air mata
assalamualaikum duhai pembaca sekalian...
malam ni saya rasa ingin bercerita tentang sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita.. AIR MATA.. ya air mata.. air mata akan hadir apabila kita merasakan sesuatu kesedihan atau kedukaan.. air mata ini boleh mengalir dari kelopak mata lelaki mahupun perempuan..
kawan-kawan, kita sering berfikir bahawa air mata menunjukkan kita ini lemah dan tidak berdaya.. jangan salah sangka,air mata bukanlah menunjukkan kita lemah mahupun tidak berdaya,namun air mata mengalir kerana di sebabkan kita terlalu banyak memendam perasaan dalam berhadapan dengan kehidupan..
kawan-kawan,jangan kita pernah berasa malu untuk mengalirkan air mata.. bagi kaum adam,janganlah menganggap kaum adam tidak boleh mengalirkan air mata.. jangan pernah beranggapan lelaki merupakan seorang yang sentiasa kuat.. kerana anda semua juga memilki perasaan.. jangan terlalu meninggikan ego,kerana di khuatiri hati anda bakal terseksa.. nangislah semahu-mahumu.. agar hatimu puas.. lepaskanlah segalanya daripada fikiran anda agar fikiran anda tidak terbelenggu dengan beban-beban.
kawan-kawan, saya juga ingin menasihati sesuatu,janganlah kamu menangisi sesuatu yang sia-sia. contohnya kamu menangisi kerana pemergian kekasihmu,kamu menangisi nasibmu kerana tidak dapat menyertai acara dalam televisyen.. jangan pernah sesekali menangis kerana hal-hal yang remeh seperti itu.. kerana ia tidak memberikan kita apa-apa kebaikan mahupun faedah.. renungkanlah..
kawan-kawan,air mata kita mampu menyelamatkan kita daripada api neraka.. tahukah kawan-kawan akan hal itu? ustaz saya pernah berkata kepada saya, jika air mata kita mengalir kerana takut akan Allah,menyesali kesalahan kita yang lalu dan merasa rendah diri di hadapan Allah maka air mata itu akan memelihara kita daripada api neraka.. indah bukan.. Allah sangat menyayangi kita.. hanya kita sahaja yang perlu berfikiran matang dalam memikirkan kemurahan Allah..
kawan-kawan, marilah kita merenung bersama keindahan ciptaan Allah... air mata yang mengalir amat berguna buat kita.. di samping dapat meredakan hati kita, air mata juga menunjukkan kita seorang hamba yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan daripadaNYA.. Allah taala amat suka pada hambanya yang sentiasa merendah diri dan mengakui kelemahan diri.. mengapa tidak kita berebut bagi mendapatkan kasih sayangNYA.. saya tidak bermaksud agar kawan-kawan sentaisa menangis,tetapi apa yang ingin saya katakan di sini adalah kurangkan tertawa kerana ia membuatkan kita sering lupa pada kebesaran Allah.. jika kawan-kawan kurang memahami maksud saya kawan-kawan boleh bertanya kepada saya atau kawan-kawan boleh bertanyakan pada orang yang kawan-kawan percaya.. jika ada maklumat yang salah mohon di perbetulkan.. terima kasih ya..
hy awak... air mata sy sedang mengalis mengenangkn kisah silam sy(kenangan) sy rindu sgt2 zaman kanak2 sy... rindu zaman persekolahan.. rindu bergaul mesra dgn ibu bapa(skarang pun still mesra tp x mcm dulu.sbb semua dh besar panjang) di tambah pulak dgn iringan music dkt blog awak n kn lg cpt air mata sy mengalir...sy rindu semua kawan2 yg sy pernah knal.. :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'( :'(
ReplyDeleteaairmata itu satu nikmat duhai saudara.. biarkan ia mengalir insyaALlah hari kita akan tenang.. merindui itu satu lumrah tapi ingatlah sjarah tidak akan pernah berulang tapi masa hdapan terus mendatang... jadkn aejarah sebagai pengajaran untuk kita memperbaiki masa hadapn... syukran dan trima kasih kerana sudi baca blog saya... saya menulis bukn untuk mmbuat irg menangis.. cukup bagi saya jik merka yg mmbaca dpt mmahmi apa yg ingin saya sampaikn... skli lagi syukran kerana sudi bca blog saya. truskan mmbaca... sgla kekurangan haraplah dpt di kongsikan bersma saya
ReplyDelete