Posts

assalamualaikum

Image
Bismillahirrohmanirrohim... alhamdulillah, hariku masih bisa ku lihat dunia dan berkongsi cerita dengan insan yang ku sayangi sepanjang hidupku.  ku perhatikan awan, ia tetap berarak seperti semalam, ku lihat bintang, ia tetap berkelip seperti semalam, ku lihat langit, ia tetap seperti semalam, ku lihat rumput, ia tetap hijau sepeti semalam.. segala yang berada di sisiku tetap sama dan serupa namun ia tidak memberikan  kenangan dan kisah yang sama buatku, ada kalanya aku berada di anatara mereka, hatiku sedang di rundum sedih, ada kalanya aku berada di antara mereka, hatiku sedang gembira tidak terkira, ada kalanya aku berada di antara mereka, air mataku mengalir air mata pilu, ada kalanya aku berada di antara mereka, senyuman di bibir tidak pernah lekang walau sesaat.. segala yang berada di sekelilingku senantiasa sama dan serupa, namun ia cukup mewarnai hidupku.. ku perhatikan mereka sedang bergembira, ku tersenyum kerana mereka ceria dari kedukaan kema...

TINGGAL KENANGAN

Image
assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. alhamdulillah kita masih boleh bertemu lagi. pada kali ini saya ingin berkongsi cerita gembira bersama kawan-kawan semua. ^_6  di sini saya sertakan beberapa gambar insan-insan yang berjaya mewarnai kehidupan saya. ingat tak entri saya sebelum ini mengenai pengenalan baru. dan saya telah nyatakan yang saya akan berkongsi dengan kawan-kawan gambar-gambar mereka.  ehem..ehem...  test suara sebelum memulakan perkenalan.  baiklah yang kat atas tu En.Azli(bos) di sebelah kiri manakala yang disebelah kanan En.Jamsuri (Abg Jaja)  ha.. yang ni pula abang shah. tinggi orangnya. macam cikgu Salwa. hehehe... tapi jangan risau, baik orangnya, tengok muka pun dah tahu.. ha.. ni kaum hawa. yang bertudung faridah tu Kak Shidah(ibu kpd kawanku), Kak Lina, Kak Yana,Kak Linda,Kak Ain,Kak Ain Roses, Rina(sepet). yang bawang tu kami bertiga.. heheh.. gamabr terakhir sebelum kak Linda balik...

catatan penghujung April

assalamualaikum...  alhamdulillah, diri ini masih di beri ruang dan peluang untuk bernafas dan bertaubat. alhamdulillah.. kehidupanku masih di beri kesempurnaan akal dan kesihatan tubuh badan tanpa sebarang kecacatan dan kekurangan. alhamdulillah.. dunia semakin tua dan uzur. pelbagai perkara yang berlaku di atas muka bumi ini. semakin hampir kita dengan akhir zaman semakin banyak muncul perkara yang pelik.  apa yang menyedihkan adalah, kita sebagai umat manusia masih tidak sedar bahawa dunia semakin hampir kepada penghujungnya.  kadang kala diri ini berfikir sendiri... bagaimanakah amalanku? bagaimanakah keadaanku di hari di mana berlakunya perhitungan nanti? bagaimana caraku melintasi titian sirat? mampukah aku melintsinya? atau aku akan terjatu dan masuk ke dalam lubang neraka yang dalam dan tidak tertahan perit dan sakitnya. kehidupanku di kelilingi oleh pelbagai jenis manusia dan pelbagai ragam yang tidak mampu ku teka satu demi satu. kadangkala hujan, kadan...

