Posts

Showing posts from November, 2012

Aurat

Image
Assalamualaikum kawan-kawan yang setia bersama saya.. pada hari ini saya ingin bercerita tentang satu hal yang amat penting dan ia berkaitan dengan kaum perempuan. Kawan-kawanku yang berjantina sama dengan ku... sebelum agama islam datang, kita di anggap hina oleh masyarakat, namun apabila islam datang, maruah kita di angkat tinggi. pelbagai cara dan peraturan di berikan kepada kaum hawa agar diri ini terpelihara. salah satunya adalah bahagian aurat. kawan-kawan, aurat merupakan hal yang penting bagi kita. apabila kita memelihara aurat kita diri kita akan terpelihara daripada hal yang buruk. aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. kawan-kawan janganlah merungut apabila kita di perintahkan menutup aurat kerana cuba kawan-kawan fikir, apalah sangat kepanasan dan ketidak selesaan kita menutup aurat berbanding harga diri dan keselamatan diri kita.  saya sering melihat saudara sejantina saya berpakaian seperti ini.. rasa-rasanya apa yang salah daripada pakaian...

cinta

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan yang sudi datang ke blog saya. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi. Kawan-kawan saya ingin menceritakan tentang satu hal yang sering menjadi masalah kita terutama bagi kaum remaja. Rasa-rasanya apakah masalah yang saya maksudkan ini?? CINTA.. ya cinta. saya yakin kawan-kawan semua pernah merasakannya. Saya tertarik untuk menulis tentang cinta kerana saya ada terbaca perbualan antara dua teman. si teman ni menyatakan bahawa dia telah jatuh hati pada seorang lelaki yang lebih tua dariya. jarak umurnya dengan lelaki itu amat jauh. mereka berkenalan di dalam telefon,tanpa pernah bersua. si teman amat menyintai lelaki itu berbeza daripada cintanya terhadap teman lelakinya yang sebelum ini. Namun setelah berkenalan lama, tiba-tiba si lelaki mengatakan bahawa si dia ingin berkahwin,si teman amat berduka cita. namun si teman sering di hubungi oleh isteri lelaki tersebut. dan mereka selalu menyalahkan si teman sebagai penyebab hal itu b...

Neraka

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog pena setia. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali pada catatan yang seterusnya. Baru-baru ini saya ada terjumpa sebuah buku kepunyaan saya sendiri yang sudah lama saya biarkan dan tidak saya sentuh. namun pada masa itu saya sangat tertarik apabila terbaca kembali tajuk buku tersebut iaitu "80 sebab manusia masuk neraka". Alhamdulillah setelah saya baca isi kandungannya banyak hal-hal yang sering kita lakukan namun tidak kita ketahui bahawa ia tergolong dalam sebab-sebab manusia masuk neraka. jadi pada hari ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua akan sebab-sebabnya. sebab kemasukan manusia kedalam neraka: 1)orang yang melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan keluarga(silaturrahim) 2)penggambar 3)menuduh wanita mukmin yang berkeadaan terpelihara dan tiada berniat curang 4)wanita yang memakai cemara(rambut palsu) 5)wanita yang meminta memakai cemara(rambut palsu) 6)sesiapa yang menyembunyi...

MASA

Image
assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca yang amat saya hormati.. alhamdulillah kita bertemu lagi setelah beberapa minggu saya tidak mengisi ruangan blog saya ini.. hmm.. apa khabar kawan-kawan semua? semoga kawan-kawan sihat selalu dan sentiasa di lindungi Allah dari hal-hal yang lagho insyaAllah. mesti kawan-kawan tertanya-tanya apakah tajuk catatan saya pada kali ini? baiklah pada kali ini saya lebih berminat untuk mengupas tentang satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. cuba kawan-kawan renungkan gambar di bawah,insyaAllah kawan-kawan dapat meneka dengan tepat tajuk catatan saya pada kali ini. hmm... benar sekali apa yang kawan-kawan teka. saya hari ini lebih tertarik untuk berbincangkan tentang MASA. agak-agaknya mengapa saya mahu berbicara tentang MASA?  saya ingin berbicara tentang masa kerana saya menyedari bahawa masa itu amat penting. mungkin kawan-kawan ada akaun laman sosial facebook,twitter,myspace dan sebagainya bukan. samalah dengan saya. daya tarikk...

