Posts

Showing posts from 2015

INDAHNYA

Image
Bismillahirrohmanirrohim, assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. alhamdulillah kita dapat bersua lagi.. masa sangat singkat dan begitu banyak halangan untuk aku menaip kata hati di ruangan ini. alhamdulillah, masih di izinkan untuk kita bersua lagi. alhamdulillah, pejam celik, pejam celik.. sudah mahu hampir satu semester aku menuntut di universiti Tun Hussein Onn, pelbagai pengajaran yang dapat aku raih. pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui membuatkan aku kembali kukuh untuk berdiri.. saya pernah terduduk tatkala mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswi dan juga sebagai seorang remaja. sudah menjadi fitrah seorang manusia dan juga jiwa seorang remaja yang merintih untuk di cintai dan di sayangi serta di lihat oleh insan yang bergelar lelaki.. begitu juga dengan diriku. dalam masa aku mengejar cita-cita hadir sebuah perasaan yang hadir yang membuatkan aku bersemangat untuk aku melangkah. ya seorang lelaki yang patut ku contohi sebagai seorang musli...

terima kasih Allah

Image
Tangannya lincah menekan butang pada badan telefon bimbitnya. sesekali gelak tawa memecah kesunyian ruang biliknya.  di lihatnya meja rakan sebiliknya Aiman yang masih kosong. "Ada kelas lagi agaknya."bisik hatinya. tangannya kembali lincah berbalas pesanan.sesekali kedengaran getaran telefon bimbitnya menandakan pesanan ringkas masuk. "Assalamualaikum, "tiba-tiba pintu bilik terkuak. kelihatan seorang pelajar berpakaian lengkap kemeja hijau melangkah lesu ke mejanya. "Lambat balik Man."sapanya sekadar berbasa-basi. "Aah, tadi puan Maznah terpaksa sambung kelas dua jam lagi ganti untuk minggu lepas." jawab Aiman sambil tersenyum. "Sudah solat Haziq?"soal Aiman. Haziq menggelengkan kepalanya tanpa memandang ke arah Aiman. "Solatlah dulu. dah 6.30 petang ni. tak elok lewatkan solat."pesan Aiman lembut sambil memandang kearahnya. Haziq mendengus kasar. "Kejap lagilah. aku sibuk ni."ujar Haziq masih tetap m...

aku hamba ilahi

tubuhku ku hamparkan ke atas tilam. terasa urat-urat badan kian menegang tatkala aku mengeliat kecil. terasa kelesuan menyelinap ke seluruh tubuh setelah seharian terpaksa menghadiri kuliah. "huh" keluhku kecil. pandanganku tertumpu pada katil rakan sebilik.Aiman, kosong. mungkin belum balik lagi. mataku menatap pada jam tangan di tangan. jarum pemdek tepat pada pukul 4.00 petang. mataku mula layu perlahan lahan tertutup. "Abdullah, Abdullah.. bangun." tiba-tiba terasa badanku di goncang perlahan. aku tersentak dari tidur yang panjang. kelihatan Aiman sedang berdiri di hadapanku sambil mengenakan pakaian melayu bewarna hijau beserta kain pelekat. "Dah masuk asar, jom solat di masjid." ajak Aiman. aku mengeliat malas. begitulah rutin Aiman tidak pernah meninggalkan walaupun sekali solat jemaah di masjid. "Aku solat di bilik sahaja."ujarku acuh tak acuh. "Tak apalah, aku pergi dulu. assalamualaikum." ujar Aiman tidak pernah mara...

INDIKATOR ORANG YANG BERTAQWA

Image
Bismillahirrohmanirrohim... alhamdulillah, dapat juga kita berjumpa lagi setelah sekian lama tidak bersua. kekangan masa dan kecetekkan buah fikiran membuatkan saya terpaksa menunda untuk membuat perkongsian bersama-sama para pembaca sekalian.  Alhamdulillah, rezeki Allah beri. sambil-sambil menunggu tetamu datang untuk majlis fakulti pagi tadi, sempatlah saya membelek dan membaca isi kandungan buku komik kembara ustaz. ya, mungkin tidak semua pernah mendengar nama komik ini. saya juga baru jumpa, kebetulan ada jual murah masa festival konvokesyen di university.  Tiba-tiba terjumpa satu artikel yang bertajuk indikator orang yang bertaqwa. tertaut hati untuk sambung membaca. jadi saya inginlah kongsikan bersama kawan-kawan. in shaa Allah dapatlah kita kongsikan bersama.. dan semoga kita dapat amalkan bersama.  baiklah, ANTARA INDIKATOR atau SIFAT ORANG BERTAQWA ADALAH: 1)RAJIN MELAKSANAKAN QIAMULLAIL 2)MEMOHON AMPUN (BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH DI WAKTU SA...

