju ke rumah tempatku di besarkan. dari jauh sudah kelihatan seorang wanita sedang menyapu dedaun kering di perkarangan rumah yang kecil tapi kemas. hatiku terdetik lagi tatkala melihat senyuman terlakar pada wajah wanita yang sudah berusia di hadapannya itu.

                     "Wajah itu yang ku tatap di saat aku di lahirkan, dan aku berharap wajah itu juga yang ku tatap saat akhir mataku mampu menatap."bisik hatiku hiba.

                     Senja mula bertukar wajah ke malam. kegelapan bertamu di bumi Allah yang amat indah dan sempurna.

                    Di kala semua penghuni telah melelapkan mata, aku masih berjaga di atas tilam tipis yang menjadi pembaringanku. fikiranku menerawang. lantas tanganku mencapai telefon bimbit yang berada di sisiku. tanganku ligat menaip sesuatu.. sesekali kedengaran keluhan apabila talian di matikan menandakan penjawab enggan untuk di hubungi. hatiku di serbu rasa kesedihan.

                    Setelah mencuba beberapa kali dan hanya jawapan yang sama di terima oleh koperator aku segera mematikan hasratku untuk terus menghubungi. Kini jari jemariku pula mengambil alih bertugas dalam menyampaikan mesej yag terpendam. ligat tanganku menekan butang pada badan telefon bimbit.

                    "Hanya ini yang mampu aku buat. semoga engkau mengerti Su."bisik hati kecilku. lantas tanganku menekan butang hantar yang tertera pada badan telefon bimbitku. aku segera bingkas bangun dan mengorak langkah menuju ke bilik ibu. Ku  buka perlahan pintu kamar kecil ibu yang hanya bersais sederhana. kelihatan ibu sedang terbaring sendirian di atas tilam nipis.

                     "Along tumpang tidur dengan  ibu di sini."ujarku perlahan meminta kebenaran walaupun aku tahu ibu tidak mendengari suara itu. namun kelihatan ibu sedikit beranjak memberi ruang kepadaku untuk merebahkan diri di sisi ibu.

                    Pandangan mataku memandang ke arah wajah bersih ibu yang sedang lena. pandanganku semakin berat. sebuah nafas yang berat di lepaskan. pandanganku malap. gelap. sunyi.

                   "APA  lagi yang dia ni nak. tak puas hati sakitkan hati aku."gerutu hatinya apabila sebuah mesej di terima daripada penghantar yang amat di bencinya pada masa kini. cahaya matahari yang menjengah masuk ke ruang kamarnya sesekali mengganggu penglihatannya.Tangannya yang ingin menekan butang delete tertekan butang open membuatkan mesej yang di hantar terpapar pada bada telefon bimbitnya. dia mendengus kasar.

                    Assalamualaikum,Suhada Binti Suhaimi. aku harap kau dapat meluangkan masa untuk membaca sms terakhir dariku. Su,aku tahu kau benci kepada aku akan hal Razif. ya, memang benar Razif telah menghantar rombongan meminang kepadaku, tapi aku telah menolaknya kerana aku tahu engkau suka dia. lagi pula aku sedar diri Su. Aku tak mampu membahagiakan Razif. umur aku singkat Su. Doktor telah sahkan yang aku menghadapi Kanser otak tahap kritikal sehari selepas perkenalan kita dengan Razif di kedai buku. Aku menolaknya dan aku memberitahunya akan dirimu. Suhada,aku tak mungkin mendirikan rumah tangga sebab aku tak hidup lama. Aku tak mungkin susahkan hidup Razif dan sakitkan hati kau. Suhada. mungkin saat kau baca sms ini, aku sudah tak ada lagi di bumi ni. Suhada, aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. maafkan aku Suhada. 

Assalamualaikum..

Dari sahabatmu 


                 Dadanya berombak tatkala ayat terakhir di habiskan. air matanya menitis. tangannya ligat mencari nobor di buku telefon. namun belum sempat nama yang ingin di hubungi di jumpai, sebuah nombor asing menerjah masuk ke dalam telefon bimbitnya. segera di angkat.

                  "Assalamualaikum, Suhada. Siti dah meninggal....."hanya itu yang di dengarinya.. pandangannya kelam. hatinya di remuk.

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu