BUNGA MAWAR

Assalamualaikum dan selamat datang kawan-kawanku.. terima kasih kerana masih tetap setia menjadi pengunjung dan pembaca blog saya... Ahlan wasahlan kepada mereka yang baru datang ke blog saya. Alhamdulillah, saya masih di beri kesempatan untuk menulis entri pada hari ini.

kawan-kawan, hari ini saya ingin bercerita tentang sesuatu yang saya suka. saya pasti setiap orang memiliki perkara yang mereka suka. saya amat menyukai bunga mawar atau lebih di kenali bunga ros. saya menyukainya bukan sebab bunga ros ini melambangkan rasa cinta atau seumpamanya, tapi saya merasakan ada keistimewaan daripada bunga mawar.

bunga mawar terdiri daripada pelbagai jenis warna, tapi saya lebih suka bunga mawar bewarna merah dan putih. cantik sangat. saya paling cemburu bila lihat bunga mawar jiran saya berkembang mekar. terasa nak petik aja, tapi itu bukan hak saya.. jadi simpan dalam hati ajalah. sebenarnya, saya suka semua jenis pokok. saya suka tumbuh-tumbuhan,, saya suka warna hijau... warnah hijau amat damai dan tenang. apabila bercuti saya lebih suka bercuti di kawasan-kawasan semula jadi seperti tepi pantai dan berdekatan dengan kawasan hutan...

apabila bebricara tentang bunga, bunga mawarlah menjadi pilihan saya. kadangkala ramai yang tertanya-tanya mengapa saya suka bunga mawar, saya hanya menjawab, saya ingin menjadi seperti bunga mawar. mengapa? mawar mempunyai dahan yang berduri, hanya kumbang tertentu sahaja yang mampu menghinggapinya... jadi saya mahu menjadi seperti itu.. biarlah saya dianggap kuno kerana masih single, kerana saya yakin jodoh Allah itu terbaik buat saya...


 cantikkan bunga-bunga ni.. cemburu saya tengok.. ^_^

sekian saja dari saya, assalamualaikum

Comments

  1. what u mean single... how about me :@

    ReplyDelete
  2. Faudzan??? Saya x fhm.. bukankah kita hanya berkawan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

rukhsah solat

kenangan lalu

SALAHKAH AKU UNTUK BAHAGIA