Posts

Showing posts from 2012

azam

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. alhamdulillah kita dapat bersua kembali setelah sekian laam saya meninggalkan blog ini kerana kesuntukan masa. di harapkan sahabat-sahabat tidak jemu membaca entri di dalam blog saya.. terima kasih.. Ahlan wasahlan, atau yang bermaksud selamat datang. ya selamat datang. alhamdulillah, tanpa kita seddari kita semakin hampir dengan tahun 2013. selamat datang tahun 2013. mungkin tahun ini bakal memberikan corak perubahan kepada kita. mungkin ada pada tahun ini seorang isteri bakal bergelar ibu, mungkin ada pada tahun ini sepasang kekasih bakal menjadi suami isteri, mungkin ada pada tahun ini pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti saya, dan mungkin juga pada tahun ini ada seorang pemimpin yang mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik daripada tahun 2012. alhamdulillah, kita semua dapat bertemu dengan tahun ini. walaupun mungkin di luar sana ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita yang sudah pergi bertemu denganNYA, n...

kata-kata

Image
assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.. alhamdulillah kita bertemu lagi setelah sekian lama saya menyepi.. kawan-kawan baru-baru ini saya ada menonton televisyen. dalam cerita itu menunjukkan seorang wanita yang tergoda dengan kata-kata lelaki. baiklah, saya ingin bercerita tentang kata-kata. harap kawan-kawan tidak jemu membacanya. perkataan yang ingin saya ceritakan di sini adalah perkataan I LOVE YOU, SAYA SUKA AWAK, SAYA CINTA AWAK dan sebagainya.. perkataan ini sebenarnya banyak di tuturkan oleh kaum adam. saya sendiri tidak tahu mengapa. tapi apabila kata-kata ini di tuturkan oleh lelaki kepada perempuan, perempuan mudah cair dengan kata-kata ini. mungkin ini adalah kelebihan lelaki yang mudah memujuk dan menggoda perempuan. beginilah, bagi kaum lelaki, berhentilah daripada menipu kaum hawa dengan ayat-ayat manis anda. kerana anda pasti akan menyakiti hatinya. hati seorang wanita tidak sama dengan lelaki, hati wanita umpama kaca, apabila ia telah pecah ia sudah tidak dapat...

isteri solehah

Image
isteri cerdik dan solehah...  penyejuk mata.. penawan hati ... penajam fikiran... Assalamualaikum para pembaca sekalian.. terima kasih kerana masih sudi membaca entri saya di dalam blog pena setia ini.. baiklah [pada hari ini saya lebih tertarik untuk berkongsi tentang satu hal yang amat penting. ia adalah berkaitan dengan isteri.. alhamdulillah, mungkin pada saat ini ada kaum ibu atau isteri yang membaca blog saya.. di harapkan dapatlah membaca entri ini sehingga habis. Maaf, sebelum saya meneruskan catatan ini, ingin saya jelaskan di sini walaupun saya masih belajar dan tiada pengalaman dalam dunia rumah tangga, namun keadaan sekeliling yang semakin jelas membuatkan saya matanag tentang alam perkahwinan dan rumah tangga.duhai isteri yang cantik.... isteri mudah masuk ke syurga dan mudah masuk neraka... tahukah mengapa? isteri mudah masuk ke syurga apabila dia taat dan patuh pada parintah Allah,Rasulullah dan suaminya.. dan hal ini lebih mudah jika suaminya redha akan dirinya.. ma...

fahami hati kami

assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian.. terima kasih kerana masih setia membaca entri di dalam blog saya ini.. kawan-kawan, alhamdulillah kita telah bertemu dengan bulan 12 dan tidak lama lagi kita akan bersua dengan tahun 2013. insyaAllah dalam bulan  12 ini ada kawan-kawan yang bakal menerima keputusan peperiksaan PMR. saya tahu kemungkinan ada golongan ibu bapa yang membaca blog saya ini. dan kemungkinan ada ibubapa yang anaknya bakal memperoleh keputusan PMR. peperiksaan ada satu ujian bagi menilai kefahaman kita dalam pelajaran. dan nilai yang kita peroleh adalah menunjukkan tahap kefahaman kita dalam sesuatu pelajaran. janganlah adik-adik bersedih hati jika memperoleh keputusan yang kurang cemerlang dalam peperiksaan PMR. peperiksaan PMR bukanlah peperiksaan yang menentukan masa depan, namun ia merupakan peperiksaan yang menunjukkan di mana tahap kemahiran kita bagi melanjutkan pelajaran. jadi adik-adik janbgan berputus asa ya. segalanyua telah di tentukan All...