SAMBUNG BELAJAR

Image
Assalamualaikum kawan-kawan. alhamdulillah.. berehat sekejap memberi laluan kepada azan isya dan memberi ruang kepada kawan-kawan yang mahu menunaikan solat isya.  alhamdulillah, tahun 2013 telah berlalu. dan kini kita telah berada di bulan April tanggal 2014. hari ulang tahu saya yang jatuh pada 17 April juga telah berlalu. alhamdulillah, Allah masih memberikan saya ruang dan peluang untuk saya bertaubat    dan memperbanyakkan amal kebajikan sebelum bertemu denga hari kematian.. baru-baru ini saya di beritahu akan keputusan matrikulasi yang akan keluar dalam bulan April. alhamdulillah, setelah saya semak saya layak untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi.  matrikulasi mana? mesti kawan-kawan tertanya-tanya kan. kawasan ini memang tak pernah saya fikir yang saya akan dapat. jauh? ya Allah boleh tahan jauhnya dari tempat tinggal saya sekarang ini.. Alhamdulillah, saya di terima untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi Pahang. subhanallah... sungguh jauh te...

PENGENALAN BARU

Image
asslamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. alhamdulillah kita masih bersua lagi. saya rasa sudah lama sangat saya tidak menulis entr pada blog ni. maklumlah saya masa semakin sibuk dengan urusan dunia yang tiada habisnya.. doakan saya agar kesibukan dunia tidak melalaikan saya dengan amal untuk bekalan di sana nanti. alhamdulillah, setelah sekian lama mencari pekerjaan yang sesuai sebelum melanjutkan pelajaran, Allah mempertemukan saya dengan pekerjaan yang bagi saya sesuai dengan saya. walaupun kadangkala rasa penat mengusai diri, tapi saya gembira kerana saya dapat mencari wang pencarian sendiri. sepanjang saya bekerja saya sentiasa membayangkan kesusahan ayah saya dalam mencari rezeki. baru saya sedar dan tahu dunia pekerjaan. begitu susah untuk mencari rezeki yang halal. tapi tidak mengapalah asalkan rezeki yang saya peroleh itu di redhai. saya bersyukur sangat-sangat kerana di kurniakan kenalan-kenaln baru yang baik hati dan peramah. tidak jemu melayan kerenah saya....

PESAWAT MH370

Image
                     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca walau di mana juga anda berada. Alhamdulillah, kita masih di berikan kesempatan untuk melanjutkan kehidupan di atas muka bumi ini dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. pada tanggal 8 mac 2014 negara Malaysia telah di gemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia, MH 370 yang ingin bertolak dari lapangan Kuala Lumpur ke Vietnam. penerbangan mereka yang di jangka tiba di Vietnam pada pukul 6.30 pagi(anggaran sahaja) hanya sekadar anggaran apabila kapal terbang tersebut tidak tiba ke destinasi. pada hari ini, sudah masuk hari pesawat MH 370 di laporkan hilang. Ya Allah, terkejut apabila mendengar berita ini. seramai 227 orang penumpang dan 12 orang ank kapal yang menaiki pesawat tersebut masih belum di terima khabarnya sehingga ke hari ini.  Apa yang lebih membimbangkan lagi, di nyatakan bahawa minyak pesawat tersebut h...

Tanda-Tanda Kiamat kecil

Image
Ibu Abbas menceritakan, ketika haji Wada', Rasulullah SAW memegang pintu Kaabah, kemudian mengehadapkan wajahnya kepada orang ramai. lalu berkata kepada mereka: "Wahai sekalian orang Islam, antara tanda-tanda kiamat ialah solat tidak lagi didirikan,kehendak syahwat diikut,para pemimpin mengkhianati dan para menteri pula melakukan perbuatan fasik." Tiba-tiba Salman al-Farisi ke arah beliau dan berkata " demi ayah dan ibuku sebagai tebusan Wahai Rasulullah, apakah perkara tersebut benar-benar  akan berlaku?" Rasulullah menjawab " benar wahai Salman. ketika itu kemungkaran di anggap sebagai perbuatan yang baik sedangkan perbuatan yang baik di anggap sebagai kemungkaran." "apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" soal Salman lagi. Rasulullah menjelaskan lagi " benar wahai Salman. ketika itu hati orang islam akan larut di dalam badannya seperti garam yang larut di dalam air. ini kerana, dia melihat kemungkaran tetapi ti...