Solat Sunat Taubat

assalamualaikum kepada para pembaca dan rakan-rakan ang di sayangi sekalian. alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk bernafas pada hari ini dan melanjutkan kehidupan kita dengan sesuatu yang telah di tentukanNYA.

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya saya kembali. InsyaAllah pada kali ini saya kembali dengan membawa maklumat-maklumat yang berfaedah dan bermanfaat. insyaAllah, kita sama-sama akan memperoleh manfaatnya.

Kali ini saya ingin berbicara mengenai solat sunat taubat. sebagai umat islam, sudah semestinya kita tahu dan kenal apakah solat taubat itu. salat taubat merupakan solat sunat dua rakaat yang didirikan setelah kita melakukan dosa. sama ada dosa besar mahupun dosa kecil. 

Kita hanyalah seorang hamba yang tidak pernah lepas daripada melakukan dosa. kehidupan kita sering kali di terjah dengan kelalaian dan kemewahan dunia yang membuat kita alpa. namun, alhamdulillah, Allah masih menyayangi kita. Allah memberi peringatan kepada kita agar kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. jika tidak sudah semestinya kita akan mati dalam keadaan bergelumang dosa . dan sudah kitaketahui bahawa azab di akhirat amat pedih. tidak tertahan siksaannya .

kulit adan kita akan terbakar tanpa sedikit pun bersisa. kemudian ia dijadikan semula,lalu di bakar lagi. begitulah seterusnya, keadaan ini akan berlanjutan sehingga waktu yang tertentu. Kalau tidak silap saya, pada hari kiamat nanti,iaitu pada hari pembalasan tubuh kita menjadi besar, hal ini kerana apabila tubuh kita besar, penyeksaan yang pedih akan lebih terasa membakar diri.

Ya Allah, tak dapat saya bayangkan. oleh itu, hukumnya adalah wajib bagi orang yang melakukan dosa untuk bertaubat, jangan pernah bertangguh untuk bertaubat kerana ajal kita datag pada bila-bila masa,dimana-mana saja. kita tidak tahu bila roh kita akan di cabut. jadi segeralah dalam bertaubat.

Masihkah ada kemaafan buat kita yang berdosa? inilah persoalan yang sering bermain di dalam fikiran manusia yang membuatkan kita sering kali meninggalkan peluang yang tersedia untuk bertaubat. janganlah risau, kemaafan Allah itu amat luas. DIA maha pengampun.

Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki di dalam sebuah kampung. lelaki tersebut telah membunuh sebanyak 99 orang. lama kelamaan dia mula menyesal dengan tindakannya dan mahu bertaubat. dia telah bertemu dengan seorang ustaz. dia bertanyakan apakah Allah akan memaafkannya yang telah membunuh 99 orang itu. Ustaz itu menjawab bahawa tiada keampunan buatnya. lelaki itu marah lalu membunuh ustaz tersebut. kini genaplah 100 orang yang telah di bunuhnya.

lelaki itu insaf, lalu bertemu dengan seorang ulama. dia menyatakan keinginannya. ulama itu menyatakan bahawa Allah maha pengampun. DIA akn memaafkan dosa makhlukNYA. tapi dnegan satu syarat, lelaki itu perlu meninggalkan kampung di mana dia melakukan dosa dan berhijrah ke kampung di mana terdapat ramai orang yang baik. 

lelaki tersebut segera berpindah, namun di pertengahan jalan,rohnya di ambil. Dua malaikat datang dan berebut untuk mengambil roh lelaki tersebut untuk di bawa ke neraka dan satu lagi untuk di bawa ke syurga. dengan izin Allah, turun malaikat satu lagi untuk menyelesaikan masaalah yang timbul. pengukuran jarak dari kampung yang ingin di hijarh dengan jasad lelaki itu di lakukan. dengan izin Allah, jarak perjalanan lelaki itu ke kampung baru amat dekat. maka roh lelaki itu di baa oleh malaikat untuk di tempatkan di syurga.

lihat, seorang lelaki yang telah membunuh 100 orang sahaja di beri keampunan oleh Allah. jadi mengapa kita mesti bertangguh lagi. 

Dalam kita bertaubat, pastikan kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. berazam untuk tidak mengulanginya dan perbanyakkan melakukan amal. 

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

di sini saya sertakan cara menunaikan solat sunat taubat. semoga berguna.

Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu