HARTA

assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. di harapkan para pembaca sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindunganNYA..

Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk menghirup udara segar dan menatapi keindahan dunia yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

kawan-kawan, setiap manusia di dunia ini sentiasa mengorbankan separuh masanya atau mungkin seluruh kehidupannya untuk mencari dan mengumpul harta. harta yang sering kali menjadi igauan manusia pada tika ini adalah kekayaan wang.

Saya akui harta merupakan hal yang penting dalam kehidupan lebih-lebih lagi kehidupan dunia yang serba duit memerlukan kita untuk terus berusaha jika ingin terus hidup. di atas muka bumi ini sudah tiada lagi yang percuma, segalanya memerlukan harta untuk menguasai sesuatu.

tapi  janganlah kita samakan segala yang zahir dan kelihatan dengan mata itu dengan nilai iman dan islam. Tiada apa-apa pun yang boleh membeli mutiara iman dan nikmat islam itu. Namun, jika kita lihat pada hari ini, berapa ramai yang menjual agama semata-mata untuk mendapakan dunia? Betapa ramai yang sanggu menggadaikan agama dan iman semata-mata untuk mendapatkan nilai mata wang yang bakal habis dan tidak dapat di bawa mati.

orang mampu kafir kerana harta. itulah perumapamaan yang pernah di gunakan oleh guru saya sewaktu saya di bangku sekolah. saya masih ingat kata-kata itu kerana saya yakin ia amat penting untuk di jadikan pengjaran.

sebagai contoh berapa ramai orang-orang yang fakir miskin sanggup keluar dari islam semata-mata untuk mendapatkan sesuap makanan. Ya, mungkin saya tidak tahu persis bagaimana kehidupan mereka, saya tidak faham kesusahan mereka, namun itu bukanlah alasan untuk kita terus membiarkan iman dan islam tergadai. bukankah DIA menitipkan kita akal fikiran untuk berfikir. sesungguhnya Allah akan menambahkan rezeki orang yang bersyukr dan bersabar.

kawan-kawan, alhamdulillah, mungkin kehidupa kita lebih baik daripada mereka yang tinggal di bawah jambatan, mereka yang merempat di tepi jalan,mereka yang terpaksa ikat perut selama beberapa hari, tapi jangan pernah kita berasa lega daripada azab Allah.

di dalam Islam kita di perintahlan untuk mengeluarkan zakat bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. kesempurnaan diri kita bukanlah digunakan untuk memandang hina masyarakat yang kurang berkemampuan. ingatlah, sebahagian daripada harta kita adalah milik insan di luar sana yang sentiasa kehausan dan kelaparan.

baru-baru ini, saya ada mendengar satu kuliah di radio Batam. katanya, orang-orang yang miskin dan fakir di dunia akan masuk terlebih dahulu ke dalam syurga jika ia beriman berbanding orang-orang yang kaya. jarak masa itu adalah selama setengah hari di akhirat.

mungkin pada pandangan kawan-kawan, setengah hari itu adalah singkat, namun sebenarnya setengah hari di akhrat bersamaan dengan 500 tahun di dunia. dapatkan kawan-kawan bayangkan betapa siksanya menunggu giliran kita?

mengapa orang-orang fakir masuk syurga terlebih dahulu? kerana mereka tidak perlu menjawab soalan yang banyak. kerana dalam kehhidupan mereka di dunia, tiada apa yang boleh di pertanggungjawabkan. kerana mereka tidak memiliki harta yang banyak, syarikat yang besar, amanah yang besar, masa yang banyak untuk bersantai berbanding kita yang sememangnya selalu "tidur" dengan kekayaan, kereta mewah berderetan, masa yang banyak yng habis terluang entah tidak tahu untuk apa di gunakan.

kawan-kawan, mengapa tidak kita kongsikan kegembiraan kita bersama mereka? kawan-kawan, harta bukanlah penenman setia kita semasa di kubur. mungkin dengan harta kita mampu membeli maruah orang, mampu menjatuhkan orang, mampu membeli semua hal, tapi ingatlah kawan-kawan, harta tidak mampu membeli malaikat yang bertugas memalu kita di dalam kubur. kerana apa? kerana harta itu sudah di ibaratkan seperti pasir yang hanya di pijak dan ibarat abu yang hilang apabila di tiup. sudah tidak berguna lagi. hanya amalan,ketaqwaan dan keimanan yang menjadi peneman kita.



Comments

Popular posts from this blog

rukhsah solat

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA

kenangan lalu