Posts

Showing posts from December, 2013

kenangan lalu

Image
Assalamualaikum kawan-kawan. alhamdulillah kita masih boleh bersua lagi... kawan-kawan, hanya beberapa hari saja lagi insyaAllah tanggal 1 januari 2014 bakal menjelma.. alhamdulillah.. tahun 2013 berlalu dengan memberikan kita semua pendidikan dan pengajaran yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Bagi adik-adik yang tak lama lagi akan memulakan persekolahan, bagaimana dengan persediaan adik-adik? sudah beli barangan sekolah? bagaimana pula dengan pakaian sekolah? berganti atau pakai yang lama? pakai pakaian lama pun tidak mengapa asalkan kita boleh menuntut ilmu dengan selesa. apabila berbicara tentang pakaian, masih saya ingat... pakaian sekolah saya yang paling lama saya pakai adalah ketika saya di sekolah menengah. baju sekolah saya tidak berganti selama 5 tahun.. hahahha lama kan. masih saya ingat lagi baju saya warnanya sudah pudar dan sudah singkat.. Saya pernah di marahi ayah kerana tidak mengganti pakaian sekolah.. nak buat macam mana, barang sekarang dah naik, nak tukar ...

catatan buat A.F

Tahun 2013 banyak mengajar aku banyak perkara terutama sekali dalam percintaan. jika sebelum ini dunia heboh dengan cinta muka buku namun amat berbeza dengan diriku. cinta blogger.. amat pelik dan kelakar.. namun di sebalik nama cinta blogger ini tersimpan pelbagai gerit getir,suka duka, kesedihan dan kegembiraan yang membuatkan aku merasakan inilah sebuah kisah percintaan yang amat memberikan kesan dalam hidup aku.. seorang insan ku kenali dalam waktu yang singkat namun sudah mudah mesra. tapi siapa sangka kemesraan yang perlu di ambil dalam jangka masa yang singkat juga telah mengambil masa yang singkat untuk memusnahkannya. mungkin antara kami tiada hubungan apa-apa, tapi dari zahir sahaja. dari dalaman, siapa yang tahukan?  di awal perkenalan dia dengan beraninya meminya izin dengan ibu. pada awalnya aku percaya kepadanya kerana kelihatan riak kesungguhan dari tingkahnya. hal itu membuatku lega dan tenang. wajahnya ku tatap dalam, pada pandanganku dia seorang yan...

SELAMAT TINGGAL

Pandangan mataku menari-nari memandang kearah arakan awan putih di langit biru. pukulan ombak yang kedengaran sesekali mencuri deria pendengaranku untuk melayani muzik yang di hasilkan. Burung berkicauan merdu. aku terleka seketika.                  "sinar hari ini memberi cahaya dalam hidupku. tapi, masihkah ada cahaya pada hari esok buatku?"soal yang terus bermain ligat di benak fikiran. ku biarkan deruan angin memukul lebut wajahku yang sememangnya sudah tidak bermaya.                   Pandangan mataku tertancap pada sekumpulan anak muda yang bergelak tawa di gigi pantai. kelihatan begitu mesra. kelihatan juga beberapa orang gadis yang berusia lingkungan belasan tahun saling bekejaran dan tertawa gembira. hatiku di serbu rasa cemburu.                  mindaku pantas menangkap beberapa kepingan kenangan indah yang telah ku lalui bersama insan te...

