Posts

saya

Image
assalamualaikum duhai pembaca yang budiman. maaflah saya belum memperkenalkan diri saya lagi. apa lah saya ni kan.. tak patut betul.. baiklah.. saya akan memperkenalkan diri saya dari awal. nama saya Rashidatul Adawiyah, saya di lahirkan di pasir gudang johor. saya di lahirkan pada 17 april 1996, tepat pada pukul 1.40 petang. saya memperoleh pendidikan awal di sekolah tadika Habim seawal usia 4 tahun. kemudian saya di tukarkan ke sekolah tadika pasti al irfan pada umur 5 tahun. apabila saya meningkat ke usia 7 tahun,ayah saya telah menghantar saya ke sekolah kebangsaan pasir gudang 3. sekolah saya sekolah yang sederhana namun telah memberikan saya seribu kenangan terindah dalam kehidupan saya. kemudian apabila saya meningkat ke alam remaja, saya telah di hantar ke sekolah menengah kebangsaan pasir gudang 1. sekolah ini boleh di kenali sebagai sekolah yang cemerlang. alhamdulillah saya terpilih untuk memasuki sekolah ini apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan...

2012

assalamualaikum... apa khabar para pembaca semua.. harap para pembaca sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga dan insan tersayang.... pejam celik pejam celik tahun 2012 sudah hampir ke penghujungnya.. bagai baru semalam kita menjejakkan kaki ke tahun 2012 bukan.. mungkin ada yang menantikan perubahan tahun ini dan ada juga yang tidak mahu perubahan tahun ini terjadi..  setiap insan memiliki sebab-sebab mereka sendiri. namun bagi saya, tahun 2012 banyak memberikan kenangan indah dalam kehidupan saya.. tahun 2012 banyak mengajar saya akan sebuah kehidupan dan tahun 2012 banyak mengajar saya agar menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.. hmmm.. sebenarnya berat hati saya ingin meninggalkan tahun ini kerana apabila tahun ini bertukar itu bermaksud saya akan kehilangan insan-insan yang yang saya sayangi.. mungkin ada raka-rakan yang memikirkan bahawa saya boleh bertemu mereka di mana-mana tempat,namun bagi saya ia amat berbeza apabila bertemu di tempat lain. keran...

kawanku

Image
Assalamualaikum.. para pembaca sekalian.pada kali ini saya ingin memperkenalkan kepada para pembaca sekalian akan kawan-kawan saya.. mereka sentiasa berada di samping saya. saya yakin para pembaca turut memiliki rakan yang baik. dan saya nasihatkan agar para pembaca menjaga kawan-kawan pembaca  dengan sebaik mungkin. 

duhai kekasihku

Image
Duhai kekasih hati, wajahmu menjadi igauanku, akhlakmu membuatkan aku terpikat, perjuanganmu membuatkan hatiku sayu, kasih sayangmu membuatkan cintaku padamu menebal, duhai kekasihku, namamu menjadi sebutan orang di sekelilingku, ajaranmu menjadi peganganku dan saudaraku, kitabmu menjadi pegangan kami, sunnah mu menjadi amalan kami , duhai kekasihku, pemergianmu menjadi tangisan ramai manusia, tiada ruang untukku bertemu denganmu, hanya dalam doaku ku panjatkan, agar aku mampu bertemu denganmu, duhai kekasihku, layakkah aku bersama denganmu, sedangkan kelalaian banyak memenuhi ruang harianku, dan amalan baik banyak aku siakan, layakkan aku menatap wajahmu, wajahmu yang mulia dan bercahaya, lebih indah daripada bulan dan bintang yang menerangi pada malam hari duhai kekasihku, salamku ku utuskan siang dan malam, doaku agar benih cintaku buatmu akan tetap bercambah, agar mampu menjadi sepohon cinta yang kekal mekar dalam hatiku. duhai kekasihku, aku rindu ingi...

tanggungjawab

Image
setiap manusia memiliki amanah yang perlu di kerjakan. Assalamualaikum kawan-kawan. hari ini alhamdulillah banyak idea yang muncul dalam fikiran. pada kali ini saya ingin bercerita tentang tanggungjawab. apa itu tanggungjawab ya. tanggungjawab adalah satu amanah yang di berikan kepada kita. kawan-kawan sebenarnya setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu di laksanakan. janga pernah berfikir bahawa amanah ini hanya di berikan kepada pemimpin,pengawasmguru dan sebagainya. tapi sebagai seorang insan biasa kita juga mempunyai amanah. iaitu kita di berikan amanah untuk mendidik diri kita dan membawa diri ke arah kebaikan. itu bagi insan biasa. namun bagi pemimpin ataupun pengawas kita mempunyai tanggungjawab yang lebih berat iaitu bukan sekadar menbawa diri kearah kebaikan tetapi juga orang di sekeliling kita. keberatan tanggungjawab ini yang saya rasai sekarang. hal ini keraan saya merupakan seorang pengawas di sekolah. walaaupun hanya seorang pengawas sekolah,namun se...

wanita

Image
Wanita merupakan perhiasan dunia. Assalamualaikum kawan-kawan sekalian . di harapkan kawan-kawan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera di samping keluarga tersayang. :) pada hari ini saya ingin bercerita tentang wanita. setiap wanita di anggap perhiasan di atas muka bumi ini.. perhiasan yang indah haruslah di jaga dan di pelihara dengan sebai mungkin dan tidak di dedahkan dengan sesuatu perkara yang buruk. namun pada masa kini perhiasan ini telah banyak tercemar dek kerana nafsu yang lebih tinggi berbanding akal fikiran. Rasulullah amat menegaskan kepada kaum hawa agar menjaga diri ini kerana kaum hawa memiliki daya penarik yang sangat tinggi berbnading kaum adam. dan kaum hawa mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang di anugerahkan olah Allah. namun kita sebagai kaum hawa telah mendedahkan keistimewaan tersebut tanpa timbul sedikit pun rasa kecewa atau bimbang. kaum adam di anugerahkan satu nafsu dan 9 akal manakala kaum hawa di anugerahkan 9 nafsu dan sat...

masih adakah esok buatku

peredaran hari membuatkan aku merasakan hariku semakin hampir. dan tatkala mata terbuka.. alhamdulillah DIA masih memberikan pinjaman kepadaku. namun aku tidak tahu bilakah masaku akan hadir,mungkinkah esok lusa ataupun hari ini.. segalanya dalam pengetahuan Allah.. amalanku sungguh sedikit,dosaku melambung tinggi,membuatkan aku merasakan baawa diriku tidak layak untuk merasakan nikmat syurga namun apa dayaku menahan kepedihan api neraka. tatkala alunan ayat suci indah bergema,hatiku tersentuh dan terasa pilu. terasa rindu untuk bersua kekasih hati.. namun apabila membayangkan kelalaian diri membuatkan aku merasakan diriku tidak pernah layak untuk bersama dengannya.. keindahan dunia membuat aku sering leka dan lalai dalam mengerjakan tanggungjawab... apabila diriku tersungkur barulah aku berteleku di tikar sejadah memohon kemaafan dan keinsafan. namun setelah kenikmatan mulai memenuhi ruang hari, aku mulai lupa untuk bersyukur.. aku tidak layak mendapatkan kasih sayang daripadanya.. ke...