Posts

tahun 2013

Image
tahun 2013 semakin hampir untuk melaburkan tirainya.. pelbagai kenangan pahit dan manis yang saya lalui membuatkan saya mempelajari pelbagaai perkara yang membuatkan saya lebih kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan akan datang. namun kadangkala peristiwa pahit yang sudah menjadi sejarah dalam kehidupan saya membuatkan saya bersedih dan menitiskan air mata.. hmmm.... memang sakit bila di sakiti dan di khianati perasaannya. namun saya yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikamhnya. saya yakin apa yang "dia" lakukan pada saya pasti ada hikmahnya. saya tidak mampu menyalahkan sesiapa kerana saya juga yang bersalah kerana mudah menyerahkan perasaan kepada orang lain. hmmm... saya sudah melalut panjang nampaknya.  tak apalah saya ringkaskan catatan saya dengan gambar-gambar kenangan saya tahun ini.. hanya sedikit saja gambarnya sebab saya ni jenis yang tak suka bergambar...

SPM

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua.... alhamdulillah kita masih dapat bersua semula setelah sekian lama saya tidak menulis entri pada blog saya ni.. saya amat sibuk mengulang kaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan SPM.. Alhamdulillah walaupun soalan yang di ajukan sebahagiannya agak susah tapi alhamdulillah saya masih dapat menjawabnya dengan tenang. semuanya berkat doa dan usaha guru-guru serta ibu bapa yang tidak putus-putus buat saya. SPM atau sijil pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan penting yang bakal menentukan corak perjalanan seseorang pada masa akan datang.. oppsss lupa nak bagi tahu, alhamdulillah saya sudah selesai menduduki peperiksaan SPM, sepanjang peperiksaan saya dan kawan-kawan tidak putus-putus mengulang kaji pelajaran. guru-guru juga mengambil kesempatan yang terluang untuk mengadakan kelas tambahan. baru saya sedar etapa besarnya pengorbanan seorang guru terhadap kejayaan muridnya. setiap hari sebelum peperiksaan kami akan baca yasiin ...

DAMAINYA

kehidupan ini entah sampai bila kita sendiri tidak tahu.. putaran dunia terus berlaku tanpa henti melakukan apa yang di perintahkan keatas mereka. tumbuhan yang menghiasi permukaan dunia seakan-akan sujud beribadah kepada sang Pencipta.  diri mereka begitu tunduk kepada yang Maha Berkuasa.. tatkala angin bertiup, mereka menunjukkan kelemahan diri mereka dengan turut terbuai mengikut arah angin yang berhembusan. pantai nan biru terus bekejaran.. kedengaran kegembiraan mereka berlari turut menarik sang pasir yang kecil tidak bermaya untuk turut berlari bersama mereka.. lihatlah burung-burung di angkasa.. terbit fajar mereka keluar sebelum tenggelam mereka pulang ke sangkar. kelihatan seperti mereka tertawa dan bersuka ria di ruang angkasa, namun sebenarnya terdapat beberapa kantung perut yang perlu di isi di rumah, dan si ayah serta si ibu burung terpaksa keluar bagi mengisi kantung-kantung itu. jika cacing dan buah segar mereka peroleh maka bercicipan si anak kegembiraan,...

saya sayang ulama

Image
Menitis air mataku tatkala mendengar kata-katamu, sayu hatiku melihat susuk tubuhmu, sedih hatiku melihat keuzuranmu.. kagum daku melihat kecekalanmu, terharu hatiku melihat kesabaranmu.. Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha berkuasa dan Engkau Maha mengetahui segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini.. Ya Allah Dikau mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang benar-benar patuh dan taat pada pada perintahMU.. Dikau mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang taat pada suruhanMU.. dan Dikau juga mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang ingkar perintahMU.. Dikau juga mengetahui siapakah di antara makhlukMU ini yang hanya bertopengkan kebaikan demi semata-mata mengaburi keiblisan mereka. Ya Allah.. sesungguhnya ulama itu pewaris nabi.. tiada sempat kami bertemu baginda Rasulullah.. namun Dikau tetap mengahdiahkan kami dengan pewaris baginda.. Ya Allah... jika dahulu baginda Rasulullah di julang tinggi sewaktu ISLAM berjaya di sebar... kini, Islam s...

ILMU

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan sekalian. apa khabar hari ni? semoga sihat sentiasa bersama insan yang tersayang ya. alhamdulillah kita masih boleh bersua lagi hari ini dan alhamdulillah kita masih di kurniakan nikmat pada hari ni. kawan-kawan hari ni saya ingin berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. sesuatu yang kita selalu terlepas pandang. kawan-kawan sejak dari kecil lagi kita sudah di kelilingi dengan pelbagai jenis situasi dan keadaan yang baru yang membantu kita untuk mengetahui lebih mendalam tentang sebuah kehidupan. dan tanpa kita sedari sejak kecil lagi kita sudah di dedahkan dengan ilmu secara tidak formal. sedarkah kita betapa pentngnya sebuah ilmu? kawan-kawan, masih saya ingat lagi sewaktu saya kecil saya masih tidak pandai untuk solat mengaji dan membaca. namun tatkala melihat kedua orang tua saya menegrjakannya hati saya mula tertarik untuk turut melakukannya. saya yakin dan percaya kawan kawan juga begitu bukan. kawan-kawan pepatah melayu ada meny...

kasih ayah

Pandangan matanya tertumpu kearah beberapa ekor burung merpati yang berterbangan di angkasa. Penglihatannya yang semakin kabur membuatkannya sukar untuk menikmati keriangan yang terpamer oleh burung-burung yang berterbangan.             “cantik betul burung-burung tu berterbangan.Kalau dulu, Akmal selalu sangat di minta dukung supaya dapat melihat burut terbang dengan jelas.” Monolognya sendiri. sesekali badannya bergoyang perlahan apabila kerusi malas yang di dudukinya bergoyang. “Ayah, Akmal nak dokong. Akmal nak tengok burung-burung yang terbang tu.”ujar seorang kanak-kanak lelaki sambil menaruk bajunya.             “Anak ayah nak tengok burung. Mari ayah dokong.”ujarnya lembut sambil mendukung anaknya. Sesekali kedengaran gelak tawa anak lelakinya itu tatkala dia mula berlari-lari kecil mengejar burung.          ...