saudaraku

Image
Duhai saudaraku, Air matamu mengalir tanpa henti, zahir dan batinmu di dera tanpa belas kasih, teriakan mu sayu memohon simpati, kesakitan menjadi santapanmu setiap hari, duhai saudaraku, matamu tidak lekang daripada memerhati suasana ngeri, anak kecil menangis mencari kasih suci, si ibu menangis melihat sang suami terkulai sepi, darah menjadi laluan mu sehari-hari. duhai saudaraku, hatimu seteguh para syuhada' hatimu tabah tanpa mengenal erti lesu, perjuanganmu tanpa henti, walaupun engkau tahu nyawamu menjadi galang ganti, ya Allah.. Engkau maha berkuasa, Engkau maha pemurah, kurniakanlah ketabahan buat saudaraku, kurniakanlah kesabaran buat saudaraku, kurniakanlah kecekalan buat saudaraku, sesungguhnya mereka berjuang di jalanMU.. Ya Allah, tiada apa yang mampu kulakukan di sini, hanya mampu memerhati dengan doa tiada lekang di hati, kesengsaraan yang di alami, membuatkan hatiku menjadi sayu dan peri, perjuangan yang di sumban...

Al-quran

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi buat kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya.. terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawati blog saya yang sederhana ini.. alhamdulillah... pelbagai idea dan buah fikiran di kurniakan kepada saya agar dapat menambah baik kandungan blog saya ini... terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberikan komen dan pandangan terbuka kepada saya.. baiklah,pada hari sabtu hari cuti ini saya lebih berminat untuk menceritakan tentang sebuah kitab yang menjadi pegangan kita sebagai umat islam.  ya Al-quran.. baginda rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa barangsiapa yang berpegang pada Al-quran dan hadis maka tidak sesat baginya.. alhamdulillah... berdasarkan sabda baginda Rasulullah s.a.w ini dapatlah kita fahammi bahawa sesiapa yang berpegang teguh dengan al-quran dan hadis tanpa sedikit keraguan insyaAllah tidak akan sesat bagi mereka.. jadi marilah kawan-kawan kita jadikan al-quran dan hadis ini sebagai satu pegangan kehidupan kita.....

air mata

Image
assalamualaikum duhai pembaca sekalian... malam ni saya rasa ingin bercerita tentang sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita.. AIR MATA.. ya air mata.. air mata akan hadir apabila kita merasakan sesuatu kesedihan atau kedukaan.. air mata ini boleh mengalir dari kelopak mata lelaki mahupun perempuan.. kawan-kawan, kita sering berfikir bahawa air mata menunjukkan kita ini lemah dan tidak berdaya.. jangan salah sangka,air mata bukanlah menunjukkan kita lemah mahupun tidak berdaya,namun air mata mengalir kerana di sebabkan kita terlalu banyak memendam perasaan dalam berhadapan dengan kehidupan.. kawan-kawan,jangan kita pernah berasa malu untuk mengalirkan air mata.. bagi kaum adam,janganlah menganggap kaum adam tidak boleh mengalirkan air mata.. jangan pernah beranggapan lelaki merupakan seorang yang sentiasa kuat.. kerana anda semua juga memilki perasaan.. jangan terlalu meninggikan ego,kerana di khuatiri hati anda bakal terseksa.. nangislah semahu-mahumu.. agar hatimu puas.. lepaskanl...

kata-kata perangsang

Image
assalamualaikum kepada para pembaca sekalian... semoga sihat selalu. sebelum ini saya sering mengisi masa saya dengan menulis ayat-ayat yang boleh memberikan motivasi dalam diri saya.. dan di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan ayat-ayat yang sering saya baca apabila saya rasa lemah.. jika kawan-kawan sudi,kawan-kawan boleh baca ayat-ayat saya ini.. ayat-ayat ini saya reka sendiri.. 1) cuba lihat diri sendiri bila kita ingin memandang rendah kepada orang lain. perhatikan diri agar tidak bersifat riak dan bangga. didiklah hati agar sentiasa merendah diri,kawallah lisan agar tidak membinasakan mu. 2)kegembiraan hanya akan hadir seketika sahaja,membuatkan kita tidak mahu kehilangannya.. tangisan membuatkan hari kita suram,membuatkan kita lebih prihatin terhadap kehidupan orang lain. tanpa kita sedari kegembiraan dan kesedihan merupakan sepasang perasaan yang melengkapi kehidupan kita 3)mungkin kebahagiaan belum kita perolehin di dunia.. tapi yakinlah air mata yang mengisiruang ke...