jom solat

Image
Assalamualaikum kawan-kawan. apa khabar kawan-kawan hari ini? semoga sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. ouh ya, jam dah menunjukkan 7.38 minit pagi. kawan-kawan dah solat subuh belum? dah lewat sangat ni. kalau belum, cepat solat.. kawan-kawan, solat merupakan tiang agama. cuba kawan-kawan fikirkan sebuah rumah yang tiada tiangnya.. apa akan jadi pada rumah tersebut? roboh bukan.. begitu juga iman kita.. jika kita tidak solat, iman kita mudah goyang apabila di hasut oleh syaitan. kawan-kawan, jika kawan-kawan cakap penat untuk solat cuba kawan-kawan fikirkan, kita solat sehari semalam hanya lima waktu sahaja. cuba kita anggarkan satu solat kita hanya manfaatkan 5 minit sahaja, kalau 5 solat fardhu, kita baru memanfaatkan 25 minit sahaja. sedangkan satu hari kita ada 24 jam. jadi selebihnya kita ada 23 jam 30 minit. betapa banyaknya masa yang kita ada untuk mengejar dunia.. namun jika di bandingkan bantuan Allah kepada kita, ianya lebih besar daripada amal ibadah kita. k...

JOM DHUHA..

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. semoga kawan-kawan sihat sejahtera pada hari ini. bagi yang kurang sihat, semoga cepat sembuh ya.  ^_^ . kawan-kawan cuba kawan-kawan tengok jam pada saat ini, jam saya sudah menunjukkan pukul 8.49 pagi. Jadi apa kata kita solat sunat Dhuha jom. Apa itu solat sunat Dhuha? solat sunat Dhuha adalah solat sunat dua rakaat yang di lakukan pada waktu pagi sebelum munculnya zuhur.  tujuan solat ini di lakukan adalah bagi di mudahkan rezeki kita sepanajang hari. tak lama kawan-kawan, cuma dua rakaat aja dan mungkin tidak sampai 10 minit. kawan-kawan, dahulu saya amat bera dan susah sekali mengerjakan solat sunat Dhuha, maklumlah baru berjinak-jinak dengan solat sunat ini sebab saya selalu melihat emak saya menunaikannya. namun setelah beberapa minggu melakukannya alhamdulillah ia sudah menjadi rutin harian saya jika tiada rintangan. kawan-kawan, kalau kawan-kawan cuba solat sunat Dhuha ini insyaAllah kawan-kawan akan merasa tenang hati da...

perpisahan

Image
assalamualaikum kawan-kawan. Baru-baru ini saya di kejutkan dengan sebuah berita kematian adik angkat saya yang berpunca daripada kemalangan motorsikal. walaupun saya dengan dia tidak begitu rapat, namun saya amat mengenali peribadi arwah. arwah merupakan seorang pelajar yang baik dan tidak terlalu banyak berkata-kata. semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisiNYA. Kawan-kawan, kematian yang menimpa tidak dapat kita teka dan kita jangkakan. tanpa kita sedari ia berlaku dalam sekelip mata. jika hari ini kawan kita pergi meninggalkan kita, bilakah masanya untuk kita? mungkinkah esok, lusa atau minggu depan? kita tidak tahu. kawan-kawan, jika berbicara tentang kematian, hati kita bakal gerun dan takut. ini kerana kita sudah sedia maklum dengan dunia kedua yang bakal kita tempuh iaitu alam kubur. alam kubur yang diisi dengan sesi persoalan. kawan-kawan, sesungguhnya kita telah tahu soalan yang bakal di tanyakan, namun jawapan itu bukanlah kita yan...

kawan

awak... awak membuatkan saya gembira, awak membuatkan saya tersenyum, awak membuatkan hidup saya lebih bermakna.. awak.. hari-hari saya indah dengan kehadiran awak, hari-hari saya lebih bermakna dengan munculnya awak, hari-hari saya lebih bermakna dengan kehadiran awak.. awak, awak sentiasa menghiburkan saya, awak selalu berada di samping saya, awak selalu membantu saya di kala saya susah, awak.. awak menjadi telinga buat saya bagi mendengar masalah saya, awak menjadi guru saya bagi membantu saya dalam pelajaran, awak menjadi kaunselor saya dalam membantu masalah peribadi saya, tingkah awak sentiasa membuatkan saya tersenyum, awak tak pernah menghampakan saya,, awak tak pernah melukakan saya, walaupun kadangkala kita bertelingkah, namun awak sentiasa merendah diri memulakan perdamaian.. awak, kita akan berpisah tak lama lagi, kita akan berjauhan tak lma lagi, saya harap kiita akan tetap berhubung, saya harap kita akan tetap bersama, saya harap awaklah bakal menjadi peneman saya yang s...

