catatan buat A.F
Tahun 2013 banyak mengajar aku banyak perkara terutama sekali dalam percintaan. jika sebelum ini dunia heboh dengan cinta muka buku namun amat berbeza dengan diriku. cinta blogger.. amat pelik dan kelakar.. namun di sebalik nama cinta blogger ini tersimpan pelbagai gerit getir,suka duka, kesedihan dan kegembiraan yang membuatkan aku merasakan inilah sebuah kisah percintaan yang amat memberikan kesan dalam hidup aku..
seorang insan ku kenali dalam waktu yang singkat namun sudah mudah mesra. tapi siapa sangka kemesraan yang perlu di ambil dalam jangka masa yang singkat juga telah mengambil masa yang singkat untuk memusnahkannya.
mungkin antara kami tiada hubungan apa-apa, tapi dari zahir sahaja. dari dalaman, siapa yang tahukan?
di awal perkenalan dia dengan beraninya meminya izin dengan ibu. pada awalnya aku percaya kepadanya kerana kelihatan riak kesungguhan dari tingkahnya. hal itu membuatku lega dan tenang.
wajahnya ku tatap dalam, pada pandanganku dia seorang yang sederhana, mungkin tidak glamor.. tapi siapa sangka dia seorang yang kaya. jujur, kekayaan dia membuatkan aku kurang selesa. aku tidak mahu dia berfikir bahawa kekayaan boleh memiliki dan membeli apa saja termasuk maruah dan hati seorang wanita.
tapi aku mempercayainya dan aku percaya dia bukan seperti itu. namun kenyataan dari seorang kaum hawa membuatkan aku kecewa. kecewa seketika kerana tanggapan ku selama ini meleset. namun, aku tidak menghukumnya kerana aku tidak tahu kesahihannya. aku redha akan segala ketentuanNYA.
mungkin begitu sukar aku melupakan dia kerana sehingga hari ini aku masih ingat pada dia. aku tidak mahu korbankan hati kerana cinta. aku pernah menyesal kerana pernah menangis kerananya. dan aku tidak mahu mengulanginya lagi.
aku tidak layak membenci kerana aku hanya makhluk.. aku redha dengan ketentuanNYA. aku tidak pernah katakan pada sesiapa pun mengenai hal ini kecuali pada adikku kerana hal ini secara tidak sengaja telah di ketahuinya. walaupun aku marah,tapi aku tetap tidak boleh buang dia dari hidup aku.
mungkin saat ini, dia sedang baca catatan ini dan dia sedar catatan ini untuknya. bacalah hasrat hatiku ini:
awak, tolonglah hubungi saya atau hantarlah pesanan kpada saya yang menyatakan awak membenci saya,menyesal kenal dengan saya, dan awak sudah ada insan lain dalam hati awak. agar saya dapat lupakan awak. saudara A.F.
hargailah dia yang lama menantikan awak. jangan sakiti hati dia. jangan permainkan mana-mana wanita lagi. tolonglah.
Comments
Post a Comment