buatmu

assalamualaikum.. duhai sahabat.. duhai teman.. duhai rakan... bacalah tulisan ku buatmu.. teman, dikau menemai daku setiap detik dan setiap masa.. dikau menghiasi hari-hariku dengan pelbagai corak dan warna.. dikau memeriahkan hari-hariku dengan telatahmu yang sungguh melucukan.. teman, terima kasih atas kesudianmu menjadi sebahagian dari hidupku.. terima kasih atas kesudianmu menjadi penawar dalam setiap lukaku.. terima kasih atas kesudianmu menjadi cahaya dalam malapku.. teman, maafkan daku.. kerana tiada apa yang boleh ku lakukan untuk mu. maafkan daku.. kerana tiada apa yang boleh ku lakukan dalam melahirkan rasa sayangku padamu.. maafkan daku, kerana aku tidak seperti yang dikau inginkan dalam hidupmu.. maafkan daku, kerana aku tidak mampu menjadi cahaya dalam malapmu.. maafkan aku.. kerana aku tidak mampu menjadi penawar dalam tangismu.. teman, tiada yang dapat ku lakukan dalam menzahirkan kasihku padamu.. tiada yang dapat ku lakukan dalam menzahirk...

SAUDARA ISLAM..

Image
Bukankah mereka itu saudara kita? bukankah mereka itu kerabat kita? bukankah mereka itu bersama-sama dengan kita memperjuangkan agama yang suci ini? tapi mengapa mesti ada hasad dengki? tapi mengapa perlu ada dendam kesumat? tapi mengapa perlu ada perbalahan dan perpisahan? si yahudi tertawa puas melihat perbalahan yang berlaku di antara umat islam. kerana apa? mereka tahu misi mereka untuk menjatuhkan islam hampir menuju ke kemuncaknya.. si yahudi tahu, islam tidak mungkin musnah jika di rempun dengan senjata, kerana keimanan di dalam hati yang tinggi membuatkan syiar islam terus berkobar untuk terus berkembang. si yahudi menyusun strategi, pelbagai cara dan tindakna di ambil bagi meruntuhkan keimanan umat islam, salah satunya adalah dengan memecah belahkan umat islam.. mengapa kerana pangkat dan kedudukan kita mesti berpecah? mengapa kerana kedudukan dan kuasa kita arus saling bercanggah?? di mana semangat bersaudara yang di ajarkan baginda Rasulullah kepada kita? adakah s...

HARTA

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. di harapkan para pembaca sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindunganNYA.. Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk menghirup udara segar dan menatapi keindahan dunia yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. kawan-kawan, setiap manusia di dunia ini sentiasa mengorbankan separuh masanya atau mungkin seluruh kehidupannya untuk mencari dan mengumpul harta. harta yang sering kali menjadi igauan manusia pada tika ini adalah kekayaan wang. Saya akui harta merupakan hal yang penting dalam kehidupan lebih-lebih lagi kehidupan dunia yang serba duit memerlukan kita untuk terus berusaha jika ingin terus hidup. di atas muka bumi ini sudah tiada lagi yang percuma, segalanya memerlukan harta untuk menguasai sesuatu. tapi  janganlah kita samakan segala yang zahir dan kelihatan dengan mata itu dengan nilai iman dan islam. Tiada apa-apa pun yang boleh membeli mutiara iman dan ni...

Solat Sunat Taubat

Image
assalamualaikum kepada para pembaca dan rakan-rakan ang di sayangi sekalian. alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk bernafas pada hari ini dan melanjutkan kehidupan kita dengan sesuat u yang  telah di tentukanNYA. Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya saya kembali. InsyaAllah pada kali ini saya kembali dengan membawa maklumat-maklumat yang berfaedah dan bermanfaat. insyaAllah, kita sama-sama akan memperoleh manfaatnya. Kali ini saya ingin berbicara mengenai solat sunat taubat. sebagai umat islam, sudah semestinya kita tahu dan kenal apakah solat taubat itu. salat taubat merupakan solat sunat dua rakaat yang didirikan setelah kita melakukan dosa. sama ada dosa besar mahupun dosa kecil.  Kita hanyalah seorang hamba yang tidak pernah lepas daripada melakukan dosa. kehidupan kita sering kali di terjah dengan kelalaian dan kemewahan dunia yang membuat kita alpa. namun, alhamdulillah, Allah masih menyayangi kita. Allah memberi peringatan kepada kita agar k...