buku

Image
Assalamualaikum... apa khabar kawan-kawan sekalian.. semoga kawan-kawan sihat selalu ya..  baiklah hari ini saya nak verita tentang buku... wah!! buku... hihih.. mesti ada di antara kawan-kawan yang merungut dan ada yang tersenyum.. buku merupakan kawan saya.. saya suka membaca buku lebih-lebih lagi buku-buku yang mengandungi maklumat yang penting.. kalau kawan-kawan nak tahu masa saya di sekolah rendah saya gemar baca buku novel. saya dah baca banyak buku novel, tapi itu bukan bermakna saya membeli kesemua buku itu, buku-buku itu adalah milik kawan-kawan saya. saya meminjam buku daripada mereka. yelah, nak beli buku novel yang harganya mencecah RM30 memang saya tak ada duit.. buku yang pertama ayah saya belikan untuk saya adalah buku ketika cinta bertasbih hasil karya Habiburrahman Al-sherrazi.. (x tahu betul ke tidak eja nama) buku ni amat best. dia mengandungi cara hidup orang islam di indonesia dan percintaan islam yang di benarkan. banyak ilmu yang saya dapat daripada pembacaa...

Aurat

Image
Assalamualaikum kawan-kawan yang setia bersama saya.. pada hari ini saya ingin bercerita tentang satu hal yang amat penting dan ia berkaitan dengan kaum perempuan. Kawan-kawanku yang berjantina sama dengan ku... sebelum agama islam datang, kita di anggap hina oleh masyarakat, namun apabila islam datang, maruah kita di angkat tinggi. pelbagai cara dan peraturan di berikan kepada kaum hawa agar diri ini terpelihara. salah satunya adalah bahagian aurat. kawan-kawan, aurat merupakan hal yang penting bagi kita. apabila kita memelihara aurat kita diri kita akan terpelihara daripada hal yang buruk. aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. kawan-kawan janganlah merungut apabila kita di perintahkan menutup aurat kerana cuba kawan-kawan fikir, apalah sangat kepanasan dan ketidak selesaan kita menutup aurat berbanding harga diri dan keselamatan diri kita.  saya sering melihat saudara sejantina saya berpakaian seperti ini.. rasa-rasanya apa yang salah daripada pakaian...

cinta

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan yang sudi datang ke blog saya. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi. Kawan-kawan saya ingin menceritakan tentang satu hal yang sering menjadi masalah kita terutama bagi kaum remaja. Rasa-rasanya apakah masalah yang saya maksudkan ini?? CINTA.. ya cinta. saya yakin kawan-kawan semua pernah merasakannya. Saya tertarik untuk menulis tentang cinta kerana saya ada terbaca perbualan antara dua teman. si teman ni menyatakan bahawa dia telah jatuh hati pada seorang lelaki yang lebih tua dariya. jarak umurnya dengan lelaki itu amat jauh. mereka berkenalan di dalam telefon,tanpa pernah bersua. si teman amat menyintai lelaki itu berbeza daripada cintanya terhadap teman lelakinya yang sebelum ini. Namun setelah berkenalan lama, tiba-tiba si lelaki mengatakan bahawa si dia ingin berkahwin,si teman amat berduka cita. namun si teman sering di hubungi oleh isteri lelaki tersebut. dan mereka selalu menyalahkan si teman sebagai penyebab hal itu b...

Neraka

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog pena setia. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali pada catatan yang seterusnya. Baru-baru ini saya ada terjumpa sebuah buku kepunyaan saya sendiri yang sudah lama saya biarkan dan tidak saya sentuh. namun pada masa itu saya sangat tertarik apabila terbaca kembali tajuk buku tersebut iaitu "80 sebab manusia masuk neraka". Alhamdulillah setelah saya baca isi kandungannya banyak hal-hal yang sering kita lakukan namun tidak kita ketahui bahawa ia tergolong dalam sebab-sebab manusia masuk neraka. jadi pada hari ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua akan sebab-sebabnya. sebab kemasukan manusia kedalam neraka: 1)orang yang melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan keluarga(silaturrahim) 2)penggambar 3)menuduh wanita mukmin yang berkeadaan terpelihara dan tiada berniat curang 4)wanita yang memakai cemara(rambut palsu) 5)wanita yang meminta memakai cemara(rambut palsu) 6)sesiapa yang menyembunyi...