LANGKAH INI

Image
Tatkala aku mula mengenal kehidupan, di sekeliling ku hadir ribuan insan yang memberikan perlbagai corak dan warna.. aku semakin matang dalam kehidupan, namun terkadang menjadi jahil apabila berkait dengan rasa dan perasaan. tatkala aku bersendriian, aku lebih gemar bermonolog sendirian, berdiri dan melangkah mengikut gerak hati dan keinginan kaki... mataku akanku liarkan menuju ke setiap kawasan.. baru ke sedar, satu hal yang selama ini hanya aku pejamkan dan tidakku peduli.. rupa-rupanya langit itu tidak bertiang, rupa-rupanya lautan itu tidak penghujungnya, rupa-rupanya bintang dan bulan serta matahari bergantung tanpa tali rupa-rupanya jantung ku berdegup sendiri tanpa memerlukan mesin untuk memprosesnya.. ya, kuasa ilahi begitu tinggi dan agung, sehinggakan tiada yang mampu menanganinya.. mampukah kita seorang makhluk menandingi tuhannya? seperti seorang hamba ingin berkuasa melebihi tuannya? sudah tentu tidak.. sebelum ini aku hanya memandang ke arah sesuatu ya...

MELANGKAH LAGI..

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. alhamdulillah, saya di beri peluang lagi untuk berkongsi cerita bersama-sama kawan-kawan semua. saya pun tak tahu sama ada masih ada lagi ke pembacablog saya ini atau pun tidak.  tapi tidak mengapalah, blogger ini merupakan tempat untuk saya berkarya.  alhamdulillah, pada tanggal 1/9/2015 saya telah pun sah bergelar... bukan isteri orang, bukan juga tunang orang... tapi saya sudah sah bergelar seorang mahasiswa atau mahasiswi. alhamdulillah, semua ini perancangan yang maha kuasa. saya sebagai makhluk hanya menerika dengan hati terbuka dan redha. saya telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di universiti Tun Hussein Onn, mungkin tidak semua pernah dengan universiti ini, kerana menurut pensyarah di sini, Universiti Tun Hussein Onn atau lebih di kenali sebagai UTHM sebelum ini merupakan politeknik Tun Hussein, namun pada masa kini telah berubah wajah menjadi sebuah universiti. tidak kesahlah apa pun namanya...

matrikulasi itu best..

Assalamualaikum,.. alhamdulillah, kita masih dapat bersua lagi.  Rasanya dah lama sangat tak jenguk blog ni. maklumlah pelajar matrik, setiap detik dan setiap minit itu amat berharga bagi pelajar matrikulasi. bagi sesiapa yang dapat tawaran masuk matrik nanti bolehlah helo-helo dengan saya. mana tahu saya boleh share something yang berguna untuk adik-adik. bagi adik-adik yang dapat tawaran sambung belajar, satu aja nasihat akak yang dah tua ni, belajar dengan bersungguh-sungguh, jangan fikir urusan couple atau pasangan dulu, sebab kita tak boleh campurkan soal hati bila belajar. nanti celaru. kesian otak kita.. Kalau adik-adik nak couple, tunggu bila dah ada kerja tetap, dah ada pendapatan sendiri, ha masa tu dah boleh dah nak angau 24 jam, nak mimpi siang hari jaga tengah malam... semuanya boleh.. la ni, masa tengah muda dan masih mentah ni, kita matangkan dulu akal dengan ilmu yang bermanfaat. akak pesan ni sebab akak dah alaminya. bukan best tau bila dah jatuh cin...

Kolej Matrikulasi Pahang in my mind..

Image
Assalamualaikum.. alhamdulillah.. saya masih di beri ruang dan peluang untuk berkongsi cerita dan kisah bersama kawan-kawan yang lain.. masa yang sangat padat membuatkan saya tiada masa luang untuk meng"update" blogger ni. hihihi.. In Shaa Allah... kali ni saya nak kongsikan dengan kawan-kawan classmate dan roomate saya yang teramat comel dan kacak-kacak belaka.. hahaha... ok yang ini roomate saya... semuanya baik2... mereka semua pandai2 belaka.. fight for future..,zafira, tharshini, dan yusreena my classmate... cantikkan...  hero fir my class... yang kat blakang aja..yd dpn tu ank lecturer... :) lass sem picture.. luv this memory klu yg ni group usrah.. kami sentiasa ceria.. tuntut ilmu agama walau d mana saja ok.. jumpa mereka lagi.. depan lab fizik. hahaha cun x kami?? cunkan.. alhamdulillah.. (hannah,emma,raja,mimi,tasha,mira,izzati,najla,aq,fazlin,nurin) dalam lif pun boleh kita bergambar dengan teacher aniss yang snt...